BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, June 12, 2011

Jangan Dilupakan Kekasih Hati Pertama



Sedangkan Aisyah pun mencemburui Khadijah.

Ya, Khadijah telah lama pergi meninggalkan Rasulullah s.a.w. Namun sepanjang hidup baginda, kenangan bersama Khadijah tetap mekar di ingatan. Biarpun Khadijah itu wanita yang lebih berusia dari baginda, tetapi Khadijah lah wanita pertama yang bersama-sama baginda ketika Islam mula bertapak di Makkah.

Khadijah yang menenangkan baginda, yang meredakan segala ketakutan baginda Rasulullah s.a.w setelah dipeluk kuat beberapa kali oleh malaikat Jibril ketika menerima wahyu pertama. Khadijah lah yang dermawan mengorbankan hartanya di jalan Allah. Khadijah lah wanita agung... Sehinggalah wafatnya baginda, Khadijah tetap disebut-sebut di hadapan isteri-isteri yang lain.

Khadijah itu isteri baginda Rasulullah s.a.w yang pertama, tidak pernah dimadukan. Tetapi kenapa kaum lelaki, tidak pernah merenung yang ini? Sering kali mereka mencari alasan untuk berpoligami dengan melupakan kisah Rasulullah s.a.w bersama Khadijah. "Nikah empat isteri itu sunnah nabi!" Tapi jarang sekali kita mendengar, "Cintai dan terimalah isteri yang satu itu selagi dia menunaikan kewajipan sebagai isteri..."



"Saya mahu dinikahi tapi dengan syarat, selama saya masih hidup dan masih bisa menunaikan kewajiban saya sebagai seorang isteri, Mas Furqan tidak boleh bernikah dengan perempuan lain..." - Anna Althafunnisa

Perkongsian ini bukan sahaja untuk para lelaki, tetapi sebagai renungan juga kepada wanita-wanita di luar sana...

Tidakkan kamu juga mahu menjadi seperti Khadijah sebagai seorang isteri?


22 comments:

Miss Ran said...

btol tu jeles ttp jeles


payung ems ke ape

dorg ckp sngla kan

mynameismy said...

suke entry ni

tp my xsesempurna dan sebaik khadijah..

xsggup berkongsi kaseh la..-.-'

EiZaRaZiErYa said...

sayu je aty ni~ bace entry ni~

HeziqaMushadadLee said...

like laa kak sunah!p/s:cantek laa header..rinduu akak

Alia Natasha said...

ceq sukaaa ! :D

JIJI YU said...

hurm2..cam siyes je ko kali ni sunnah

::blog anak jawer:: said...

mmg tak boleh lupa dialog anna dalam KCB tu...impian setiap lelaki untuk mendapat isteri se tanding khadijah...tp mmg sukar nak di cari...

-Yok mampir diluk = tuntut hak pusaka ketika mereka masih ada...segera..!!!

mas saari said...

nice entry...
tapi akak tak sanggup berkongsi kasih!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nice n 3

alamanda said...

khadijah semasa hayatnye tak pernah dimadukan oleh nabi....

Fahmi Mahat said...

nak yang setanding khadijah, haruslah berusaha menjadi seelok Muhammad~ =)

☼ r A t U ● t U r Q u o i S e ☼ said...

Tak sanggup juga berkongsi kasih . . :(

sergeant keroro said...

wahhhh~

peringatan yang bagus :)

siti kektus said...

nice akak, ;)

tacing baca entry ni,

Kak Aya said...

hmm siapa yang nak berkongsi kasih dengan yang tersayang? semua tak nak...tapi kalau itu yang dah tersurat, apa kan daya untuk menolak.

Sukarnya ingin menjadi sehebat Khadijah di dalam semua hal namun Khadijah tidak dimadukan Rasullullah semasa hayatnya, kan?

FasiHaH SupiaN said...

hmm, cemburu kan tandanya sayang, pasti ada punya rasa jeles tu...tapi betul, nak menjadi seperti khadijah yg hebat tu, nak mencari sepertinya bukan mudah.....kitalah perempuan, kena berusaha menjadi yg terbaik...

Izamir Ridzwan said...

suami yang baik adalah untuk isteri yang baik.. betul x ustazah?

akoo said...

likee=)

Jahidih Saili said...

eh,pa tajuk buku rujukan anna althafunnisa kt drama tu..
fiqh us-sunnah sayyid sabiq kan..?

isteri mmg berhak menuntut spt apa yg diminta oleh anna althafunnisa tu..tp ramai yg tidak tahu..

kiera'sakura said...

pernah bw.. terjumpa cite pasal poligami.. tertarik dgn ayat nie..

"sye mencari redha Allah, tidak redhakah sye sekiranya sye menolak ujian yang Allah berikan ini"

"sye izinkn abg berkahwin laen kerana sye mencari redha Allah"

bersama kak Es said...

akak lebih 5 kali tgk cerit KCB ni :)

Tasha said...

bererti sungguh entry ini

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.