BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, November 15, 2011

Anak Saya Ada PhD, Wang Hantaran Kena Berjuta-juta!

Gubahan wang hantaran ~gambar dari SINI

Kak Melah: Eh, Limah! Ko tau tak, anak si Munah tu yang baru je dapat diploma tu da nak kawen!

Kak Limah: Eh, ye ke? Kelasss Munah! Cepat aje anak dia kawen ye~~~ Berapa hantaran tu?

Kak Melah: Aku dengar ade la dalam RM 12 000.

Kak Limah: Mak aiiiiii...da macam taraf budak belajar degree pulak dah!

Kak Melah: Ape pulak! Anak Kak Jemah tu yang degree RM 20 000! Belum dengar lagi anak Hendon, yang da ade master tu...

Kak Limah: Berapaaaaaaaaaaaaaaaa???

Kak Melah: RM 28 000, nkoo!!!

Kak Limah: Mak aiiiiii...ni anak aku karang, habis PhD, aku nak letak RM 40 000 lah!

Kak Melah: Erk!

*****

Borak dengan Fasihah sekejap kat YM pagi tadi, keluar isu ni. Realiti masyarakat sekarang. Semakin tinggi taraf pembelajaran anak perempuan, semakin tinggi la nilai wang hantaran yang nak diletakkan. Tak nampak dah betapa keadaan tu bakal merumitkan urusan pernikahan anak-anak, malah bakal menyediakan tag nama "penghutang keliling pinggang" buat bakal suami anak.

Ape yang bestnya letak wang hantaran tinggi-tinggi kalau nanti lepas kawen rumahtangga anak-anak jadi terumbang-ambing. Sibuk mencari duit untuk bayar balik semua pinjaman sebab masa nak nikah dulu da pinjam duit merata tempat buat jadi wang hantaran bakal isteri.

Wang hantaran yang merupakan adat perkahwinan masyarakat Melayu zaman kini hanyalah sebagai pelengkap adat-adat perkahwinan.


Mungkin tak tahu bahawa wang hantaran bukanlah perkara wajib dalam urusan pernikahan, bahkan hanya sekadar adat turun-temurun. Yang wajib hanyalah mas kahwin mengikut negeri. Tapi kerana trend semasa, masyarakat jadi terikut-ikut nak letak nilai wang hantaran ikut status pengajian anak-anak.

Dan mungkin saja terlupa akan hadith Rasulullah s.a.w...

Sesungguhnya di antara kebaikan seorang wanita ialah mudah lamarannya, mudah mas kahwinnya dan mudah rahimnya (yakni mudah melahirkan anak). [Musnad Ahmad, no: 24478 dengan sanad hasan]


Sedangkan mas kahwin pun yang paling mudah tu lah yang paling baik, apatah lagi kalo wang hantaran yang memang takde pun dalam pernikahan Islam, biarlah ikut kemampuan si lelaki tu. Takut-takut nanti kalau terlalu membebankan dari segi wang hantaran, anak gadis bertukar jadi anak dara tua oleh kerana takde lelaki masuk meminang.

Fiu fiu fiu~~~


60 comments:

Anum said...

betul2.. dah macam nak jual anak la plak

eqbalzack said...

Salam,
Rasanya ramai la pompuan yg ada cita2 tinggi nak sambung master/PhD tak kawen...pihak lelaki kena pikir 1000x kali nak keluarkan puluh ribu tu. hehe

Niena Pengembara Ilahi said...

hmmm...btul camtu la skang nie kn.apa guna hantaran puluhan ribu kalau bakal suami tu terpaksa berhutang. bla dh kwin masalah lain mcm2 timbul.kt sni cmtu lah, nk kawin pastu wat loan.hntaran smpai 30k.takut tgk surat permohonan kawin

Nadia Havez said...

sunah, nadia ambil tindakan tak mahu sambung master sebelum menikah sebab tahu ibu ayah akan letak harga tinggi kalau nadia dah ada master. sedih bila fikir isu macam ni.. T____T

Ainul Hayat said...

Sunah,
Memang setuju dengan entri ni. Mungkin mentaliti masyarakat makin tinggi tahap pelajaran, makin tinggi nilai wang hantaran. Yang pasti kehidupan selepas kahwin paling utama. Memanglah keluarga belah perempuan boleh keluarkan statement "kalau betul lelaki tu nakkan perempuan tu, dia mesti usaha walau apa cara sekalipun"...tapi siapa nak menanggungnya nanti.

Wah! Bagi komen macam nak sambung entri ni pulak. Ekekek~

maszmadi said...

erm, zaman sekarang sume nampak duit... sape hantaran paling tinggi, org tu lah yang dibangga2 kan..... pehtu lepas kahwin berhutang keliling pinggang x der sape pon nak tolong... huhu

aimie amalina said...

betol2
baiklah buar serba serbi simple asal, sebab kehidupan selepas nikah tu yang lebih kene dititikberatkan

yang mampu takpelah jugak, yang tak mampu? takkan nak paksa...aihh..

**::CIKNUURUL::** said...

setujuuu,..anak2 kak melah jemah pe seme tu,janganla tinggi sangat,.macam juai anak plak,.sian la kat kaum Adam,.kite nikah bukan untuk berbangga, bermegah, tapi untuk menuju kebahagiaan,.sengsara laki tu kalo tinggi nau bayonye,.huhu,.

comel sunah buat fiuu fiuu~ kihkih,.

JIJI YU said...

NASEB LE PELANGI OK JE

Tea said...

sebab itulah ramai yg ada phD atau master jd andartu.. even degree pun ramai tak kawen2... no offence

seelok2nya lepas SPM kawen dulu.. terus sambung amik diploma degree master phD.. hebat kalau dpt begitu kannnnnn...

kita minum tea dulu!

mahar yg terendah itu mulia... hantaran itu berjuta2... dush!

mizzkechique said...

kesian yg lelaki.. hurmm, kn kawen dl br sambung master la nmpknya..

aDisH.sHidA said...

dah jadi trend sekarang nie...
lepas kawen hutang keliling pinggang...

La Jieja said...

pemikiran sekarang mmg mcam ni...sesungguhnya dalam ISLAM..tiada istilah menyusahkan..
kenapa nak menyusahkan sesebuah perkahwinan...tengok la dulu kpd kemampuan pihak lelaki...


jemput singgah blog saye

Mr Muz said...

inilah penyebab terjadinya anak luar nikah...

Mr Muz said...

mohon copy... :D

nice untuk sharing...

アヌムちゃん said...

kalau parent nak gak letak tinggi, si pomp tlg jela bakal husbnd tokok tambah duit hantaran tu.haha

Khairul said...

yg komen sume dah faham...
tp syg bila nak kawen ad jugak benda mcm ni...
xde pon nak amalkan...
kalo dah paham,amal2kn...
baru berguna ilmu ;)
kita kebanyakan hanya sekadar berteori,berfalsafah...

tp penah bace entry ust.hasrizal jamil.
dia kate kalo dah pihak prempuan letak rm 10k,20k or 30k skalipon,yg lelaki xpyh nak berhujah mahar yg plg rendah itulh yg paling terbaik,tp kene usaha utk capai ape yg dah ditetapkn.baru macho bro ho3...

=) senyum xperlu kata apa2...

Sunah Sakura said...

@Khairul

aha...betul tu...kadang2 anak-anak da faham, tapi ibu bapa dan mak apak sedara yang tak faham...jadi anak-anak la yang menanggung kerumitan tu untuk gitau ibu bapa masing2...

eh eh.. senyum aje tak perlu kata apa2... :)

Cik Sara said...

urmmm..urmmm... nak kena ingatkan mak n abah ni.. =D
Thanks for sharing..

nuruashia ♥ said...

ohooo..nuru xpenah terpikir nk pasal hantaran ni..sbb bg nuru tu sume just sementara,..nty duit tu akan abes jugak kann..better amount yg sikit asalkan tak hutang n idup bahagia eheh

putERi-kAtEk said...

nasib baik sy pompuan...hehehehe

kura said...

trend..... menyampah. tak nak kawen klu mcm ni. Eh! heheh

Iffah Afeefah said...

ngape tetibe kes kawen lak ni

antara fasihah ngn sunah hahaha

kiera'sakura said...

hurm susah nk ckp kak...

maszull said...

assalamualaikum sunah...susahkn jadi mcm ni belajar tinggi2 dah jadi lagu ni kalau x belajar pun susah gak....

oleh itu pd sesiapa yg dah cukup syarat tu cpt2kn kawen yer kalau dah terlebih belajar nanti takut org nak masuk meminang....

takut duit hantarannya ikut taraf tinggi belajarnya plak.....

syu said...

Nak tanya sikit. Yang ada PhD tu, letak hantaran tinggi - tinggi tu.. kononnya sebab dia belajar tinggi...pandai ke masak macam2 jenis makanan nanti utk isi perut suami dan anak2..dah sah ke dia reti jaga kebajikan suami dan anak2? Bersih berkilat ke rumah tangga tu dengan tangan dia sendiri tanpa guna orang gaji? Cukup ke budi bahasanya nanti?

Faaein Talip Roy said...

hehehe.. ni tuan blog ni dah nak kahwin ke? huhuhu..

tulah jangan lah letak tinggi2.. memang macam nak jual anak je gayanya.. serabut si lelaki tu nak cari duit..

rosmina samin said...

Dah jadi trend pula sekarang ni yer?

IBU GEBU said...

kalau kat johor, duit hantaran ni mmg PERLU sangat, terutama bagi keluarga perempuan yg tak berapa nak mampu, ia ibaratnya maca hadiah dari pihak lelaki...

duit hantaran contohnya macam 7000 atau 8000 tu, pengantin pompuan tak nampak pun duit tu sebab akan digunakan oleh pihak mak bapak perempuan beli set bilik tidur dgn barang untuk kenduri tu...

kalau tak ada duit hantaran, memang agak berat bagi pihak perempuan dari segi perbelanjaan sebab dah lumrah majlis pihak perempuan akan lebih besar dari pihak lelaki... maklumlah, merisik pun nak jamu org makan, bertunang lagi, nikah lagi... semua tu kos yg perlu ditanggung oleh perempuan... dibandingkan dgn lelaki hanya buat majlis sambut menantu sekali sahaja...

tapi kalau di pantai timur, wang hantaran adalah hak milik mutlak pengantin perempuan, mak bapak tak ambik 1 sen pun...

so hantaran dapat 8000 bolehlah shopping habib jewel... itu yg kawan2 kakak klu org kelantan trganu naik kerja lepas kawen gelang mengalahkan mami jarum... hehe

Ajan said...

@Sunah Sakura

Sebab tu antara TANGGUNGJAWAB ANAK PEREMPUAN adalah mendoktrin fikrah ibu bapanya lama sebelum dia menjejakkan kaki ke alam perkahwinan.

Semoga kita mendapat perkahwinan yang diberkati, ameen.

FasiHaH SupiaN said...

hahahaha berjuta terus ke ngah? tu sultan je yg leh pinang tu.hahaha

blog-tips-kurus said...

sebelum kawen, kena ready semua aspek, kan..? :-)

yaya said...

erkk..mlampau la sgt kn na ltak tnggi..bt ala kadar saja ckup la..

Munnafendy said...

haha...nak tnya mcm iffah jugak...ape kes ni cite pasal kawin? hehe

diana said...

yang sekolah tak tinggi pun nak hantaran 16 ribu..apa cerita..ni kat tempat akak ada kes gitu..
kelakar je..
hahahah

saipul said...

sekarang ni sumer orang pandang harta...

Oh Oeya said...

Hantaran kena mintak balik huhuuu..

Suhaili Sarif said...

akak dalam fasa ini(perbincangan wang hantaran) skrg dan masih xde kata putus...
akak sndr takut nak cakap berapa
terpulang pada dia nak bagi berapa :)

Myez.. said...

nak jd ct khadijah.. =)

BeloG MTT said...

Buat pening kepala bila majlis dah selesai jer nak buat hape kan sis..

Kalau belajar tinggi, tak reti nak buat kerja rumah,tak reti nak masak,tak reti nak uruskan suami buat rugi duit jer pulak kan letak hantaran tinggi tinggi menggunung.. Hikhik :P

Anonymous said...

awek ak taraf sijil je,haha murah haha janji pandai kebhgian rumahtanga haha, by gaban

ieyza afieyna said...

mahalnye.. sye x jadi beli la ank mkcik..hee


mhal betul ye , mcm proses pembelian pulak... klah artis.. hhu

Mutiara Bernilai said...

aiseh,, x kawen la along kalu gini T___T

sergeant keroro said...

tu la kan, parent kita sendiri pon nak suruh kita bagi hantaran mahal =,=

Rozuan Ismail said...

amboi demandnya,last sekali x laku baru taw.

cik pulau said...

bagi kitorang..
wang hantaran adalah mas kahwin..
ehmm..
berapa ek agak2 bakal suami nak bagi.
hahaha.. gatai tetibe..

Arpiiz said...

alamak, nak kena kumpul duit dari sekarang lah ye..huhu

fRaMe+LenSeS said...

nasib la sampai ke phD ja, kalau ada lagi, mau sampai juta2 bilion trilion kot. ahahahahaha

p/s cam janji ja bos. sllu mesti entry kita dekat sama kan? weee~~

Kumbang Jingga said...

dah macam nk beli keter plak ye hehehehe...biar murah tapi keberkatan perkahwinan itu yg lebih penting...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

mahal sgt.sbb tu ramai lelaki lmbt kawen konon nk kumpul duit dulu.mana mampu nak byr mahal2.last2 tak jadi kawen.plg malang bercinta lama2 termengandung lak pulak..

tamlegend said...

setuju...dah lama nak tulis entri ni...tapi skrg terlalu sibuk n tak nak kmenulis semborono je...t tak best baca...hehehe..

Kalamhati said...

Huhu biarlah berpada..jgn smpi menyusahkan pihak lelaki..ada org nak beristerikan anak kita pun dah syukurkan..yg penting si anak dapat suami yg soleh..

Woofer Storm said...

kak,alamat tak kawinlah sy ni...

**nak kawin gak..heheee

Syafiq Ahadin said...

Assalam Kak Sunah.

Hehe! camni lah orang kita.

Macam dalam blog Solihin Zubir, hebahkan majlis kahwin tu yang utama. Tapi sekarang baru tunang dah sebok2. belum tentu lagi kahwin.

Dan, satu masalah dalam masyarakat kita, tak habis habis nak mengata.

Camne tu? Majlis kahwin tu cukuplah dengan memberi makan. kalau bagi karipap pun, dah kira menghidangkan kepada tetamu kan. tak payah guna bajet beribu2.

tapi masalah kita, tak habis2 nak mengata.

"Tu si Ali punya kahwen, ada ka patot dia bagi kita karipap je sebagai hidangan.?"

"eh, tengok majlis kahwin diorang, punye lah tak best!"

tu pasal orang sekarang nak cari yang mahal2 even bersederhana tu amat dituntun. ni mesti terpengaruh dengan majlis kahwin artis2 kan.

"Bersanding sekali je..."

Ye lah. memang sekali, tapi ingat, cukuplah setakat yang termampu! takkan nak bagi di luar kemampuan. kempunan diri sendiri.

nanti terpaksa berhutang sana sini, memang tak best lah kahwen camtu.

btw, Kak Sunah, boleh tak p cek kat entri saya Hadis Palsu Popular pasal Hadis palsu popular #5 tu. ada sorang nama dia Fareed Sairi tu tanya. saya tak berani nak jawab!

dan saya update entri. pasal centa juga. hadoih!

Wassalam! :D

c genk bah ne said...

nilai wang hantaran kenalah memadai.Janganlah letak mahal2.kelak membawa masalah kepada si anak..


Nak minta anda komen entri ini
http://genkcorner.blogspot.com/2011/11/wordless-wednesday-korang-pasti-sakit.html

SoLy SoLicious said...

pergh !!! 40k .... mati la..xkawen2 gamoknye

mas saari said...

orang sekarang suka menunjuk2, kalau boleh nak perkahwinan dia yang paling termahal sekali..

Selendang Merah said...

betul tu kak sunah sekarang nie..nak kawen sampai berpuluh ribu..bukan kah ini satu beban pada keluarga lelaki? dalam islam tak ada pon menyuruh kita membebankn pihak lelaki tersebut.

logorithm said...

Peluang untuk Ah long buat bisnes!

Kalau ada PhD tapi tak reti masak khabarnya kena bagi diskaun 50%? I rasa patut kasi diskaun 75%. :-p


Terbaru dari Logokoko:

[11SX] Tidak kuat isap

[10PG] Cara memicit jerawat tak bertauliah

[13SX] Dilarang mengintai di tandas ini!

Anonymous said...

dh hntaran tggi2..lpas kwin bru nmpk prangai mcm hantu.huh xberbal0i!

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.