silent lake by ~arbebuk on deviant

Semacam satu virus pulak...

Yang semakin menjalar ke dalam segenap sel-sel darah anggota blogger semenjak berlalunya sambutan hari raya Aidilfitri. Mesti ramai yang perasan blog-blog sahabat blogger ada yang menyepi beberapa hari semasa hari raya hari tu, sebab ramai yang balik ke kampung halaman dan beraya sakan. Maka tentulah tak sempat nak jenguk blog langsung, tambah-tambah bila ada kekangan internet.

Tapi sambutan hari raya Aidilfitri telah beberapa hari berlalu, ramai jugak yang dah kembali dari kampung dan mula bekerja macam biasa. Hari ni pun hari pertama persekolahan bagi kebanyakan negeri dalam Malaysia, selepas cuti hari raya. Mesti la rakan-rakan blogger da balik dari kampung lebih awal kannn...

Tapi tapi tapi...perasan tak ramai yang mood bloggingnya da entah ke mana. Blog masih juga menyepi tak berupdate, seakan-akan dah takde hati langsung nak berblog pun ada jugak. Mungkin juga rentak berblog da tenggelam dek ketupat, rendang dan lemang. Atau mungkin jugak idea-idea untuk entri da berlapis-lapis macam kek lapis tapi dibiarkan macam tu saje tanpa dimasukkan ke dalam blog.

Maka dibiarkanlah blog tu bersawang beribu-ribu sawang labah-labah sambil menangis merintih tengok pengunjung da hilang seorang demi seorang. Errr... Salah sape bila blog tak update tu???

Salah diri sendiri ok... Cari semula ape yang hilang tu... Saya pun macam da hilang mood nak update... Aiyakkk!!! Pulanglah... Pulanglah... (Aishah)

P/S: Dah start packing...