BLOG ENCIK SUAMI

Friday, July 1, 2011

Eh, Ustazah! : Tuduhan Palsu I


Hari ni ustazah masuk kelas macam biasa untuk mengajar murid-murid. Selepas berbalas salam, ustazah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Ustazah: Hari ni kita akan belajar sirah ye murid-murid.

Wan: Wahhhhhh, hari ni pasal ape lak, ustazah? Ade tak pasal Aisyah lagi?

Niena: Hamboiiii, pasal Aisyah aje Wan ni, ye ustazah...

Wan: Huk aloh... Jeles ke? Aisyah kan muda dan bijak, mesti la suka kalau ustazah cerita. Daripada aku suka kat XXX tuuu...

Ustazah: Hurm???

Wan: Opssss! Errr...

Ustazah: Okehhh, dah, dah! Kang melalut makin jauh pulak. Memang hari ni ustazah nak cerita tentang Aisyah lagi. Tentang satu hadith yang dipanggil Hadith al-Ifki.

Risa: Al-Ifki? Hadith ape tu, ustazah? Tak pernah dengar punnnn...

Ustazah: Haaa... Sebab tu la ustazah nak kongsikan. Dulu Rasulullah pernah ajak Aisyah gi berperang lepas buat undi antara isteri-isteri baginda.

Zul: Gi berperang ustazah??? Dahsyat woooo Aisyah, malu saya, tak pernah gi perang. Perang ape tu, ustazah?

Ustazah: Perang dengan Bani Mushtaliq dalam bulan Sya'aban pada tahun 5 H. Rasulullah dan tentera Islam menang dalam peperangan ni.

Wan: Alhamdulillah... Lepas tu ape yang berlaku, ustazah?

Ustazah: Lepas berperang ni, tentera Islam pun berangkat pulang ke Madinah, mereka berhenti rehat sebentar. Masa berehat ni Aisyah gi menunaikan hajat kat tempat yang terselindung daripada pandangan tentera Islam.

Niena: Aha! Masa ni lepas Aisyah da selesai, dia kembali ke tempat tentera Islam berkumpul, tapi dia sedar rantai dia hilang, kan ustazah?

Ustazah: Yup, betul tu! Jadi Aisyah pun kembali ke tempat tadi untuk cari rantai dia yang hilang, kot-kot tercicir kat situ. Masa dia tengah cari rantai tu, tentera Islam diarahkan untuk meneruskan perjalanan. So, diorang pun gerak lah termasuk yang bawak Haudaj Aisyah.

Risa: Haudaj tu macam tandu eks? Eh, diorang tak perasan ke Aisyah takde???

Ustazah: Kerana badan Aisyah yang kecil dan beratnya yang ringan, pembawa Haudaj Aisyah menganggap Aisyah ada kat dalam Haudaj. Jadi diorang pun teruskan perjalanan tanpa menyedari Aisyah takde.

Wan: Kesiannya Aisyahhhhhhhhhhhhhhh!

Zul: Jadi, macam mana dengan Aisyah, ustazah? Takkan takde yang sedar-sedar?

Ustazah: Masa Aisyah kembali ke tempat tentera berkumpul, dia tengok semuanya da takde. Dia tunggu je kat tempat tu sambil berharap ade yang sedar dan datang balik amek dia.

Zul: Ade ke yang datang balik???

Ustazah: Masa ni, Sofwan bin al-Mu‘attal yang berada kat belakang rombongan, yang tugas dia memang untuk periksa barang-barang yang hilang atau tercicir ternampak Aisyah. Terus keluar kalimah istirja' bila nampak Aisyah menunggu kat situ sorang-sorang.


Ustazah: Sofwan pun merendahkan untanya untuk bagi Aisyah naik sementara dia pulak berjalan menuntun unta tu sampailah ke Madinah. Tapi diorang tak bercakap sepatah ape pun. Bila da sampai Madinah, orang pun nampaklah Sofwan bersama isteri Rasulullah. Bayangkan inilah peluang kaum munafik untuk menjatuhkan Rasulullah.

Niena: Kejamnya, mesti Abdullah bin Ubai, si ketua munafik tu buat cerita bukan-bukan!

Ustazah: Ha'ah, akhirnya tersebarlah khabar angin mengatakan Aisyah curang. Ketika inilah rumahtangga Rasulullah dan Aisyah diuji. Rasulullah hanya diam je menunggu wahyu dari Allah. Baginda turut bertanya pandangan dari sahabat-sahabat, ada yang mencadangkan agar menceraikan sahaja Aisyah, dan ada juga yang membelanya.

Wan: Rasulullah ceraikan ke???

Ustazah: Tak, Rasulullah tetap menanti wahyu. Sampai hampir sebulan wahyu masih tidak diturunkan kepada Rasulullah.

Risa: Lamanyaaaaaaaa ustazah!

Ustazah: Yup, agak lamaaaa... Tujuannya adalah untuk menguji keimanan kaum muslimin dan menzahirkan golongan munafik. Masa ni Aisyah balik ke rumah ibu bapanya dan sentiasa dalam keadaan bersedih. Aisyah menangis mengenangkan peristiwa yang berlaku hingga kering air matanya dan tak dapat tidur.

Zul: Macam mana tu ustazah, ape penyelesaian Rasulullah dalam perkara ni?

Ustazah: Setelah hampir sebulan tu, Rasulullah pun gi rumah Aisyah. Masa ni lah turunnya wahyu Allah...


Wan: Alhamdulillah...

Ustazah: Alhamdulillah, dengan turunnya wahyu ni, bebaslah segala tohmahan dan fitnah terhadap Aisyah. Allah turut menjanjikan hukuman terhadap penyebar berita palsu di kalangan golongan munafik dalam ayat tu.

Niena: Ermmm...banyak betul pengajaran dari kisah ni, ustazah!

Ustazah: Yup, sangat banyakkkkkk! Tapiiii masa dah nak habis. Ustazah sambung minggu depan ye~

Risa: Alaaaa... Baru nak syokkkk!

Zul: Ok, ustazah! Kami tungguuuuuu! Jangan lupa link balik ke entri yang ni pulaksss ustazah~

Ustazah: Erk! Ok, ok... Insya'Allah. Kita sambung minggu depan ye, assalamualaikum.

Semua anak murid ustazah menjawab salam.


Peristiwa menyayat hati yang melanda rumahtangga Rasulullah s.a.w dan Aisyah r.a, berapa ramai yang tahu tentangnya? Angkara munafik durjana, menyebarkan fitnah hingga menggoncang kaum muslimin! Renungkan kisah ini, dan bandingkan dengan kehidupan kita masa sekarang. Akan disambung ke bahagian II minggu depan, insya'Allah.


35 comments:

Pojiekyra said...

cmnew la Aisyah nk curang n Nabi SAW sedangkan ketika Aisyah R.A datang bulan sanggup berkurung di dalam bilik n tidak mahu berjumpa dan bersemuka dengan Rasullah SAW..haihhhh...manusia..fitnah itu lebih truk dr membunuh

Citarasa Rinduan said...

subhanallah..
kak ayu tak pernah tahu pun ttg kisah rasullulah dan aisyah diuji..

terima aksih sunnah.. berkongsi cerita nie

mulanya nak gak suruh wan tutup mulut..
tapi dalam hati.. wan like kak ayu.. suka tanya sbb mmg tak faham..
hehehe

ZainurulFarah said...

SUBAHANALLAH,bagus story nie menarik cara penceritaannya sirah Islam....dekat dihati.. :)

al_hakim said...

sy ade dngr kisah ni dlm khutbah jumaat yang dulu..sebab tu lakita jangan terlalu percaya dengan khabar angin..

Atiqah Sa'ahiry said...

best cite...

JIJI YU said...

akhirnya..

Mat Gebu said...

Nice n3 sunah...pcm pun tatau kesah ni...terima kasih sudi berkongsi ilmu...

NadiRah said...

^^

::blog anak jawer:: said...

thank sebb mengingatkn dlm bentuk cerita yg sgt menarik..insyaALLAH lepas ni akn lebih brhati2 bila blogging..takut tersebarkn entri berunsur fitnah..

aizamia3 said...

jangan lupa link kannye ye cikgu..

Salim Harmanain said...

thanks 4 sharing ustazah...peringatan tentang bahaya nya fitnah ni.. :)

sergeant keroro said...

cepat sambung, hehe :)

suhaili sarif said...

ustazah,dulu pernah belajar cerita ni masa sekolah rendah...dan kami belajar gist sahaja.mengenai peristiwa dalam tahun hijrah.tp x ingt tahun brape and psl ape..
seriusly akk br tau full story.masyaALLAH,terima kasih ya ustazah..kak elly suka sangat dan semoga jadi pedoman pada semua supaya dlm rumah tangga jgn mudah melatah kalau dengar apa2 yg x elok.hehe

HAJAR hasan said...

kak sunah. suka lah. tak pernah tahu ttg cerita ni. thanks for sharing. :)

G3-lina said...

cerita ni.. best! bnyk kali baca pun takkan jemu kalau sirah rasul ni.. bnyk sgt pengajaran yg tak terungkap..

torazmaih said...

salam....ada baca dalam buku Muhammad the Messenger tentang nie.......dan pelbagai fitnah dan dugaan yg Baginda hadapi dalam menegakkan syiar Islam......Abdullah bin Ubai paling byk wat fitnah tentang Baginda.......

cik pulau said...

wahhh..kagumm..^^,

Areliff said...

teringat aq kisah entri yang mengatakan jin samsudin meninggal smlm, padahal kawan duk sihat je :P...cerita palsu hu3..

niena shopping2u said...

erm.. thanks perkongsian ni,slama ni akak xpenah tau jln cerita yg sebenar2nya.. tau gitu2 je.. ni dh terang lgi jelas.. thanks =D
terharu jugak sbb NIENA jdi pelakon..uhuk...sobsob..sebak rase

Pak Syahot (sYaHir) said...

First time dgr cerita neyh...mekaseh kak sunnah...nk share ea kt fb...hihi

Areef Ibn Naim said...

salam sunah,

teringat ms pmr dulu kuor soalan hadith al-ifk dlm subjek pend. islam, tp sy tk dpt jwb sbb tk tau, huhuhu...

sunah, hadith al-ifk ni mksudnya (peristiwa dusta @ pembohongan)... just nak clarify je, sbb tgk sentence kat atas tu mcm tk jelas, takut org igt hadith @ sabda...

Cik Asma BLuppy said...

best la entri kak sunah..
terharu baca entri ni.
memyebabkan sy berfikir panjang=)

MerLe said...

alhamdulillah.. info yg baik utk dikongsi.. x ramai yg tahu crita ni.. bgus~ =)

efa nur said...

niceeeeeeee..thanx 4 sharing ya ustazah :)

mohd zhafri said...

seronok baca...dapat ilmu...thanks kak sunah

K O R I E said...

wah. menarik sgt kak!
thank k sbb share

FasiHaH SupiaN said...

angah, akhirnya, nak subuh dah baru sempat baca....ok, nak tunggu yang minggu depan, tuduhan palsu, al-ifki, bila baca surah an-nur tu...teringatkan fitnah..yang makin berleluasa pada akhir zaman...

Mutiara Bernilai said...

alhamdulillah,
moga berkongsi saham ..


:)





*hadith : pernyataan /peristiwa

bersama kak Es said...

terasa ringan sikit kepala ... akhirnya.

risa said...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....masa akak mengajar bebudak darjah 5 aliff cerita ni lah jugak yg akak cerita..masa tu ada fitnah besar berlaku dalam negara kite:(
ape2 pon semua berita yg datang memang kena siasat..
kena tanya dua2 pihak...kite tak boleh terus mengiyakannya walaupun situkang cerita ialah ibu kite sendiri..wallahualammmmm

thanks sunah sayang...sangat detail..and akak sangat suke watak tu..mmmuuahhh

Iffah Afeefah said...

Sedangkan nabi dirundung fitnah

inikan pula kita uamtnya

harap kite pon terhindar dr fitnah

mas saari said...

terima kasih ustazah...sangat menarik!

sesungguhnya fitnah itu sangat bahaya..

Solihin Zubir said...

sbb itu dosa fitnah lebih besar drp membunuh..
fitnah dpt membunuh jiwa dan smngt seseorg itu..
dpt membuatkan org x besalah membunuh..
slain meruntuhkan rumahtangga serta meleraikan ikatan ukhuwah..
so, jauihalah fitnah.. kan..

tamlegend said...

tak pernah dgr pun cter ni...terima kasih berkongsi...

ir prof dr alia rosli said...

taknak tertinggal walaupun da lama




akak tag la kat kite lagi eh ustazah tau

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.