Ticker

6/recent/ticker-posts

Screening TB di Kempas Medical Centre untuk Visa Korea Lebih 90 Hari

Screening TB di Kempas Medical Centre untuk Visa Korea Lebih 90 Hari | Kalau ada yang baca entri birthday ciksun dua hari lepas, korang mesti tahu ciksun akan ke Korea pada pertengahan bulan ni, insya'Allah. Jadi sekarang dah sibuk dengan persiapan untuk ke sana. Isnin ni pulak ciksun akan pergi ke kedutaan Korea kat KL untuk urusan visa.

Bagi permohonan visa melebihi 90 hari, diwajibkan untuk buat screening tuberculosis (TB) kalau korang dari negara yang tersenarai kena buat ujian ni. Malaysia termasuk dalam senarai negara wajib buat ujian ni. Maka, ciksun wajib buat, tapi suami tak perlu buat sebab nanti dia stay dalam seminggu camtu je, insya'Allah. Nak buat screening TB untuk visa korea ni pulak hanya boleh di hospital yang diorang tetapkan aje. List designated hospitals ni korang boleh semak dekat website embassy.

Screening TB di Kempas Medical Centre untuk Visa Korea Lebih 90 Hari

Kalo kat Johor ni, hanya ada satu hospital aje, iaitu Kempas Medical Centre. Ciksun belek website dia dulu tengok-tengok apa yang patut. Terjumpa lah nombor whatsapp untuk buat appointment. Terus contact pihak berkenaan, tanya prosedur untuk book appointment. Diorang akan bagi senarai specialist yang boleh buat ujian TB kat situ, so kita boleh pilih nak buat dengan sape. Ciksun tak kisah pun dengan sape, asalkan buat. Ciksun pilih Dr. Chua, tanya tarikh bila yang terdekat. Sebenarnya ciksun dah ubah juga tarikh appointment ni sekali, sebab belum dapat tarikh appointment visa masa memula tu. Bila da dapat tarikh appointment visa, baru ciksun reschedule tarikh appointment ujian TB yang baru.

Screening TB ni result akan dapat hari yang sama juga kalo takde ape-ape yang serius, paru-paru clear dan takde simptom TB. Ciksun tanya jugak berapa kos untuk buat screening TB ni. Diorang cakap, biasanya consultation antara RM100 - RM250 tak termasuk screening. Ujian TB tu bayarannya ditentukan oleh ujian apa yang kita akan ambik, sama ada x-ray ke, ujian air liur ke, ujian darah ke dan lain-lain. Ok lah, ciksun macam bajet-bajet mungkin RM500 jugak ni. So, standby aje.

Screening TB di Kempas Medical Centre untuk Visa Korea Lebih 90 Hari

Semalam, ciksun ke Kempas Medical Centre untuk buat ujian TB ni. Dapat appointment pukul 2 petang. Parking area open space depan hospital (percuma), then menapak sikit melalui gate tepi hospital tu. Terus naik ke tingkat 1, pergi cluster B5. Bawak borang ujian yang dimuat turun dari website embassy dan sekeping gambar berukuran passport background putih. Ini wajib.

Ciksun first time datang ke hospital ni, jadi kene isi borang maklumat diri sekejap. Then nurse check BP, suhu, tanya tinggi berapa cm, dan timbang berat badan. Suhu ciksun time tu 37.6 C, eh panas sikit. Ciksun rasa sebab tengahari semalam memang panas, then ciksun pun menapak dari parking ke hospital tu kena panas jugak. Sebab tu suhu badan masih tinggi lagi. Lepas diorang ambik semua maklumat tu, tunggu sekejap kat kerusi yang disediakan.

Screening TB di Kempas Medical Centre untuk Visa Korea Lebih 90 Hari

Then, nurse panggil dan bagi satu kertas invois untuk bayar deposit dekat kaunter tingkat bawah. Dah bayar deposit, boleh terus ke radiology untuk buat x-ray. Turun ke ground floor, ambik nombor, tak sampai 5 saat, terus kena panggil nombornya. Deposit RM150, ciksun bayar guna debit card. Lepas bayar, diorang bagi resit dan suruh ke radiology di tingkat yang sama.

Bagi kertas request buat x-ray dari Dr. Chua, dan tunjukkan resit bayaran kepada pihak radiology. Diorang minta tunggu sekejap kat depan ruangan bilik x-ray tu. Radiologist check bilik x-ray sekejap, tengok kekosongan. Ada bilik kosong, dia terus panggil ciksun masuk dalam. Dia tanya bila last ciksun period, kemudian kena tukar pakaian khas untuk buat x-ray. Tarik nafas dekat mesin x-ray tu, then lepas. Sekejap ajeee. Lepas buat x-ray terus naik atas balik ke cluster B5, tunggu result.

Screening TB di Kempas Medical Centre untuk Visa Korea Lebih 90 Hari
Boring menunggu sampai tak tahu nak buat apa.

Ramai jugak pesakit hari tu yang jumpa Dr. Chua, jadi kena tunggu lama sikit. Sesambil tunggu, belek-belek la TikTok, tengok TV, tengok orang lalu-lalang, balas-balas mesej telegram, whatsapp dan sebagainya. Perut dah laperrrr. Haha. Dalam pukul 3.30 gitu baru la nama ciksun dipanggil masuk ke bilik Dr. Chua.

Dr. Chua tengok borang. "Nak belajar kat Koreaaa ke ni adik?"

Fuhhh, terasa begitu muda.

"Kerja, Dr."

"Ooo, kerjaaaa. Ada alergik ubat apa-apa tak?" Dr. Chua tanya sambil isi borang ujian TB yang ciksun bawak. Seingat ciksun takde, kecuali ubat muntah Maxolone tu dulu. Dr. Chua cakap tu mungkin bukan alergik lah, hanya kesan sampingan aje. Owhh, okay! Lepas ni boleh jawab takde dahhh kat tempat lain. Hihi.

Then, tengok result x-ray, alhamdulillah paru-paru ciksun clear. Takde simptom TB atau inactive TB. Tapi belah bawah paru-paru tu ade dark spots, lahhh nampak sangat perut ciksun kosong dan kelaparan sebab ada excess gas. Hahaha! Dr. Chua tanya juga ada demam ke tak beberapa hari sebelum ni, batuk-batuk etc. Alhamdulillah takde. Setel. Keluar dari bilik Dr. Chua, tunggu nurse update rekod kejap. Then nurse panggil sign borang bayaran, bagi bil yang perlu dibayar di tingkat bawah tadi juga. Dah setel bayar bil baru boleh naik balik dan ambik filem x-ray serta borang ujian TB.

Screening TB di Kempas Medical Centre untuk Visa Korea Lebih 90 Hari

Ciksun turun ambil nombor giliran bayaran kat tingkat bawah. Kali ni ramai sikit lah orang menunggu, tapi takde la lama sangat. Dalam tak sampai lima orang pun. Bayaran bil ciksun RM149 untuk ujian TB tu termasuk consultation. Jadi diorang pulangkan baki RM1 daripada deposit yang dah dibayar awal-awal tadi aje. Alhamdulillah.

Screening TB di Kempas Medical Centre untuk Visa Korea Lebih 90 Hari

Naik semula ke tingkat 1, tunjuk resit dekat nurse, diorang pun bagi filem x-ray dan borang ujian TB yang telah dilengkapkan. Setel ciksun punya ujian TB kat sini. Perut yang lapar dan tekak yang haus tadi meminta untuk dibelikan sesuatu. Ciksun beli aje la kopi dengan sandwich kat lobi tu. Senangg. Tekun tengok barista buat kopi.

Screening TB di Kempas Medical Centre untuk Visa Korea Lebih 90 Hari

Dah dapat kopi dan sandwich, terus gerak ke kereta.

Makan sekejap dalam kereta sebelum gerak balik rumah.

Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya.

Post a Comment

5 Comments

  1. Alhamdulillah... dipermudahkan semuanya... sapa juak akn dgn ktk kelak? ke sorg ajak?

    ReplyDelete
  2. Sekejap jak duhal polah screening tb ya. Semoga dipermudahkan urusan mohon visa.

    ReplyDelete
  3. aaa ciksun, makin jauh dia pegi..semoga urusan cik sun kita dipermudahkan ye

    ReplyDelete
  4. Congrats kak 🎉🎉. Semoga nanti di Korea pun semua urusan lancar yaaa. Check TB ini memang mahal lah. Sama pun di jakarta, tes ini lumayan makan budget 😄

    ReplyDelete
  5. Baru tahu pergi Korea rupanya.
    Selamat bekerja.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com