Untuk Kamu Yang Mendoakan Saya

Forgotten Memories by *WiciaQ on deviantART

Hari ini...

Hati saya tergerak untuk mencari tentang kamu. Entah kenapa, saya tidak tahu. Namun saya terkejut bila mendapat tahu, kamu ada blog juga. Segera saya klik link itu. Blog kamu masih baru. Dan saya lihat blog kamu baru sahaja dibuka bulan Julai tahun lepas, dan kembali menyepi pada bulan September tahun yang sama atas urusan kerjaya.

Saya baca satu persatu entri yang kamu published. Saya dapat rasakan, kamu buat blog itu bersebab. Iya, entri-entri terawal itu tempohnya beberapa hari sahaja sebelum tarikh lahir saya. Dan semakin dekat dengan tarikh keramat itu, jantung saya semakin berdegup kencang.

Dan di situ...

Sehari sebelum tarikh lahir saya, ada satu entri dari kamu. Rupa-rupanya kamu mengikuti blog saya. Tapi itu tidak terlalu mengejutkan buat saya, kerana kamu pernah cuba menegur saya di Facebook yang menyebabkan saya terus meletakkan kamu dalam senarai Block List. Maafkan saya kerana terlalu takut pada kamu dan kenangan lama.

Ya, itu sejarah lama yang terlalu hitam.

Sejarah itu yang menjadikan saya dan kamu insan yang berdiri hari ini. Sejarah itu, biarlah terlipat saja dalam memori yang paling dalam. Tidak usah kita kenang lagi. Dan saya maafkan kamu untuk segalanya, seiring dengan itu, saya juga memohon kemaafan dari kamu atas segala yang telah berlaku dulu. Semoga kamu memaafkan saya, kerana Allah tidak akan mengampunkan dosa saya yang membawa kamu bersama-sama ke kancah dosa tanpa kemaafan dari kamu.

Naudzubillahi min zalik.

Alhamdulillah, dari entri itu dan blog kamu, saya percaya kamu sudah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Semoga kamu terus berjaya dalam kehidupan kamu, di dunia juga di akhirat kelak. Teruskanlah langkah kaki kamu ke hadapan tanpa perlu berpaling lagi. Kini haluan kita berbeza. Moga Allah redha.

Syukur saya panjat ke hadrat Illahi atas apa yang saya temui hari ini. Semoga kamu istiqamah. Ameen...


P/S: Segala puji bagi Allah yang memberi kita segala rasa...

15 comments:

  1. nanti mesti dia terharu jugak

    >,<

    ReplyDelete
  2. wow..nak tahu jgak sape dia tu..hehe

    ReplyDelete
  3. hari semalam ada sejarah, hari ini adalah realiti, hari depan adalah takdir... moga segala baik2 saja... :-)

    ReplyDelete
  4. sunah.. sila la bagi link tu.
    uhuk2. hehehe

    ::akuFARA?::

    ReplyDelete
  5. as salam..
    iffah, bukan kadang2, memang memaafkan itu perlu ;)
    sedangkan Nabi juga maafkan ummatnya. inikan pula kita yang biasa-biasa ni..

    tak baik sombong menyombong dalam silaturrahim..

    oo..ada juga yang pakcik tak tahu.ingatkan che ady je. huhu.

    apa-apa pun, setiap yang berlaku, ada hikmahNya. baik di pihak sunah, mahupun dia. tak terkecuali sesiap yang terlibat.

    kurangkan bersedih dan sebut..

    alhamdulillah.. boleh kan? ;)

    maaf la ya. memng pakcik suka komen panjang2

    ^^,

    ReplyDelete
  6. eh, FB ko kenapa aku tak leh masuk? hehehe.. sama2 stalker rupa-rupanya.. hehe

    eh, kakak blogger,kenapa blog aku tu, keluar satu pos terakhir je.. kenapa dia tak keluar banyak2 terus.. kt setting dh ubah dh.. apa psal ha? hahaha tiba2 tny sini kan

    ReplyDelete
  7. siapakah beliau..

    kenangan yang lalu jadikan pengalaman dan pengajaran utk hari2 mndatang..

    ReplyDelete
  8. wah..spekah gerangannya...

    jemput bace entry npe lame maira queen mnyepi dr blogging..

    ReplyDelete
  9. ni mesti someone yang pernah jadi special dalam hidup ni.. tapi kate orang yang dah lepas jangan kenang.. terus pandang depan je =)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulilah.. itu jer yg kira boleh panjatkan lepas bce entry akak yg nie :)

    ReplyDelete
  11. siapakah kamu itu? mesti seorang yang special kan..

    ReplyDelete
  12. :)

    semoga dia baca entry kamu dan bertuah ada org yg doakn sunah senyap2 :)

    ReplyDelete

Dah abis baca tadi?

Terima kasih tinggalkan komen~ ;)

Powered by Blogger.