BLOG ENCIK SUAMI

Monday, February 7, 2011

500 Blog Review Bermula!

Ops, bukan segmen macam 500 Blog Mencari Harta Karun ye~~~ Hehe~

Nak buat blog review sat. Blog yang akan direview adalah blog yang memiliki header ini~


Blog Kiera Zainal The Monster ni mula beroperasi pada bulan Januari 2010. Dah setahun lebih la ye~ Good, good~ Blog yang simple, takde widget yang memberatkan, ade shoutbox dan ade page sendiri di Facebook. Kiera ada senarai blog yang mesti dia baca dan dalam tu saya nampak ade...eh, mana? Mana? Pelik gak takde...takpe lah, dalam tu ada Hanis Zalikha dan Fatin Liyana (antara senarai blogger yang mesti ada dalam bloglist, entah...tak tau nape~ Hehe~)

Ada 5 entri di muka depan, kebanyakan entri adalah berbentuk personal, dan Kiera jugak rajin buat tutorial untuk blogger baru. Good, good~ ;) Takde iklan nuffnang yang 'mengganggu' loading page (Habis, nuffnang banned saya lepas ni! Haha~), simple...that's it.

Tak banyak yang boleh saya ceritakan, kena la jenguk sendiri ye~ Oh ye, kenapa saya pilih blog dia untuk direview? Sebab...jeng jeng jeng...

.

.

.

.

.


Sebab ni la! Haha~ Kiera adalah follower ke 500! Tahniah dan terima kasih~ ;) Dah 500, alhamdulillah...harap semuanya jadi pembaca yang setia ye...bukan follower yang setia semata-mata...uhuk2.



Contest : Saya Suka Blog WaveX Rider

Sila ketuk header WaveX kalau nak masuk~

Entri yang saya suka? Haha~ WaveX mesti boleh agak! Mesti la Blog Review 6~~~ Hehe...nak tau nape saya suka yang ni? Ha...cepat la klik situ~~~ cepat, cepat!

Saya suka blog WaveX Rider kerana dalam bloglist dia ada saya! :D

Meh nak tag: Kak Shida, Cik Puan Nabila~~~ dan kamu-kamu semua! Sila join! :D




Contest 5-5-5 oleh DeQdEq

Contest 5-5-5 oleh Deqdeq

Sila jangan curik gambor puzzle da siap PRINT SCREEN ni! Haha~ da siap letak watermark lagi!


Lokasi: Meja makan restoran mana ntah!

Saya: Kak deqdeq, kak deqdeq...tengok tu! Ada kucing dalam longkang tu...huhuhu.

Deqdeq: Mana? Mana?

Saya: Tu....ala...tak nampak ke kak deqdeq oi! Cuba pakai spec 3D, mesti nampak!

Deqdeq: Mengarut la ang! Da nampak da...tadi tak nampak sebab gelap sangat...bulu pun kaler itam~ (cover rabun) eh, cumilnya....~~~

Saya: Cumil kan? Tapi kak...please stop bercumil-cumilan! Tak dengar ke dia mengiaw-ngiaw mintak tolong tu? Adoi...

Deqdeq: Eh, maaf-maaf...syok sangat tengok dia cumil~ huhu~ Meh tolong kuarkan...

Kak deqdeq dengan kuasa bulan mengeluarkan kucing yang terperangkap dalam longkang tu~ Sian kucing tu menggelupur kesejukan, eh! Menggigil lah!

Saya: Kak, macam mana ni? Nak bawak balik umah ke?

Deqdeq: Ye la, takkan nak tinggal sini jek?

Saya: Ala...kita mana ada sangkar kucing....nak bela macam mana?

Deqdeq: Dik, kalo takde, kita kena la CREATE satu! Takkan nak tunggu bulan jatuh ke riba baru nak CREATE?

Saya: O...betul gak tu! Adoi...camne boleh tak terfikir ye? Hehe...

Deqdeq: Tu la, ang ingat nak PROTECT jek, lupa benda lain! Kalau nak PROTECT kena la CREATE dulu sangkar dia...kalau bukan sangkar pun, at least ade tempat tidur kat umah tu...sama macam ang nak buat wasiat gak~ nak PROTECT harta, kena CREATE wasiat dulu kan?

Saya: Huhu...saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan, buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan...macam bloglist Enchek Ben tu~ eh, terbalik pantun saya! :D

Deqdeq: Dah, start la nak mengarut tu...ni, nak PRESERVE ni, macam mana?

Saya: PRESERVE tu mende kak?

Deqdeq: Ntah, akak pon tak tau...kena balik cari dalam kamus dulu. Jom!

Okie~ entry sangat mengarut! Ini adalah sample ye! Haha~ Saya mana boleh join! :p Tapi...saya boleh tag kan? Haha~ Saya nak tag orang-orang hebat ni...Cik Puan Nabila, Ir Nazirul Hazwan, Paknyah Ujang, tiga je la dulu...Maklumat lanjut tentang contest ni sila ke blog Kak Deqdeq~ Hadiah pun mahsyuk!




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.