BLOG ENCIK SUAMI

Monday, September 5, 2011

Kenapa Awak Tak Nak Update Blog?

silent lake by ~arbebuk on deviant

Semacam satu virus pulak...

Yang semakin menjalar ke dalam segenap sel-sel darah anggota blogger semenjak berlalunya sambutan hari raya Aidilfitri. Mesti ramai yang perasan blog-blog sahabat blogger ada yang menyepi beberapa hari semasa hari raya hari tu, sebab ramai yang balik ke kampung halaman dan beraya sakan. Maka tentulah tak sempat nak jenguk blog langsung, tambah-tambah bila ada kekangan internet.

Tapi sambutan hari raya Aidilfitri telah beberapa hari berlalu, ramai jugak yang dah kembali dari kampung dan mula bekerja macam biasa. Hari ni pun hari pertama persekolahan bagi kebanyakan negeri dalam Malaysia, selepas cuti hari raya. Mesti la rakan-rakan blogger da balik dari kampung lebih awal kannn...

Tapi tapi tapi...perasan tak ramai yang mood bloggingnya da entah ke mana. Blog masih juga menyepi tak berupdate, seakan-akan dah takde hati langsung nak berblog pun ada jugak. Mungkin juga rentak berblog da tenggelam dek ketupat, rendang dan lemang. Atau mungkin jugak idea-idea untuk entri da berlapis-lapis macam kek lapis tapi dibiarkan macam tu saje tanpa dimasukkan ke dalam blog.

Maka dibiarkanlah blog tu bersawang beribu-ribu sawang labah-labah sambil menangis merintih tengok pengunjung da hilang seorang demi seorang. Errr... Salah sape bila blog tak update tu???

Salah diri sendiri ok... Cari semula ape yang hilang tu... Saya pun macam da hilang mood nak update... Aiyakkk!!! Pulanglah... Pulanglah... (Aishah)

P/S: Dah start packing...


27 comments:

Luqeem™ said...

agak la. raya mngajar kita supaya jangan tumpu sepenuhnya kepada blog sampai menghiraukan orang lain..:)

FasiHaH SupiaN said...

ngeee kena2 kena..ni sat lagi pi belajaq menaip lah~

CikGu Ma said...

haaa...betol3...mood raya yg menangkis semangat utk menghapdetkan blog...tak sempat nak memerah otak...kerana melekat dengan ketupat dan rendang...

mohd zhafri said...

waaaa~

aizamia3 said...

bukan taknak tengok blog tapi orang hijau (maxis) takde line dalam umah.. kat luar umah panas pulak..

Sis-Lin said...

Kannnn....sebab utamanya kan Sunah..malas nak update gambar kot..rata2 yg komen tu kat FB sebab malas nak update gambo..huhuhu

Sis punya dah berderet2 dlm draft ni..tggu post options je nak kuar nie..hehehehhe janji ado kannnn :p

hati2 di awan biru Sunah :)

Dzarief Zuhdi said...

nasib la kampung saya ada stremix.. x la kelaut mood blogging nie.. hehe

logorithm said...

I pon terkena virus tuh. Ini dah wabak nih... hehe...

Cik Sunah dah start packing blog SSS nih ker? :-p

efa nur said...

pulanggglaaaahh...!! heehehe ;D
telebih makan ketupat..kekekee...

jap lagi hupdate Blog Efa Nur :)

d_LA said...

ha'ah kan, ramai yg x berupdate..busy beraya kot..kemon kemon bloggers!cpt2 update nt lame2 jd malas

Salim Harmanain said...

tangan dah keras ...idea pulak beku..banyak makan kuih..hahaha

Zulfikar Hazri said...

sebab momentom dah hlang...

masa raya hari tu.. stats pv... 100lebih je...

update satu je.. terus naik balik normal.. heheeeee :)

Kalamhati said...

Pulanggkaaaannn!!..ekeke (ala2 maya karin ni)

nca said...

kdg2 bkn xnk hupdate tp kekurgn idea kot..salam syawal.. =p

NadiRah said...

si dia pon lame dh x updte kan kak.....???
lalalalala~

gedek! said...

semangat yang hilang?

maszull said...

salam...semuanya masih dok teringat kg halaman kot n masih x ada mood nak berblogging....

walau apa pun hidup mesti diteruskan n kembalikan semangat berblogging tu okay...:)

JIJI YU said...

aku takkan pernah sepi

aimie amalina said...

hehehhe
ttulah kak sunah
saya tgk sepiiiii jek dunia belog..huhuhu
kemon2...jgn sepi..heeee
ayoo..nak balik Utm dah eh..
nak ikottt!

FaKArePa!n said...

len kali, mood tu kna tambat dgn tali..bru la tak lari..boleh pakai x idea ni Sunah ??hehe

Danial Razak said...

memang lepas raya rasa hilang semua idea nak update..hahah.mungkin penangan kuih raya kuat sangat..=p

fRaMe+LenSeS said...

p seru smgt boss tu suh mai cpt cket. :P

cik pulau said...

samalah.. takde mood nak update..huhu

kura said...

jgn hilang mood lg kak. heheh

MerLe said...

tu la..kdg2 ada idea tp xde ms... bile ada ms tade idea plk.. kdg2 ada ms ada idea tp mls..hehe

sergeant keroro said...

belum start packing lagi XD

~CiK TiNieY~ said...

haha sero molek kito!;p

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.