Sehari Semalam di Rumah Blogger Kakakecik

Kat Kedah hari tu, sempat bermalam kat rumah blogger kakakecik Shida. Hari Isnin petang, Hanisah yang hantar sebelum dia balik ke Johor. Rumah kakakecik nun jauh di Pendang, Kedah Darul Aman. Masuk area rumah beliau da nampak bendang kat kiri kanan jalan. Suasana kampung da mula terasa.

Benda yang saya takleh lupa masa duk rumah kakakecik ni, masa borak-borak dengan family kakakecik malam tu, boleh pulak mak kakakecik sentuh kaki saya. Terkejut saya dibuatnya. Kakakecik pun terkejut jugak sambil tarik tangan mak dia. Hahaha~ Sebab apa dia sentuh, sebab nak rasa kulit orang Sarawak. =.=

Ros kaler pink & cekelat... Saja nak tengok ok ke kalo tema cekelat... Eh!

Kat rumah kakakecik, mak kakakecik ajar buat bunga getah. Bunga-bunga spesies hantaran kawen tu banyak kat rumah diorang. Cantik-cantik semuanya. Cekap pulak tu mak kakakecik buat sekuntum-sekuntum. Dan saya pun dapat sejambak bawak balik Johor. Ekeke. Sape-sape yang berhasrat nak tempah bunga telur untuk hantaran, boleh la jenguk blog rasmi Koleksi Hevea kat SINI.

Kek Karamel Sakura

Tak ketinggalan jugak, kakakecik ajar buat kek karamel yang sedap tu. Da expert da kakakecik ni. Moga cepat la kakakecik kawen. Ameen... *doa takde kena-mengena*

Apapun, terima kasih buat kakakecik sekeluarga sebab sudi tumpangkan musafir ni. Moga Allah limpahkan rahmat dan kesejahteraan buat kakaecik sekeluarga. Ameen...


P/S I: Turut sama menumpangkan musafir ni sepanjang kat Kedah adalah dua lagi rakan blogger, kiera'sakura dan Cahaya Wany. Moga Allah balas jasa kalian. Ameen.

P/S II: Berpeluang jugak berjumpa dengan blogger Cik GKSB, Syafinaz Ramli, Pakcu Sofi, adik Nadzli Azlan, dan Nadh (jugak). Terima kasih memperkenalkan Kedah.

P/S III: Terlalu banyak sebenarnya yang berlaku di sana hingga tidak terluah oleh kata-kata. Terima kasih Allah untuk pengalaman berharga.

P/S IV: Terlalu banyak hendak dikongsi hingga tidak mampu untuk menyusun ayat-ayat yang indah. Akhirnya semua jadi draft. Sekian.

17 comments:

  1. Sunah...terima kasih kerana sudi bermalam kat umah akak..mintak maaf andai ada terkurang layanan...akak jugak mintak maaf bagi pihak mak akak yang teruja dengan kehalusan kulit kamu...kami tak pernah jumpa dan kenal rapat dengan orang sarawak...awak la orang pertama yang kami kenali...


    insyaAllah doa2kan utk akak ye mana tau dimakbulkan doa Sunah cepat la akak kawen..hehehe...mana ada expert pun biasa2 je..masih dalam proses belajar..

    bab bunga tu..akak pun tak pandai sangat..ajar kamu skit dah kena komplen dengan mak dah jadi ajaran sesat,,basic nya boleh la skit2...mak mmg expert...sambil borak pun dia leh buat berkuntum2...alhamdulillah dengan anugerah yang diberikan kepada mak..

    akak jugak mintak maaf sebab tak dapat temankan kamu sepanjang kamu berada di Kedah...terkilan jugak rasa nya...

    jangan serik mai kedah tau..mak kak yang kata...kak mmg alu2 sangat sunah mai kedah lagi...nanti kita jalan tempat lain plak...insyaAllah...


    (panjang nya akak komen)

    sayang awak...semoga ukhwah antara kita semua akan berkekalan

    ReplyDelete
  2. wah..nyaman rupa kek.. mintak resepi..;p

    ReplyDelete
  3. maksudnya penama2 di atas dah dapat lihat wajah sunnah eh???bg la gmbr nk tgk dia jg!!haha

    http://qasehraihan.blogspot.com/2012/06/dedikasi-istimewa-untukmu.html

    ReplyDelete
  4. wahhhh... tepuk-tepuk tangan... bolehlah g bertandang ke pendang.. nak belajar buat bunga pengantin.. sukalah buat benda-benda tu..=D

    Welcome to kedah K.Sunah! Nak jadi orang kedah terus pun ok juga...~

    ReplyDelete
  5. Sedap betoi nampak kek tu...

    Ni orang Kedah dok bagi komen ni... Negeri Kedah memang hijau permai, bangga ceq jadi oghang Qedah... :)

    ReplyDelete
  6. takde rezeki nak jumpa.. huu,
    kalau tak bleh lepak bertiga..
    kalau bukan sebab sy nak kena balik cepat. mesti dah boleh lepak sesama.. huuu~

    ReplyDelete
  7. kak ayu tumpang gembira, hampir menitiskan air mata..

    dikkkkkkkkk..
    alhamdullilah.. kamu kesana, btemu jua sahabat2 yang sentiasa memberi galakan kita dlm dunia blogger terus ke dunia reality..

    tahniah pd semua...

    part kulit sarawak tu..
    serius hanya y pernah sentuh tahu kelembutan kulit kamu

    ReplyDelete
  8. ape beza kulit org srawak ni?

    rugi ai tak main cubit2 yu dlu

    #ehhhh

    ReplyDelete
  9. lorrrrrrrr... mai Kedah tak habaq kt sy pun.. :(

    ReplyDelete
  10. eh, jap.. nk rasa kulit org sarawak? lol. pelik ke kulit org sarawak ni? ;-p

    ReplyDelete
  11. waaa syioknye... ada tak mana2 blogger nak kasi dni p rumah dia :D

    ReplyDelete
  12. nk ikut Iffah, rugi x cubit akak.. ehh ke dh pernah kena cubit.. ihihihi

    ReplyDelete
  13. salam...

    menjaga ukhwah itu sikap dan sifat yang baik. teruskanlah..

    ReplyDelete
  14. Menyampah da tgk nadh lettewww. Werkwerkwerksss

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum sunah...mengeratkan silatulrahim antara muslim n blogger...:)

    ReplyDelete
  16. bila la nak jumpa kak sunah..huhuhu... belum ada rezeki lagi nak jumpa..

    KDK, Khind, Panasonic, Apa kaitan?

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.