Ticker

6/recent/ticker-posts

Hari Pertama Masuk Lab Secara Rasmi

Hari Pertama Masuk Lab Secara Rasmi | Walaupun dah lama, nak jugak simpan memori kat sini. Sape suruh lambat betul update. So, update pendek je lah. Tanggal 28hb Ogos yang lepas, ciksun masuk lab secara rasmi dekat PKNU Busan. Walaupun masuk 28hb, tapi boss ciksun sangat lah baik hati, letak tarikh start kerja ciksun pada tarikh ciksun jejak kaki ke Korea. Allahu. Alhamdulillah.

Hari Pertama Masuk Lab Secara Rasmi

Hari Pertama Masuk Lab Secara Rasmi

Ni la suasana lab ciksun. Tu gambar komputer tengah setup. Beberapa hari terawal tu ciksun bawak laptop sebab belum siap setup komputer lab sepenuhnya. Jenuh juga nak tukar bahasa Windows tu dari Korea ke English. Semua apps bahasa Korea, aigoo serabut ciksun duk scan satu-satu guna Papago nak tukar language. Haha! Alhamdulillah dalam hari ketiga kot ciksun dapat setup dan dah tak bawak laptop. But still ada lah certain installed software dia ciksun tak jumpa macam mana nak alih bahasa.

Hari Pertama Masuk Lab Secara Rasmi

Hari Pertama Masuk Lab Secara Rasmi

Hari pertama tu jugak, ada talk Prof ciksun dari UTM as visiting professor ke PKNU. Ciksun join duduk sekali bagi support dan dengar talk tu sebelum temankan salah seorang pensyarah dari UTM tu balik ke Hauendae petang tu. Dua hari berturut-turut ciksun ke Haeundae balik dah malam. Dinner pun dua malam berturut-turut kat sana, alhamdulillah Prof ciksun belanja untuk kedua-duanya sempena ciksun dah start kerja pertama secara rasmi kat Busan. Nanti ciksun share dalam entri seterusnya ek.

Keesokkan harinya, ciksun demam terus. Baru start kerja sehari, dah MC sehari. Haha! Penat sangat travel. Adeii!

Post a Comment

2 Comments

  1. Semoga dipermudahkan buat ciksun

    ReplyDelete
  2. semoga semuanya berjalan dgn lancar & dipemermudahkan...aamiin.. teka care yer kat sana

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com