BLOG ENCIK SUAMI

Monday, October 25, 2010

Kenapa Sakura?

Dah ramai yang tanya ana soalan ni. Bila bersama sahabat-sahabat di luar, di facebook, dalam blog ni, dan di mana-mana lagi. Kenapa sakura?

S.A.K.U.R.A - Cherry Blossoms

Ana suka sakura. SubhanALLAH yang menjadikan sakura cantik. Ciptaan ALLAH yang keluar hanya pada musimnya. Bunga pilihan di kalangan masyarakat Jepun walaupun mereka sudah biasa dengannya dan ada bunga-bunga lain yang lagi indah sebagaimana menurut pepatah Jepun kuno, "among flowers, sakura...among men, samurai."

Sakura jauh. Jauh untuk ana capai, tapi mungkin dekat untuk orang Jepun, Korea dan China. Walaupun mereka dekat, tetapi mereka juga harus menunggu setahun sekali untuk sakura memekar.

Sakura nampak biasa. Tapi dalam kebiasaannya, terserlah keindahannya yang luar dari biasa. Betul...sakura cantik...walaupun ana hanya melihat dari dalam gambar.


Sakura ada cerita. Cerita yang tersendiri, apatah lagi sakura ungu.

Sekitar sakura juga ada impian yang jauh, mimpi yang indah, dan cita-cita tinggi. Lahir dari tubuh berhati kecil...tapi insya'ALLAH berjiwa besar.

Akan ana gapai sakura...satu hari nanti, insya'ALLAH. Sehingga masa itu tiba, doakan ana untuk terus berada dalam jalan juang ini...


AlhamdulILLAH yang melahirkan rasa cinta pada sakura.



10 comments:

isma said...

Semoga dapat meraih sakura milikNya..

Mutiara Bernilai said...

Kehadapan Angah..
Sakura Ungu punya kisah indahnya yang tersendiri, moga-moga jalan menuju impian itu akan ssentiasa di permudahkan Tuhan Pencipta Si Sakura Ungu..

syg selalu~

Sunah Mohammad said...

>nti

ameen..insya'ALLAH..;)

>Mutiara Bernilai

ameen..doakan angah sentiasa..juga sahabat2 yang lain..:)

sayang semua~

Muhammad Hafiz said...

Selalunya, mereka yang minat Sakura@Cherry Blossoms, juga merupakan orang yang minat anime Jepun. Macam saya. :D

Salfiza said...

sy pun suka bunga sakura..
kakak sunah pun sy suka~ ^_^

Sunah Mohammad said...

>Muhammad Hafiz

anime jepun? erm..boleh la jugak..drama jepun lagi la suka..jom belajar bahasa jepun~

>nabila

nabila pun suka? wee~ hehe~

fRaMe+LenSeS said...

wahhh.. nadh suka la.. beshnya dia cita sal Sakura.. Special kan.. ;) yang hanya datang bila tiba musimnya.. ;)

kiera'sakura said...

doa ira.. moga sunah dan ira dapat sentuh sakura 1 hari nanti =)

mynameismy said...

moga suatu hr nnti kau dapat jumpa dan sentuh sakura...;)

NadiRah said...

nanti kita g jepun sama2..
petik sakura ye kak..
=)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.