Lunch Sedap di Restoran Sambal Bakar Malaya, Taman Teratai, Skudai | Alhamdulillah, tadi tengahari dalam pukul 2 gitu ciksun sampai Skudai dari Cyberjaya setelah menghadap jammed dekat highway dalam 7 jam perjalanan. ETA asal yang sepatutnya sampai Skudai before 12 tengahari jadi pukul 2 petang. Gerak dari Rumah pukul 7 pagi. Jammed teruk tapi tak sepanjang jalan pun, ada beberapa point yang jammed dari 10 hingga 78 minit, then ada part yang lancar je. Semua sebab ada accident bila tengok dalam waze. Tapi bila dah sampai tempat accident tu, da takde da. Da clear da pun.
Bayangkan lah 7 jam tu ciksun tak sempat nak berhenti makan sebab takut sampai JB lagi lewat. Dah janji nak lunch sama dengan kak Ajan & Ayen. Kesian pulak nanti kalo diorang tunggu lama. Ayen pulak da nak gerak balik Melaka lepas Asar. So, memang ciksun terus je gerak tak berhenti makan. Hanya berhenti isi minyak dekat Yong Peng sebab simbol tangki kosong dah menyala. Jadi perut memang lapar gilerrr dah. Bawak bekal roti and coklat je dari rumah. Memang tak kenyang lah, benda buat alas perut je and buat hilang ngantok.
Sampai Skudai, kak Ajan dah set nak makan kat mana. Kitorang onz je. Dia ajak pergi lunch dekat Restoran Sambal Bakar Malaya, Taman Teratai. Restoran baru bukan bulan November 2024, tak sampai setahun lagi. Masa masih kat JB dulu tak sempat merasa sebab sibuk dengan projek, banyak ke KL waktu tu. Ada dengar je dari kawan pasal ownernya adalah yang sama empunya Aroma Bakar dan Anjung Desa. Murah sungguh rezeki bukak banyak jenis restoran.
Restoran Sambal Bakar Malaya ni pulak tema set nasi putih dengan lauk bergoreng, kemudian dihidangkan bersama pelbagai pilihan sambal. Korang boleh pilih maksimum hingga tiga jenis sambal. Ada sambal tak pedas (Sambal Ijo), sambal dengan belacan (Sambal Gami), sambal pedas (Sambal ). Kalau tak nak makan set sambal camni, Laksa Penang, Mee Ayam, Nasi Rawon pun ada.
Kitorang order ni. Set nasi putih dengan siakap krispi and sotong krispi. Sedap gakk! Sambal merah tu watak utama, pedas woo tapi sedap sampai mintak extra (satu mangkung kecik RM2). Sambal ijo tu pulak memang betul-betul tak pedas seperti diinform oleh pekerja diorang. Kak Ajan order Laksa Penang, pun tak kurang sedapnya. Sampai ke Penang rasa dia, tapi lupa amek gambar. Haha!
Ok lah, warga Skudai kalo belum pernah sampai sini, boleh cuba ye! Bukak setiap hari kecuali Jumaat, 11 pagi - 11 malam.
Restoran Sambal Bakar Malaya
87 Jalan Enau 14 Taman Teratai, Skudai, 81110 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
3 Comments
Penat juga 7 jam perjalanan..
ReplyDeleteUmangaiii sampai 7 jam baru sampai. Tapi semalam sana sini memang jem teruk. Agaknya semalam semua orang keluar dalam waktu yang sama. Banyak pulak event atau kenduri kahwin, itu yang buat lagi jem. Bertabahlah kalau hadap jem ni. Yang penting selamat sampai di destinasi. Kembali jumpa orang JB ye. Makanan jenis goreng crispy ni memang sedap, tambah lagi berselera makan kalau sambalnya ngam. Pedas sangat tu boleh menangis dibuatnya.
ReplyDeleteNyaman alu rupa ikan & sotong goreng ya 🤤 mun dekat ya mok juah terjah.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com