Ticker

6/recent/ticker-posts

Somang Stairs Monorail, Busan

Somang Stairs Monorail, Busan | Ciksun masa ni tengah down dengan research, berapa kali hujung minggu juga tak keluar rumah. Terperuk aje dalam bilik. Sampai satu hujung minggu tu ciksun rasa da tak boleh da ni, kena keluar jugak sekejap untuk refresh otak dan retreat. Last minute, lepas Asar time tu, ciksun terus naik bas ke tempat ni.

Somang Stairs Monorail, Busan

Somang Stairs Monorail, Dongdaesin-dong, Busan. Monorail yang dibina khas untuk penduduk yang tinggal kat tebing tinggi ni. Memudahkan diorang untuk turun dan naik ke rumah. Dah jadi tarikan pelancong dan dihias cantik. Kalo nak rasa naik monorail ni, kena bagi keutamaan kepada penduduk dulu terutamanya warga emas.

Somang Stairs Monorail, Busan

Somang Stairs Monorail, Busan

Somang Stairs Monorail, Busan

Masa ciksun pergi, tak rasa nak naik pun. Sekadar nak amek gambar dan video aje. Ade dua tingkat, belah bawah tu ciksun naik tangga je sambil ambik gambar dan video. Sampai atas, macam takde sape naik. Ciksun tekan butang power dia sebab nak amek video je. Lambat nau monorailnya nak turun pun. Lagi lambat dari Sky Capsule tu. Hahaha.

Somang Stairs Monorail, Busan

Somang Stairs Monorail, Busan

Somang Stairs Monorail, Busan

Then ade ahjussi ni sampai tingkat tu dari tingkat bawah. Dia macam nak naik atas je tapi monorail masih kat atas. Ciksun cakap kat dia, boleh naik yang ni sebab ciksun nak amek gambar je. Sekali dia ajak ciksun naik sekali. Ahihihi. Borak la kami macam ayam and itik pakai Papago. Tu pun ahjussi puji ciksun tau cakap Korea sikit-sikit 😂

Somang Stairs Monorail, Busan

Alhamdulillah untuk kenangan.

Balik rumah dengan rasa happy dan semangat baru selepas ahjussi cakap kita pandai cakap Korea 🤣

Somang Stairs Monorail, Busan

Kalau korang yang datang Busan nak ke sini, boleh naik bas dan berhenti dekat stesyen Dongdaesin-dong ni ha. Then menapak sikit je ke belakang untuk sampai ke kaki Somang stairs.

Ok bye!


P/S: Ciksun copy paste terus dari post FB dan tambah sesikit je. Sape pernah baca, mesti rasa dejavu 😝

Post a Comment

0 Comments