Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah Di Sebalik Bilik Nombor 6 Klinik Pakar THT, HSA, JB

Selsema tapi tak bawak tisu, ko rasa?

Alkisahnya, dalam tahun ini, saya paling banyak diserang selsema, demam, batuk dan sakit tekak yang berulang-ulang. Selsema seolah-olah setiap hari datang. Setiap kali bangun daripada tidur, hidung pasti akan tersumbat. Kalau bangun berjaga tengah-tengah malam, hidung akan mula berair dan bersin-bersin. Bila sekali bersin, akan ada bersin kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.

Pergi ke klinik, bukan seorang doktor, malah semua doktor yang pernah merawat saya ketika saya demam akan terpegun bila melihat tonsil sebelah kanan yang tersangatlah besar dan seolah-olah bengkak. Tonsil tersebut memang sedia membulat sejak umur saya belasan tahun lagi. Sejarahnya, tonsil sebelah kanan saya pernah tercucuk kulit ketam, dulu-dulu mana ada kacip ketam, boh. Gigit aje pakai gigi. Paling rajin, tumbuk dengan lesung. Tapi kulit tu tercabut beberapa hari kemudian, saya tak pasti sama ada saya cabut atau dia tercabut sendiri. Tengok-tengok dalam cermin dah tak ada. Nak gitau mak pun tak sempat. Entah, masa tu tak terfikir pun nak gitau kot? Dah besar panjang ni baru lah mak tahu saya pernah tercucuk kulit ketam kat tonsil. Haha.

Ok, sambung balik cerita tahun ni. Bulan Oktober yang lepas, tekak terasa sangat-sangat sakit. Bila saya melihat tonsil di dalam cermin, macam ada benda putih pada tonsil. Satu tompok kecik je dalam 5 mm. Saya dah mula risau. Sebab saya rasa sakit semasa menelan. Tapi saya tak demam. Cuma selsema memang ada, dan batuk yang bunyinya agak teruk bila datang menyerang. Saya ke Pusat Kesihatan, UTM. Doktor yang saya kenali tengok tonsil saya. Dia suggest supaya saya buang tonsil tu sebab takut tu yang menyebabkan saya asyik tak sihat. Sebelum ni saya pernah kena tahan wad beberapa jam kat PK UTM bawah pantauan doktor yang sama, untuk dimasukkan air ke dalam badan sebab demam panas on off dengan sakit belakang sampai 5 hari. Maka dia tahu, tonsil sebelah kanan saya tak pernah mengecil. Memang macam tu aje. Kali ni ada pakej tompok putih pulak. Doktor buat surat refer ke pakar Telinga, Hidung & Tekak (THT), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Sebelum hujung Oktober, saya ke Klinik Pakar THT di HSA JB. Saya pergi seorang diri. Suami jauh. Kawan-kawan semua not available. Bayangkan kalau bawak kereta ke HSA, dengan tak tahu lokasi klinik kat mana. Then, parking penuh berlapis-lapis sampai ke luar kawasan hospital. Beberapa kali saya masuk ambil tiket parking dan keluar semula sebab takde parking kat depan Poliklinik. Sampai rasa nak menangis pun ada. Akhirnya saya ambil keputusan parking di belakang, dekat dengan wad perempuan tu. Alhamdulillah ada kosong. Saya pun menapak menuju ke mana kaki saya bawak saya berjalan. Because I didn't know, jabatan mana satu kena pergi??? Saya whatsapp beberapa orang, but I got no respond at all. Akhirnya saya ke Poliklinik. Mana tahu kat situ boleh tanya dan tunjuk surat UTM tu. Itu pun saya nak sesat jugak cari kaunter pertanyaan kat mana. Akhirnya jumpa pun. Tunjuk surat kat kaunter tu, dia gitau kena pergi tingkat tiga.

Poliklinik Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (gambar: Google)

Kinik THT tu kat tingkat tiga bangunan Poliklinik, HSA JB. Pesakit sangat ramai. Saya datang pun da nak dekat tengahari. Letak surat dalam box kat kaunter, then ambil nombor giliran. Nombor jauh lagi, saya turun semula ke kafetaria untuk makan. Bila naik semula, nombor masih belum sampai. Tapi tak lama lepas tu, nama saya dipanggil. Aik? Saya pergi kaunter, dia cakap mintak nombor tadi. Saya bagi. Then dia cakap, appointment saya 7 Disember 2016, daftar dari pukul 9 - 11 pagi. Owhh, set appointment je dulu. Ok. Saya pun balik. Dan tompok putih kat tonsil pun dah takde dah.

Lalu semalam, 7 Disember 2016, saya datang semula untuk temujanji tersebut. Kali ni saya datang awal dan berdua dengan housemate saya. Malangnya, semalam saya demam hari ketiga berserta dengan selsema. Bila da daftar, saya dapat nombor 511, bilik 5. Kena tunggu lagi ya sampai nombor tu pulak dipanggil. Bertabah aje dengan perut lapar. Tak berani la kan nak turun makan sebab takut nombor kena panggil. Dah la nombor dia random sangat, then takde tertera current number kat nombor yang kita pegang. Haaa. Kira masih semi manual lagi la. Dalam nak dekat pukul 10 jugak lah baru kena panggil.

Kesian housemate kita kena duduk atas lantai je...nasib baik ada buku..haha

Bila masuk bilik 5 tu, doktor tanya dah lama ke sakit tonsil. Saya macam blur, sakit tonsil ke tonsil tu dah lama bengkak? Saya jawab je lah dari umur belasan tahun. Haha. Dia terkejut, dah 10 tahun lebih lah kan! Then dia tanya selalu ke sakit tekak berserta dengan demam sampai tak boleh makan. Ermm, takde la sampai tak boleh makan kan. Boleh lagi nak telan makanan, cuma bulan 10 tu kot yang paling teruk. So, dia cakap kalo tak sampai macam tu, dia tak akan kira kita punya tonsillitis sebagai acute tonsillitis. Then dia tanya pasal selsema, dah berapa lama tak baik. Mak ai, kalau tanya saya berapa lama tak baik, saya pun dah lupa. Sebab rasanya macam hari-hari saya selsema. Hahaha! Sangat lama, ok! Doktor tanya juga, selsema tu datang macam mana, disebabkan saya terdedah dengan debu ke, rasa sejuk ke, ada bersin-bersin, perasan ke tak hidung tu sensitif pada benda-benda tertentu. Ada bau macam benda busuk tak, ada sejarah kanser tak dalam keluarga, sekarang boleh bau ke atau dah tak dapat bau apa-apa, pernah berdarah tak hidung, macam-macam lagi lah soalan yang serupa dengan entri kat SINI. Then dia tekan-tekan dekat bulu kening, mata, hidung, pipi sambil tanya sakit ke tak. Kemudian, dia ambik something macam spatula, untuk check hidung dan tekak. I think that spatula worked as mirror for her untuk tengok sudut-sudut dalam hidung dan tekak kita secara brief. Lepas tengok tu, dia cakap, "yang selalu tersumbat tu belah kiri kan?" Kahhhhh! Macam mana nkoo tahu hah?? Hahaha! Then dia duduk balik dan gitau, lepas ni nak masukkan kamera ke dalam hidung kat bilik nombor 6. Saya dah... "haaaa....?" Dia faham, dia cakap sakit sikit lah, tapi nanti dia akan spray anesthetic kat hidung untuk kurangkan sakit. Baeklah.


Lepas tu saya keluar dan tunggu nama dipanggil lagi kat depan bilik nombor 6. Masa tunggu tu lah macam-macam perasaan timbul, paling timbul adalah rasa takut. Huhu. Housemate pulak dah turun bawah, tunggu kat bawah je. Sebab kat atas ni memang tak cukup kerusi. Kita tunggu pun secara berdiri beramai-ramai ye. Ada jugak pesakit-pesakit sebelum ni berbual dengan saya, dan kongsi pengalaman diorang kena masuk kamera dalam hidung dulu. Diorang cakap sakit, kamera tu panjang. Gulpp, alamak aiii! Menyesal berbual-bual. Huhuhuh. Terus update status kat FB "Semoga bertabah.." Pfftt. Bila nama kena panggil, saya sengih kat pesakit-pesakit sebelum ni sebab diorang tahu saya takut. Dengan maksud sengihan: belasah je lah. Haha. Masuk bilik nombor 6, ade seorang pembantu pegawai perubatan minta saya berbaring kat kerusi macam kerusi kat dentist tu. Ada lampu dewan bedah macam dalam cerita doktor-doktor kat siling. Dia selimutkan saya dan cakap, tunggu doktor sekejap. Huhuhu. I was so scared, I didn't reply anything. Tengok lampu je.

Bila doktor tadi da sampai, dia berbual-bual macam biasa-biasa je dengan pembantu dia. Then dia amek sejenis benda besi yang sangat panjang dan diameter dia macam regular straw tu. Hujung benda tu keluar cahaya putih. After I googled the thing, baru saya tahu benda tu fiber optic..no wonder la..hahaha!

Endoskop hidung macam ni lah yang doktor guna untuk tengok dalam hidung (gambar: Google)

Dan bermula lah proses endoskopi hidungku.

She said, "maaf ye, awak jangan gerak..lagi banyak gerak, nanti lagi sakit.." and she forgot to spray the anesthetic first. Nasib baik lah belah kanan tu macam ok je, sebab sekejap je dia masukkan besi tu dalam lubang hidung belah kanan. Sepanjang dia buat tu memang saya tahan nafas sambil genggam jari jemari. Huhuhu. Then dia keluarkan dan tanya pembantu dia, "belum spray eh tadi?" Pembantu dia cakap belum. Then dia mintak spray, dan bagitahu saya, pahit sikit tau, sebelum dia spray dalam hidung. Tapi..malangnya mungkin sebab terlalu banyak mukus, tak rasa apa-apa. Hahaha. Dia siap tanya, ok tak? Ok, ok. Hihi. Then dia masukkan dalam lubang hidung kiri.

Haa, macam tu lah lebih kurang rupanya endoskopi hidung.
Perghhh dalam jugak besi tu masuk! (gambar: Google)

Oh, cuba lah skrin tu depan saya. Saya nak jugak tengok ape benda dalam hidung ni. Hahaha. Malang sekali, skrin tu kat atas kepala saya, tak dapat la nak tengok. Nampak bayang-bayang pergerakan je. Masa masuk lubang hidung kiri, dia cakap something kat pembantu dia. Tak tahu lah apa, istilah-istilah perubatan kan. Then dia masuk lagi dalam. Tu dia...! Mula rasa sakit. Then dia stop. Dia cakap banyak sangat mukus kat belakang hidung, dia kena sedut keluar dulu sebab sampai dah tak nampak saluran hidung tu. So dia keluarkan besi. Fuhhhh, lega sikit. Haha...adoiii. Kejap lagi nak kena masuk balik. Then dia amek alat penyedut dan masukkan ke dalam hidung bersama-sama kamera tadi. Ha, bayangkan la dua benda masuk dalam lubang hidung ko yang kecik tu. Huhu. Dia sedut keluar segala mukus yang menghalang laluan. Segala sudut tau, time tu la saya rasa sangat sakit sampai air mata saya keluar. Rasanya kalo tak keluar tu tak sah kot? Sebab patients sebelum ni yang keluar dari bilik ni semua saya tengok lap mata dan mata merah-merah. Huhu. Dan saya terbatuk sikit sebab boleh rasa benda tu menyedut sampai ke tekak kesan sedutan dia. Masa tu jugak saya tak tahu nak kena tutup mulut atau bukak mulut. Tapi kalau tutup, saya nak bernafas macam mana..hahaha.

Dah siap sedut, dia tengok lagi laluan hidung. Then, dah siapppp. Sambil bangun dari baring, dengar doktor tu huraikan. Dia cakap hidung ni dah semakin sensitif sekarang. So, lepas ni kena elak habuk, debu dan mungkin juga kesejukan. Doktor tu bagi spray hidung untuk saya spray dua kali sehari setiap hari. Dengan ubat selsema untuk dimakan bila perlu. Nanti lagi 6 minggu, kena datang balik jumpa dia. Lepas endoskopi tu, hidung jadi gatal sikit tapi macam takut-takut je nak tarik hingus kuat-kuat. Hahaha. Gigi depan pun ada rasa tak selesa sikit. Tekak pulak rasa macam kosong sangat, sakit dan weird bila nak telan air liur. Mungkin sebab kena sedut semua udara tadi kot. Hahaha.

Tunggu turn amek ubat

Saya turun bawah dalam 10.45 macam tu, jumpa housemate dan berbaris untuk ambil ubat. Dekat slip ubat, doktor tulis penyakit: AR. Huh? Apa ni??? Hari ni saya google tentang endoskopi hidung, dan saya jumpa kat SINI, AR should be 'allergic rhinitis'.

Ha...so, tak payah operate tonsil la kan? Tak payah lahhhh...mudah-mudahan. Doakan saya!

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com