BLOG ENCIK SUAMI

Friday, January 21, 2011

Alkisah Gula-gula Kenyal


Hari tu, mak beli gula-gula ni. Mesti kamu-kamu kenal gula-gula ni. Kecik-kecik dulu kan suka makan. Kenyal-kenyal dan manis gitu~ Macam-macam perisa lagi kan~~

Gula-gula ni pernah diboikot oleh kami adik-beradik tak lama dulu. Ada satu kisah di sebaliknya...

***

Atok: Nak sikit.

Adik: Amek la atok.

Atok mengambil sebiji gula-gula dalam bekas di tangan adik. Masa tu kami semua sedang menonton televisyen. Rancangan apa, tak ingat pula. Atok merenung gula-gula di tangannya. Kami tidak pula bertanya kenapa.

Atok: Lepas ni, tak dapatlah atok makan gula-gula ni lagi.

Saya: Kenapa pulak atok?

Atok: Gigi atok kan baru je patah tadi. Tak berdarah pulak tu.

Atok menunjukkan giginya yang telah tiada.

Adik: Hehe...atok dah takde gigi.

Esok pagi, atok meninggal dunia...pergi dalam tidur...

Al-Fatihah...


***

Selepas itu, berbulan-bulan, bertahun-tahun...gula-gula itu mengundang sayu di hati kami.

Moga atok tenang di sana...ditempatkan Allah bersama hamba-hambaNya yang bertaqwa.

Ameen...





20 comments:

Syed Hilmi Syed Yahya said...

syed simpati,,,sedih cite nie alau hayati betul2...,,,,

Muhammad Hafiz said...

Ada serupa kisah Sang Pemimpi, sebab Ikal tidak mempercayai Posmen.

Ujang9897 said...

hurm..sedih plak...al -fatihah

suri solehah said...

al fatihan untuk arwah atuk..

anak2 kdg tengok kat kedai mintak jugak nak beli sbb caler2kan tapi risau pulak bila org dok ckp pasal gelatin buat gula ni

Sunah Mohammad said...

@Syed Hilmi Syed Yahya

terima kasih syed..doakan arwah atok..

Sunah Mohammad said...

@Muhammad Hafiz

erm? kisah ape tu? huhu

Sunah Mohammad said...

@Ujang9897

doakan mereka semua di sana ye ujang~

Sunah Mohammad said...

@suri solehah

erm..gelatin..cuba carik info sal ni~

Salfiza said...

sedey.. T___T
btw,nape sy xleh comment kt shoutmix akak?nape??huhu

Sunah Mohammad said...

@Salfiza

xleh ke? dah leh da ni...:)

Salfiza said...

xleh jerit pun....wuhuhu
die tulis access not allowed.you can only use this shoutbox from owner's website. pastu bla2...huhu

FasiHaH SupiaN said...

sedih nya....semoga dia ditempatkan di antara orang yang beriman...amin

Sunah Mohammad said...

@Salfiza

ok, akak da remove website block~

Sunah Mohammad said...

@FasiHaH SupiaN

ameen ya Allah...terima kasih fasihah~

Muhammad Hafiz said...

Pernah dengar cerita Laskar Pelangi? Sang pemimpin adalah sekuel kepada cerita tersebut.

Sunah Mohammad said...

@Muhammad Hafiz

pernah dengar, tapi tak pernah tengok..:)

aDisH.sHidA said...

al-fatihah...akak pun jarang sekali makan gula2 tu....setahun sekali pun susah nak makan

farasakura said...

al-fatihah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman..aminn

Sunah Mohammad said...

@aDisH.sHidA

:)

Eera Shera said...

al-fatihah untuk arwah atuk..semoga ALLAH mengampuni dosa2nya..amin

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.