Meeting & Stay 4D3N di M Resort & Hotel Kuala Lumpur | Ya Allah, berikanlah ciksun kekuatan dan ketabahan nak menghapdet blog. Dia punya M tu besar macam M Resort & Hotel Kuala Lumpur ni. Hahaha!
Ciksun pernah ke M Resort ni sekali awal bulan September sempena pelancaran MyTMAP2030 oleh MCMC. Kali kedua ni ciksun datang untuk dua meeting pulak. Gitu lahhh kesah hidup ini, dulu update hotel sebab food review and staycation, now update sebab ada meeting 😂
But cerita meeting tak perlu la ciksun masukkan dalam blog ni, tu da masuk kategori event company. Update kat website company je lah. Haha! Kat sini nak share tentang accommodation, makanan dan meeting room dia je. Alang-alang dah ambil gambar kan?
Ciksun stay bilik superior king sepanjang 4H3M kat sana. Biliknya ada banyak cermin, mungkin nak bagi nampak luas. Wardrobe pun see through macam tu. Ikutkan bilik air pun see through tapi sebab ada bidai, boleh lah turunkan.
But, view Merdeka 118 selepas Subuh pada hari cuaca elok memang lawa kat sini. Ciksun sukaaa!
Untuk setiap tetamu hotel yang check in, diorang bagi complimentary mini bar. Ada minuman dalam tin, coklat, chips dan kekacang untuk korang kudap-kudap sambil buat kerja. Kalau nak lagi, boleh order dengan mengisi borang yang disediakan. Tapi kena bayar lah kalau nak topup. Yang first je complimentary.
Untuk breakfast pulak, kena turun ke Ground Floor, pergi Fairway Coffee House. Tak terlalu besar, tapi cukup lah variasi makanannya. And, hari last baru tahu Japanese rice bersama Chicken Teriyaki dia tersangatlah sedap! Cuma ciksun takde ambil gambar sebab tak expect sesedap itu. Hanya snap gambar Saba Teriyaki aje pada hari ketiga, yang ciksun tak makan pun.
Mesti sedapppp jugakkk kannn 😭
Husband ciksun pun sama, hari last baru dia try makan sebab ciksun cakap sedap. Sampai bertambah kali kedua dia ambik Japanese rice dengan Chicken Teriyaki sebab sedap. Hahaha!
Ni contoh menu-menu yang lainnya.
Kalau makan ala carte, pun ada. Kitorang dinner ala carte hari last sebab da tak ramai orang. Chicken Grill dia sedap jugak. Portion pun besar sampai lambat nak habiskan. Yang lain ramai order Black Angus Australian Rib Eye, diorang cakap yang ni pun sodappp.
Bilik meeting kitorang Bukit Bintang dekat tingkat 9, sejukkk bebenor luar dan dalam. Ciksun hari ketiga dan keempat banyak duduk kat luar buat slides. Sampai hanged and terpadam sendiri laptop sebab terlalu sejuk. Kat dalam meeting room masih boleh lagi la kita nak request naikkan temperature. Kalau kat luar, takkan nak mintak naikkan jugak? Errr, boleh ke sebenarnya?
Apa-apapun, nice lah the hospitality.
Thank you M Resort & Hotel Kuala Lumpur!
0 Comments
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com