BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, July 7, 2012

Berbaloi Ke???


Penat dan lelah.

Terlalu.

'Kehidupan baru' bermula lagi apabila saya mula membuka perniagaan secara kecil-kecilan di rumah. Menerima tempahan kek karamel, apam polkadot dan kek lapis sarawak dari kawan-kawan dan teman-teman kepada housemate hampir setiap hari mengubah serba sedikit jadual hidup harian saya.

Siang di lab, balik rumah sahaja, saya segera memulakan operasi mengasingkan telur, menyukat gula dan tepung untuk dipukul bagi membuat kek karamel. Ya, kek karamel saya menerima tempahan hampir setiap hari. Maka, saya tidak punya masa untuk bersantai lama kerana setiap hari, paling kurang pun dua biji kek karamel perlu disiapkan. Hari ini, alhamdulillah lima kek karamel sampai ke tangan pelanggan.

Kalau buat kek lapis atau apam polkadot, ada yang siap lewat malam. Bila terlalu penat, kadang-kadang saya akan sambung tidur balik lepas solat Subuh dan sarapan. Buruknya perangai. =.=

Alhamdulillah ada housemates yang baik hati membantu malam-malam. Saya tak minta mereka membantu saya, sebab saya tahu mereka pun penat juga balik dari bekerja dan lab. Tapi saya pun tak mampu juga nak tahan keterujaan mereka untuk belajar membuat kek dan apam polkadot. Hehehe. Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu dan mencari tempahan. :)

Dari berniaga kecil-kecilan ni, alhamdulillah saya belajar macam mana orang berniaga. Bila kadang-kadang stok bahan tak cukup, terus teringat mak kat rumah yang setiap hari sibuk buat kuih untuk dijual. Setiap hari lah mak fikir pasal stok yang da habis. Diduga dengan gula yang da habis, telur tak cukup, tepung dan pewarna pun habis, malah sampai bateri penimbang kong, baru lah saya tahu macam mana rasanya orang berniaga.

Alhamdulillah, penat dan lelah ini akan berbaloi akhirnya nanti. Insya'Allah...

Maka bertabahlah...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.