BLOG ENCIK SUAMI

Monday, March 28, 2011

Saya Ingin Berubah, TAPI...


Saya nak kongsikan ape yang Ustaz Pahrol M. Juoi sampaikan masa GESPER'11 beberapa hari lepas. Dalam banyak-banyak benda yang disampaikan, ada sesuatu yang menarik perhatian saya.

Teori Iceberg

Pernah dengar iceberg di mana-mana? Saya pasti, lepas tengok filem Titanic dulu, semua tahu tentang iceberg, bongkah ais di laut dalam yang nampak kecik je tapi mampu memecahkan sebuah kapal besar.

Kenapa bongkah ais yang walaupun kat permukaan laut nampak kecik je, tapi sangat ditakuti oleh nakhoda-nakhoda kapal? Sampaikan nampak dalam radar je terus gelabah tak tentu pasal? Sebabnye...saiz sebenar iceberg ni sangat besar!!!

Gambar cilok dari Snapes.com

Dari jauh, memang kita akan nampak bahagian iceberg yang kat atas permukaan air, bahagian dalam dia, takde sape leh duga besar mana. Yang pasti, memang besar! Iceberg ni bila kita kaitkan dengan manusia...amacam, boleh teka benda pe nak kaitkan?

Meh tengok gambo yang tak bape nak cantik ni...


Iceberg yang kat permukaan air tu, benda yang kita nampak...karekter manusia. Segala kelakuan kita, dan benda-benda yang bersifat luaran ni hanya 5% je dari seluruh siapa-kita-ni sebenarnya. Dan karekter serta kelakuan kita tentu saje dipengaruhi oleh dalaman kita, iaitu bahagian iceberg yang tak nampak dari permukaan air.

Ade orang karekter dia sangat baik, ade orang karekter dia sangat tak berapa nak baik. Kalau tengok iceberg, bahagian bawah sekali tu dipunyai oleh iman kita. Kalau iman seseorang tu cukup kuat, sangat mudah untuk dia kawal benda lain kat atas tu, merangkumi mind set, nilai, sikap, kelakuan dan akhirnya karekter dia.

Ramai yang kata nak berubah dari zaman jahiliyyah kepada yang lebih baik, tapi tak tahu nak mula kat mana... Pandangan Ustaz Pahrol, kalau nak berubah, tanamkan iman betul-betul dulu, baru boleh ubah yang lainnya. Nak berubah dari yang tak baik kepada yang baik? Tanam iman dalam diri kita, insya'Allah yang lainnya akan berubah menjadi lebih baik.

Jadi, sape nak jadi iceberg? Tak payah! Jadi manusia je, okie?


KATEK DE WAT SEGMEN KAT SINI



21 comments:

mynameismy said...

tenks for the knowledge sunah!! interesting!!^_^

qasehraihan said...

smua orang nak berubah kepada yang lebih baik..

takut tgk iceberg tu..hoho


http://qasehraihan.blogspot.com/2011/03/sebab-suka-naik-flight-air-asia.html

Faris Adli said...

thanks for the knowledge..
jangan tengok pada luaran kena tengok pada keseluruhan..

Miss Ran said...

nak jd ice..
tak nk cair...

jadi dunia tak banjir=P

fashah84 said...

nice infi dik...akak suka...:-)

mynameismy said...

Tenks Sunah sudi dtg belog My!!!^_^ *eksaited terlebey...-,-'

Zue Cancer said...

susah la kak sunnh nak ubah kelakuan...tapi zue cube utuk berubah..sebb ngah saket hati ni ngeh2...kak mai singgah entry ni

http://onlymezue.blogspot.com/2011/03/cinta-umpama-menunggu-bus.html

mukmien said...

hidup... cukup susah dijaga tapi mudah dirosakkan.. "tak ada seri dalam api jika tanpa bara" nice knowledge....

forever love said...

nak jadi iceberg.. sebab sejuk dan kuat.. hehe.. takdela.

nak jadi manusia yang iman semakin bertambah

aniswany said...

saya juga ingin berubah ,tapi....
manusia mmg byk alasan kan ;)

folo you ;) nice entry

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

menarik dik!

~Kirin Selama Perak~ said...

KSP juga ingin menjadi seperti iceberg !
:)

Lilyel said...

Salam.

Saya tengah buat survey pasal blogging untuk kertas projek saya. So, kalau berkenan sudilah isi questionnaire di bawah ini. Thank you so much 

https://spreadsheets.google.com/viewform?hl=en&pli=1&formkey=dGlZbzRKVmtxWWhPOWt3c0hIdzF5T0E6MQ#gid=0

Salam,
Lily
Note: Sila abaikan jika anda bukan pelajar IPT. 

Nizam said...

nice onfo...terima kasih atas perkongsian tau..

sissyira said...

salam

jadi manusia yang berakla itu lebih baik =)

Dda Ly said...

good info..:) thanks for sharing sunah..:)

meh ke rumah..
~Addina Dania ku sayang..~
keep in touch ye..♥♥♥

azian said...

sunah...
bagusnya ntri ni...sgt berguna,nnt nak bgtau kat students akak laaa...tq..

Sunah Mohammad said...

@Lilyel

wa'alaikumussalam..terima kasih, saya dah isi...:)

putERi-kAtEk said...

melalui gambar tu, sangat banyak maksudnye kan??

hurm,m


aik!!! ada iklan segmen saya... auuu...

thanks kak sunah!!

fRaMe+LenSeS said...

Dalam isi dia Sunah. Nadh suka yang ni.. leh ja share.. nt nadh tanya kat big boss sat.. :D

~...AmALinA....~ said...

suke entri ni~ thanx 4 sharing akak..=)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.