BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, May 25, 2011

Kenyang Sudah... Dah Baca Doa?


Doa selepas makan amek kat SINI

Alhamdulillah, kenyang makan sarapan pagi tadi? Dah baca doa lepas makan? Tak ingat? Takpe, baca alhamdulillah saje pun dah memadai. Tapi digalakkan juga untuk baca doa macam kat atas ni...

Kenapa digalakkan? Cuba tengok maksud tuuu... Dalam doa tu kita memuji Allah, sebab ape? Sebab segala yang baik tu datang dari Dia. Kalau Dia dah nak bagi, takde sape leh halang, dan ape-ape yang buruk yang dihalang olehNya daripada kena kat kita pun takde sape mampu buat kat kita.

Dengan membaca doa ni, mudah-mudahan kita akan terus dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah tanpa putus sebab Allah dah janji orang yang bersyukur akan mendapat tambahan nikmat dariNya. Bukan saje rezeki kita yang makan makanan tu, tapi jugak sampai ke penghujung titik asal usul makanan yang kita makan. Sebab tu dalam doa ni digunakan kata ganti nama 'kami', doa kita tu untuk diri kita, tukang hidang makanan, tukang masak yang buat makanan, petani yang tanam padi, sayur-sayuran dan ternak ayam, nelayan yang tangkap ikan dan udang, pakcik yang buatkan reban ayam dan itik, pakcik yang buatkan bot dan sampan,  makcik yang buatkan air untuk pakcik, err...sampai hujung lahhh. Semuanya akan dapat berkat dari doa kita.

Mudah-mudahan dengan doa ni jugak, segala makanan tidak halal yang termasuk dalam mulut kita tanpa pengetahuan akan dimaafkan. Insya'Allah.

P/S: Mencari yang halal itu fardhu bagi setiap muslim.


10 comments:

Faris Adli said...

setiap perbuatan kita, Islam ajar untuk berdoa :-)

Miss Ran said...

terima kasih igtkan..slalu bace doa mkn je..pas makan lupe diri hehe

JIJI YU said...

kalo doa lepas makan ramai jugak yang bace..sekurang kurangnye ade gak sebut alhamdulillah..tapi doa sebelum jarang bebeno yg membacenye

noraim said...

salam sis.

insyaALLAH diampunkan olehNya :)

peep said...

x makan lagi pagi ni.. :( mkn tgh hari tros kot satgi..

zuwaidah said...

alhamdulillah, syukur.

Fakhrul said...

syukur alhamdulillah..kenyang jgk Sunah :) murah rezeki kan...itulah kita kne bersyukur sntiasa.

farasakura said...

kadang-kadang ter-miss gak..tapi cepat2 baca..hehe :D

deeya said...

memang dah terbiase baca doa yang panjang sebelum dan selepas makan .. doa mase nak menjilat membersihkan nasi dijari pun sye masih amalkan =)

bersama kak Es said...

anak akak yang kecik tu hafal doa sebelum makan je..lepas makan dia kata alhamdulillah jadi orang muslim ameenn

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.