BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, May 27, 2012

Nak Glemer Sangat Kannn!

Best kan jadi popular?

Satu Malaysia kenal kita. Kalau media up kan sikit, boleh jadi satu Asia kenal kita. Kalau media up lebih-lebih lagi, boleh jadi satu dunia kenal kita.

Bila da ramai orang kenal kita, semua benda yang kita buat jadi perhatian. Semua aktiviti kita setiap hari, semua orang nak tahu. Sampai kadang-kadang, kita takut nak buat sesuatu, sebab takut akan kata-kata orang yang memandang.

"Kalau aku tak buat macam ni, ape kata peminat nanti?"

"Kalau aku buat macam tu, ape kata wartawan nanti?"

Setiap apa yang kita nak buat, kita mesti tanya benda tu dulu pada diri kita. Risau sangat imej kita yang popular tu tercalar dek tersalah tingkah. Risau kalau tersalah tingkah, peminat akan lari, wartawan akan buat cerita sensasi, hingga terbuka aib diri. Tapi, pernah tak dalam sehari, kita tanya pada diri...

"Kalau aku tak buat macam ni, ape kata Allah nanti?"

"Kalau aku buat macam tu, ape kata Allah nanti?"

Kerana bila sudah popular dan dikenali ramai, kita mula lupa akan Allah. Naudzubillah. Sedangkan yang memberi segala nikmat tu, Allah juga. Tapi kita seolah-olah melupakanNya. Hingga kita lebih rela mencari redha manusia dalam marahnya Allah.

"Kalau aku tak ikut arahan jurugambar untuk buka tudung, nanti apa kata wartawan?"

"Kalau aku tak ikut arahan pengarah untuk peluk pelakon tu, mesti peminat bising."

Tahu tak? Sesiapa yang mencari redha Allah dalam marahnya manusia, Allah akan memberi kecukupan baginya di dunia, tetapi sesiapa yang mencari redha manusia dalam marahnya Allah, Allah akan menyerahkan nasib manusia itu ditentukan oleh manusia itu sendiri.

Nak ke Allah biarkan kita terkapai-kapai seorang diri? Mungkin kita tak sedar yang Allah murka pada kita dalam banyaknya nikmat yang Dia berikan (istidraj), tapi bila sampai satu masa Allah turunkan kepada kita ujian berupa musibah, kematian, kemiskinan, penyakit, jatuh muflis atau lain-lain, sebenarnya Allah nak kita muhasabah diri kita semula. Tidak Dia jadikan sesuatu itu dengan sia-sia, melainkan ada hikmah untuk kita fikirkan.

Allah berikan kita musibah agar kita muhasabah, sebelum Dia berikan kita anugerah agar kita menjadi hamba yang lebih bersyukur.

Jom sama-sama muhasabah diri, berapa banyak hutang kita pada Allah dalam hidup ni, setelah Dia 'hidupkan' kita semula beberapa kali dari 'kematian'...

Nak glemer dan dikenali ramai tak salah, tapi raihlah glemer di kalangan penghuni langit sekali, insya'Allah hidup bahagia dunia dan akhirat~ ;)


P/S: Ini perkongsian dari Puan Catriona Ross dalam Bicara Selebriti: Cinta, Hijrah & Air Mata.


11 comments:

Iffah Afeefah said...

bagusnye isi entry yu harini

em takmo keja glemer

tak penting sume tu

Raden said...

dulu penah nk sgt jd glamer..skrg cume nk kawen. eh

♥ MS ♥ said...

NICE entry :) boleh muhasabah diri sekali :')

Faizul Osman said...

stuju dgn anda katakan....

~~zana@pb~~ said...

akak nk glamer dimata suami je......

Biar buruk dimata manusia tp indah di pandang Allah.

kiera'sakura said...

erm betul tue kak...
kejarlah kasih sayang yg Allah berikan setelah Dia hidupkan kita dari 'kematian'...

fasihahsupian said...

Thumbs up! Syukron ukhti..

Regained. Regained.

Cik Lia Lomi said...

betul tu...ya ALlah, jauhkan diriku dari salah tingkah..

Mira Amirudin said...

nice entri kak sakura :)

hafiz hafizol said...

ok. x jadi nak ckp Kak Sunah kejar glamer.. kehkeh

cik sakura said...

nice one..glamer penuh gosip..sakit bila hadapi..hmm

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.