BLOG ENCIK SUAMI

Friday, March 4, 2011

Eh, Ustazah!: Solat dan Warna I


Tengahari itu, seperti biasa, ustazah memulakan langkah ke kelas. Erm...seperti biasa juga...hurm...

Nasri: Eh, ustazah! Terserempak lagi kita.

Ustazah: Assalamualaikum Nasri, mana tak terserempaknya, da depan pintu kelas kamu ni. Cepat masuk.

Nasri: Wa'alaikumussalam...err...hehe. Baek, ustazah...

Mereka masuk ke dalam kelas...(jeng jeng jeng...memperkenalkan watak-watak baru sebagai anak-anak murid ustazah...:D)

Ustazah: Assalamualaikum semua.

Semua menjawab salam...

Adilla: Ustazah! Hari ni nak belajar apeeeee~~~~?

Ustazah: Wah, Adilla...semangatnye kamu. Bagus-bagus. Hari ni ustazah nak borak-borak santai jek~ Yang pasti bukan Santai Ben Ashaari.

Sakirin: Uihh...sape tu ustazah?

Ustazah: Eh, tak kenal eh? Ingatkan kenal...takpelah, kalau nak tau, klik je link dia tu ye...

Semua angguk-angguk.

Ustazah: Okie, sape tau kenapa kita kena solat awal waktu?

Nasri: Sebab Allah suka kita solat awal, ustazah!

Adilla: Nanti dapat banyak pahaleeee~~~~~~

Ustazah: Ye, betul-betul! Tapi, tau tak dari segi saintifik, ada sesuatu yang menarik di sebalik solat awal waktu ni?

Sakirin: Uihh...macam menarik! Cer citer cer citer~

Ustazah: Okie...pertama sekali waktu Subuh. Kaler alam masa ni dalam spektrum biru muda, yang mana sama dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi.

Adilla: Oooo...kalau tertinggal waktu Subuh, rugi la kan ustazah?

Ustazah: Betul tu...orang yang selalu tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Sakirin: Uihh...cane lak leh jadi gitu?

Ustazah: Sebab...tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum, maksudnya masa jaga daripada tidur. Sambung explaination kat gambor ni ye...


Nasri: O...kalau waktu Zohor pulak, ustazah?

Ustazah: Okie...lepas biru muda, warna alam berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Masa ni, kaler alam tu sama dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Tyka: Kalau terlewat Zohor, ustazah?

Ustazah: Haa...bersuara pun kamu. Warna kuning ni ada kaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Tyka: Oooo...

Ustazah: Ish, da masuk Zohor lah! Kita sambung lagi Jumaat minggu depan ye...

Nasri: Alaaa...nak lagi!

Ustazah: Minggu depan kita sambung lagi, ok?

Adilla: Hurmmmm....baru nak best-best...

Ustazah: Next week kita sambung best-best lagi ye...Jom-jom kita solat...


Semua: Okie ustazah...

Ustazah: Assalamualaikum...

Semua menjawab salam dan sama-sama bergegas ke surau...


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!




20 comments:

mariah said...

salam..

pandai kak sunah menyelitkan unsur ilmiah disamping menyemai ukhuwah para blogger..:)

u are good blogger kak..

fRaMe+LenSeS said...

wahhh.. nadh suka la entry ni.. maceh krana berkongsi.. ;))

starsyeea said...

betul! bila dengar azan je patutnya terus siap2 nak solat...sbb itu adalah antara ciri2 muslim sejati...sooooo, jom bawak2 diri solat di awal waktu...:)

very nice info sis!

putERi-kAtEk said...

hahaha....xde org pun pggil nama adilla...hehehe...mcm comel pulak...hahhaa..thanks kak sunah... byk betul pengajarannye

Hansyirah Takezur said...

jazakillah 4 sharing this, ustazah..hehe.. mantop g2.. :)

Achu said...

suke^^

Sunah Mohammad said...

@mariah

wa'alaikumussalam mariah..

terima kasih...moh le kite berukhuwah..:)

Sunah Mohammad said...

@fRaMe LenSeS

thanks nadh~ :)

Sunah Mohammad said...

@starsyeea

betul tu dear~ pandai pun~ :)

Sunah Mohammad said...

@putERi-kAtEk

nasib bek tak letak nama penuh tadi..hahaha~

Sunah Mohammad said...

@Hansyirah Takezur

terima kasih dikembalikan...:)

Sunah Mohammad said...

@Achu

:)

bun said...

ustazah,baru nak khushuk bace
kacaw line lah

hahhaha,minggu depan nak jadi anak murid boleh???

Sunah Mohammad said...

@bun

boleh saje~ tapi nak kene korek nama sebenar dulu..next week kelas 3 melur pulak ye..:p

bun said...

hahhah,name sebenar ade kat 24 things about me

gi lah korek
hahhha

Sunah Mohammad said...

@bun

baeklah cik adik!

Novelgurl said...

Salam...baguslah ! buat mcm nie senanglah orng nk faham dan tak bosan^^

Sunah Mohammad said...

@Novelgurl

wa'alaikumussalam sayang...

terima kasih~ :)

~Kirin Selama Perak~ said...

macam suci ja nama sakirin tu kan kak?
:)
suka baca la entri ni !
:)

MR & MRS MAKMUM said...

RINGKAS SANTAI & PADAT DGN ILMU !!!

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.