Ya, ada yang memberi alternatif.

Itu yang saya cari sebenarnya. Bukan sekadar membantah. Kerana saya belajar sepanjang penglibatan sebagai aktivis kampus (nyatanya tidak sampai dan tidak layak untuk digelar aktivis), kita tidak boleh hanya membantah, tetapi bantahan kita perlulah dengan alternatif.

Alternatif yang macam mana? Tentulah cadangan untuk penambahbaikan.

Seperti yang saya katakan semalam, YA! Sudah terlalu lewat untuk saya naikkan entri tu, memang tak boleh nak pindah ke mana-mana pun lagi konsert final AF 9 yang bakal diadakan di hadapan Palace of Justice. Namun saya berharap sangat, bila isu ini dikeluarkan, ada mata-mata yang terbuka dan akal yang berfikir, "oh, lepas ni tak eloklah dibuat di sini lagi!" Sekurang-kurangnya.

Bila tak dapat nak dipindahkan macam tu, ada yang bagi cadangan supaya pihak ASTRO mengasingkan penonton lelaki, perempuan, dan keluarga. Ada juga yang mencadangkan supaya segala bunyi-bunyian berhenti pada waktu solat, dan semua penonton juga krew serta peserta AF segera berpusu-pusu ke Masjid Besi untuk menunaikan kewajipan sebagai Muslim. Lebih baik lagi sekiranya konsert dilambatkan sedikit, dimulakan lepas solat Isyak.

Cadangan yang baik. Pihak ASTRO, jika kamu membaca, sila ambil perhatian tentang perkara ni... Sekadar menjalankan tanggungjawab sesama Muslim, dan saling mengingatkan. Jika itu sudah kamu lakukan, maka terlepas sudah tanggungjawab kamu, terpulang kepada yang diseru untuk melaksanakan atau tidak.