Ticker

6/recent/ticker-posts

Sunrise di Gwangalli Beach, Busan

Sunrise di Gwangalli Beach, Busan | Aktiviti paling ciksun suka bila pergi pantai area Busan ni adalah menikmati pemandangan matahari terbit. Disebabkan ciksun stay area Nam-gu yang menghala ke arah timur, jadi mostly pantai sepanjang tepi laut kat sini menghala ke arah matahari terbit. Kalo nak tengok sunset kena pergi pantai or tanjung yang ada pemandangan ke arah barat sikit.

Yang kelakarnya, ciksun dah ke pantai ni sehari sebelumnya. Bukan main berkejar ciksun berjalan sebab nak tengok sunset kononnya. Tapi bila dah sampai kat Gwangalli Beach, eh tak nampak pun sunset?? Lahhh, ciksun lupa pantai dia menghadap ke arah timur! Hahaha! Esoknya lepas Subuh ciksun google pasal sunset and sunrise kat Busan. Lorrr, rupanya kat Gwangalli Beach ni femes dengan sunrise view dia.

Ape lagi, cepat-cepat ciksun semak waktu sunrise then sesiap pergi subway station. Dari rumah ciksun, boleh naik subway Line 2 ke Geumnyeonsan station. Turun situ, menapak dalam 10 minit ke arah pantai. Allahu, dari jauh dah nampak cahaya matahari nak naik. Cantik sangat-sangat. Locals pun ramai berjalan tepi pantai sambil ambik gambar sunrise. Ada yang duduk berendam dalam air laut jugak pepagi tu. Menikmati hujing musim panas agaknya.

Sunrise di Gwangalli Beach, Busan

Sunrise di Gwangalli Beach, Busan

Sunrise di Gwangalli Beach, Busan

Sunrise di Gwangalli Beach, Busan

Sunrise di Gwangalli Beach, Busan

Sunrise di Gwangalli Beach, Busan

Pantai ni terkenal dengan SUP. Stand Up Paddleboard, untuk yang minat surfing boleh lah datang sini. Waktu malam pulak memang meriah, setiap Sabtu malam ada drone show kat sini. Kalau nak tengok fireworks kecik-kecik pun ada, biasanya lepas Maghrib akan ada yatch lalu dekat dengan Gwangan Bridge tu nyalakan bunga api. Boleh tengok dalam entri Busan Cinema Street ciksun yang lepas.

Nak tengok fireworks besar? Pun ada jugak! Tanggal 4 November yang lepas, Busan Fireworks Festival diorang buat kat pantai ni. Nanti ciksun share dalam entri yang lain ya!

Bye!

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com