Ticker

6/recent/ticker-posts

Jumpa Kawan Baru di Rahman Masjid dan Singgah Wonang Waterfalls, Jeju Island

Jumpa Kawan Baru di Rahman Masjid dan Singgah Wonang Waterfalls, Jeju Island | Hari Jumaat, 25 Ogos tu, lepas selesainya conference dekat Jeju Island, kitorang cari masjid untuk yang lelaki dapat pengalaman solat Jumaat kat sini. Rahman Masjid yang nampak dalam Naver Map, tapi bila sampai tu agak susah jugak nak cam mana satu sebab masjid nya dekat tingkat 3.

Jumpa Kawan Baru di Rahman Masjid dan Singgah Wonang Waterfalls, Jeju Island

Kalau baca tulisan Korea tu, ni sebenarnya bangunan Ara Sauna. Masuk dalam, turun ke basement nampak bilik sauna, naik ke tingkat 1, nampak bilik sauna lagi. Eh, blur pulak kitorang nak pergi tingkat mana. Dah lah tak tahu baca tulisan Korea. Hahaha! Yang lelaki pulak selamba da tinggalkan kitorang yang girls ni naik atas. Mujur ada foreigner lain datang nak solat Jumaat, haaa diorang yang bagitau masjid tu kat tingkat 3. Alhamdulillah.

Jumpa Kawan Baru di Rahman Masjid dan Singgah Wonang Waterfalls, Jeju Island

Jumpa Kawan Baru di Rahman Masjid dan Singgah Wonang Waterfalls, Jeju Island

Jumpa Kawan Baru di Rahman Masjid dan Singgah Wonang Waterfalls, Jeju Island

Jumpa Kawan Baru di Rahman Masjid dan Singgah Wonang Waterfalls, Jeju Island

Luas juga masjidnya, tapi tempat wudhuk kena share dengan jemaah lelaki. Bergilir dan tunggu bilik wudhuk kosong baru boleh masuk. Bilik wudhuk tu pun sebenarnya macam bathroom campur toilet. Tapi ok lah, selesa juga nak ambil wudhuk. Masa kitorang sampai ke area perempuan, ada seorang jemaah muslimah tengah solat Zohor. Dia habis solat je kitorang terus bertegur sapa.

Jumpa Kawan Baru di Rahman Masjid dan Singgah Wonang Waterfalls, Jeju Island

Jumpa Kawan Baru di Rahman Masjid dan Singgah Wonang Waterfalls, Jeju Island

Haras namanya, student master Indonesia dekat Busan National University, datang ke Jeju Island untuk conference juga. Dah berkahwin, suaminya pulak tengah buat PhD, sama kampus dengan ciksun, malah sama department juga. Allahu, alhamdulillah. Bertukar QR Code KakaoTalk dengan dia, sama-sama janji nanti akan contact satu sama lain bila dah balik ke Busan.

Dari masjid tu, kitorang bercadang nak ambil gambar dengan background Hallasan. Tapi langit petang tu tak berapa nak elok sangat. Banyak tempat yang kitorang hampir berhenti tapi akhirnya sampai ke sudah takde gambar Hallasan. Hahaha! Tiberrr pulak menyinggah ke Wonang Falls, salah satu air terjun kecik dekat Pulau Jeju ni.

Jumpa Kawan Baru di Rahman Masjid dan Singgah Wonang Waterfalls, Jeju Island

Kecik memang kecik je air terjun nya. Member ciksun gi try berenang, alang-alang memang dia dah bawak baju mandi sesiap. Lahhh, begitu ready dia standby baju renang. Hahaha! Sejukkkk katanya air tu. Waktu summer macam ni sesuai sangat lah untuk locals pergi mandi air terjun kan. Nanti dah masuk winter, mana nak pergi air terjun berbulan-bulan.

Ada banyak lagi air terjun kat Jeju Island ni sebenarnya, tapi tak sempat nak pergi semua. Next time boleh datang lagi tengok air terjun lain pulak, insya'Allah.

Bye!


P/S: Nak cepat-cepat habis entri Jeju, takut orang bosan baca.

Post a Comment

4 Comments

  1. skrg kan dh ada apps leh terjemah tulisan pelbagai bahasa internasional., tp ciksun pakai iphone kann., huhu

    ReplyDelete
  2. Saya kalau ke luar negara mesti nak melawat masjid. Excited dia lain macam bila dapat berjemaah di masjid terutamanya di negara yang agama Islam adalah minoriti.

    ReplyDelete
  3. seronoknya bila jumpa kawan baru kan..alhamdulillah

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com