Ticker

6/recent/ticker-posts

Peck's Chicken Tenders, Lorong Belakang, Shaftsbury Square, Cyberjaya

Peck's Chicken Tenders, Lorong Belakang, Shaftsbury Square, Cyberjaya | Semalam, ciksun pergi Lorong Belakang dekat bawah office. Setiap hari Jumaat - Ahad ada pasar malam dekat sini yang jual pelbagai jenis makanan, minuman, pakaian, mainan, bunga-bungaan dan banyak lagi. Makanan dia jenis yang viral-viral gitu, korang akan selalu jumpa dekat food fest, dan faham lah jugak reganya kalo ciksun sebut camtu, kan. Awal-awal kerja dulu rajin la jugak pergi sini, kadang dengan husband, kadang sengsorang lepas balik kerja. Menariknya penjual dia kadang hari Jumaat je ada, kadang hari Sabtu or Ahad. So, kalau pergi hari Jumaat, mungkin gerai yang korang suka tu takde. Tapi hari Sabtu or Ahad ada pulak. Ada jadual penggerai tu sendiri la agaknya.

Dulu ciksun suka beli tauhu bergedil dekat sini, tapi da takde da tauhu bergedil tu. Pernah husband belikan yang lain, tak sama sungguh rasanya, tak sedap pulak tu. Kecewa betul bila makan. Now, sampai dah tak tahu jugak nak beli apa kalau pergi Lorong Belakang. Kadang sampai berminggu-minggu tak pergi sebab tak tahu nak beli ape. Semalam, kali pertama pergi setelah berminggu-minggu tu. Rasa nak makan chicken tenders pulak.

Ada dua gerai chicken tenders kat Lorong Belakang, ciksun da makan yang lagi satu tu, tak ingat nama. Bagi ciksun gitu-gitu je lah rasa dia. Kali ni ciksun try Peck's ni pulak. Selalu nampak orang beli and makan dekat situ. Ye, ada meja-meja jugak dekat Lorong Belakang ni kalau korang nak makan kat sini. Ciksun pernah ajak adik and kawan-kawan datang makan kat sini kalau diorang datang bermalam kat rumah sewa ciksun.

Peck's Chicken Tenders, Lorong Belakang, Shaftsbury Square, Cyberjaya

Ada dua jenis set, 3 pcs (RM13.90) or 5 pcs (RM24.90). Kalau beli 3 pcs, dapat 1 sos, beli 5 pcs dapat 2 sos. Dan ada 3 jenis rasa: original, mild west dan burning man. Ciksun beli yang 5 pcs original. Ambik sos Ranch dengan Peck's House Sauce. Kena tunggu jugak la sebab set diorang datang bersama fries, dia goreng dan gaul kentang tu dengan rencah nya ambik masa. Tapi serious talk, kentang goreng dia sedap ye!

Peck's Chicken Tenders, Lorong Belakang, Shaftsbury Square, Cyberjaya

Peck's Chicken Tenders, Lorong Belakang, Shaftsbury Square, Cyberjaya

Ni ha rupa yang set 5 pcs tu. Ciksun kira, ada 7 pcs ye dalam dia, bersama sekeping roti diorang buat alas bawah tu. Memula heran gak nape ada roti ni. Jenis tak baca kan detail setiap set tu apa, nampak berapa pcs je. Haha! Beli set 5 pcs sebab nak makan separuh je, separuh lagi boleh simpan dalam peti ais untuk makan kali kedua. Ahihihi. Kadang-kadang kalau tak habis, husband tolong habiskan.

Peck's Chicken Tenders, Lorong Belakang, Shaftsbury Square, Cyberjaya

Peck's Chicken Tenders, Lorong Belakang, Shaftsbury Square, Cyberjaya

Sos Ranch dia kurang menepati selera ciksun lah. Tapi House Sauce dia sedap. Mujur lah boleh pilih dua jenis sos.

Ciksun nampak ada jugak yang dah share cara buat Chicken Tenders ni dengan Ranch sauce dia. Nak buat sendiri malas, beli je lah, tinggal makan je.

Ok bye. 

Post a Comment

0 Comments