Ticker

6/recent/ticker-posts

Dinner di Goma Daegutang, Gwangalli, Busan

Dinner di Goma Daegutang, Gwangalli, Busan | Dah berapa kali terfikir nak ke sini masa duduk kat sana dulu. Tapi asyik tangguh aje, last-last ciksun pergi jugak dengan Ecah. Carik peneman, segan nak makan sorang-sorang. Restoran ni ade dalam list Muslim Friendly Restaurant kat Busan, hanya menghidangkan menu ikan kod sebagai hidangan utama. Tak ada daging tak halal, jadi korang boleh try datang sini in case teringin Korean food kat Busan.

Dinner di Goma Daegutang, Gwangalli, Busan
Goma Daegutang kat tingkat bawah tu, ada parking besar depan restoran.

Menu ikan kod kat sini dimasak dengan dua jenis masakan, Daegu-tang (Sup ikan kod - sup jernih dengan kepingan ikan kod, lobak putih dan bawang hijau, direbus dengan stok ikan kod) dan juga Daegujjimjeongsik (Menu Tradisional - ikan kod kukus bercili bersama tauge kacang soya dan bawang hijau). Rega dedua menu ni ada dalam gambar kat bawah.

Dinner di Goma Daegutang, Gwangalli, Busan

Satu set menu didatangkan bersama dengan nasi putih dan banchan. Banchan kat restoran ni banyak gilaaa jenisnya. Kalo habis, korang boleh mintak refill. Ciksun dengan Ecah order dedua jenis supaya boleh try dedua. Portion satu set tu bagi ciksun agak besar jugak la untuk seorang makan. Tengok la gambar kat bawah saiz dia.

Dinner di Goma Daegutang, Gwangalli, Busan

Dinner di Goma Daegutang, Gwangalli, Busan

Dinner di Goma Daegutang, Gwangalli, Busan

Dinner di Goma Daegutang, Gwangalli, Busan

Macam mana la diorang boleh habiskan seorang diri. Adeiii, kitorang tak habis makan pun. Plus kurang menepati selera ciksun lah. Mungkin juga sebab ciksun bukan penggemar ikan dimasak dengan cara rebus camni. Kalo korang suka makan ikan rebus, haaa boleh try kat sini. Tapi banchan diorang sedapp!

Tempat duduk dalam restoran ni boleh capai sehingga 70 pax, duduk tepi tingkap boleh nampak Gwangalli Beach kat seberang jalan. Luas betul tingkap sampai orang luar boleh tengok kita makan kat dalam. Beberapa kali jugak local Korean berdiri lama kat luar tu perati kitorang makan πŸ˜‚

Kalo baca kat google, kedai dia tak berapa orang tahu sangat, maybe penduduk tempatan pun curious nak tahu ape yang dihidangkan. Hahaha! Overall customer service diorang memang terbaik. Dia nampak ciksun pakai hand cast, terus dia tanya nak garpu tak. Dengan sebutan tak berapa jelas sampai ciksun buat muka tak faham. Dia cepat-cepat pergi tempat kutleri tunjuk garpu. Hahaha! Thank you sajangnim!!!

Goma Daegutang
127, Gwanganhaebyeon-ro, Suyeong-gu, Busan
λΆ€μ‚°κ΄‘μ—­μ‹œ 수영ꡬ κ΄‘μ•ˆν•΄λ³€λ‘œ 127

Post a Comment

2 Comments

  1. Banyak juga potionnya. Tak terfikir lagi nak cuba makan Korea ni. Kalau masuk sure blur.

    ReplyDelete
  2. Banyaknya lauk sampingannya!!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com