Bila Mentol Lampu Bilik Rosak

Bila Mentol Lampu Bilik Rosak

Bila Mentol Lampu Bilik Rosak | Betapa struggle nya nak berkomunikasi dengan local kalo tak reti cakap bahasa diorang. 

Hari ni ciksun pergi jumpa realtor sebab ade form yang perlukan sign dia untuk ciksun apply Residence Card. Realtor memang hanya tahu cakap Korea je. So, ciksun kena taip dulu dalam Papago untuk bagitahu niat ciksun jumpa dia. Dia pun struggle nak explain dekat ciksun, guna mic dekat Papago untuk translate ape dia cakap pun kadang ada words yang tak betul. Ciksun agak-agak maksud dia, kene jumpa owner bangunan untuk sign form tu. Owner ade dekat Game Room Level 2, bangunan sama dengan ciksun la kot. Dia bagi nombor phone owner untuk ciksun call.

Bila Mentol Lampu Bilik Rosak

Ok, then ciksun nak bagitahu dia salah satu lampu siling bilik tu rosak. Kena tunjuk gambar and taip dalam Papago gak ๐Ÿ˜‚

Dia tulis atas kertas, ciksun translate. Ooo, kena inform owner bangunan juga sebab dia takde spare mentol. Bawak je kertas yang dia tulis tu.

Ok. Ciksun balik rumah dan pergi Level 2. Laaa, ada pusat karaoke rupanya kat tingkat 2, tapi sound proof diorang power agaknya, tak pernah pulak ciksun terganggu tidur dengar orang karok ๐Ÿคฃ

Tercari-cari mana office, tak nampak orang pun. Dia pakai sistem coins untuk bilik² karok tu. Sebegitu jujur sekali bisnes diorang. Ciksun call nombor owner, tapi dia letak bila ciksun cakap omputih ๐Ÿ˜‚

Alamak, kene cari sampai jumpa lah ni. Then jalan sampai hujung, nampak ada tangga turun bawah. Scan sign dekat pintu, owhh turun bawah ni kot Game Room. Ye, betul. Akhirnya jumpa bilik CCTV yang owner tengah lepak dengan husband dia. Ahjumma je rupanya. Dia nampak ciksun, terus lambai-lambai mintak kertas yang ciksun pegang ๐Ÿคญ

Alhamdulillah dapat pun sign form. Tapi sebab huru hara nak bercakap, jadi lupa nak mintak salinan ID dia untuk urusan tu. Tak pe lah, nanti bole jumpa lagi. Dia pun struggle nak bercakap dengan ciksun, husband dia pulak berusaha sebut beberapa words dalam English untuk bagi ciksun faham. Macam ayam dengan itik lah kami bercakap ๐Ÿ˜‚

Point last, pukul 3 petang nanti ahjussi datang tukar mentol ๐Ÿ˜†

On the way naik bilik, baru nampak ade mesej masuk dari owner bangunan tu suruh turun tingkat 1 dalam bahasa Korea. Haha!

Post a Comment

5 Comments

  1. perghhh cukup 3 bulan terrror dah ciksun cakap hangul hahahah.. chaiyokkk!!!

    ReplyDelete
  2. Insha Allah sikit hari lagi bole faham & speak in Korean language tu Ciksun... Org kata nak lagi cepat mahir kena sentiasa praktis bercakap ☺️

    ReplyDelete
  3. Ya Allah dah boleh imagine how struggle u are.. Bercakap ayam itik ..tapi tak apa la lagi 2 3 bulan blh la tu ckp korea sket2 kan.. Chaiyokk mesti boleh dan terus berusaha..

    ReplyDelete
  4. sikit hari lagi boleh jadi cameo dalam k drama dah ni... kamsahamnida..

    ReplyDelete
  5. xlama lagi blh ckp korea la cik sun..:)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com