BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, September 18, 2012

Bila Teringin...

Sejak akhir-akhir ni banyak teringinkan sesuatu.

Teringin nak ada car modulator. Teringin nak ada smartphone macam HTC One X. Tengok housemate tukar henset dia dengan adik dia dan sekarang ni tengah pakai blackberry, teringin pulak nak ada blackberry sebiji. Senang sikit nak online di mana-mana kononnya.

Kekadang timbul rasa teringin nak jenjalan jumpa kengkawan jauh nun di sana. Teringin nak bawak adik jenjalan sekali. Belom pernah lagi bawak dia jenjalan nek Sakura Ungu sejak dipetik ujung bulan Mei yang lalu. Petik bunga 'Sakura Ungu' la, bukan petik pinang-pinang tu. =.=

Malah teringin nak pasang spoiler kete pun ade jugak.

Banyak benor teringinnya.

Semua pun yang teringin tu kena guna duit. Haiyoo... Bila fikir-fikir balik, semua yang teringin tu bukan la keperluan sangat pun. Kehendak je banyak. So, bila terdetik aje rasa teringin tu, terus geleng-geleng kepala lelaju..."hishhh, tak payahhh duluuuu."

Ade benda lain yang lebih perlu pada duit tu.

Kan?


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.