Monday, April 23, 2018

Hiking di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih lagi entri tentang Port Dickson (PD). Hihihi. Sebelum ni kan entri tentang makanan aje. Kali ni saya nak kongsi pula salah satu aktiviti saya dan housemates semasa bercuti di sana. Sebelum ke PD, dah tentulah saya paksa housemate saya google apa yang boleh dibuat kat PD selain cari makan. Kita tak boleh menternak lemak sahaja, lemak juga perlu dibakar. Mih mih mih.

Kalau ke PD, kebanyakan pelancong akan tertumpu kepada Rumah Terbalik dan 3D Art Museum. Jarang yang nak tengok nature selain dari pantai. Jadi, kami pilih untuk meneroka Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Melaka. Eh, Melaka? Bukan PD kat Negeri Sembilan ke???

Sempadan Negeri Sembilan dan Melaka

Ya, Melaka guys. Tanjung Tuan ni milik Melaka. Sebelum ke simpang Tanjung Tuan tu ade satu papan tanda khas yang menunjukkan sempadan Negeri Sembilan/Melaka. Menarik kan? Kami dapat bercuti ke PD dan Melaka sekaligus! Lol!

Kami keluar pagi-pagi dari hotel pada hari kedua, naik kereta ke Blue Lagoon. Blue Lagoon ni letaknya tepi Tanjung Tuan aje. Park kereta area situ, then menapak ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Masuk ke dalam hutan ni, kena bayar seorang RM1 sahaja. Perjalanan mendaki selama 15 – 20 minit je dah sampai kat rumah api Tanjung Tuan, atau nama glamournya Cape Rachado.

Rumah Api Tanjung Tuan

Rumah api nya tak boleh masuk ya, pintu pagarnya ditutup. Hanya boleh ambil gambar di luar rumah api sahaja. Dari atas tu boleh nampak laut Selat Melaka yang terbentang luas. Sesuai lah untuk yang nak tengok matahari terbit atau terbenam. Tapi tak sure pulak kalau pagi-pagi hutan ni dah bukak ke belum.

Bosan tak, panjat penat-penat, tengok rumah api dari luar jeee? Takkk! Sebab selain rumah api, Hutan Rekreasi ni ada lagi tarikan lain! Turun tangga sebelum naik ke rumah api tu, ada laluan ke Pantai Cermin. Jalannya agak curam, turun memang laju je, tapi tak laju sangat sebab ramai pelancong lain menuju ke tempat yang sama. Berselisih juga dengan yang nak naik semula ke atas. Tapi, pesan saya, kalau uols semua takut tak larat nak naik, better jangan turun. Hahaha! Serius mengah!

Hasil dari kemengahan yang tak terhingga tu, adalah pemandangan tersembunyi yang sangat cantik! Rasanya kalau bawak tikar dan makanan sebelum ke sini, kami dah berkelah dah kat bawah tu. Malangnya apa pun tak bawak. Huhuhu. Bila sampai kat bawah tu, duduk la lama mana pun. Merenung laut lepas, sambil mengenang masa lalu. Sebab kejap lagi nak balik, kena kerah tenaga lagi! Haha!

Housemateku pahlawan wanita terakhir...hahaha!

Duduk rehat di bawah pohon nan rimbun menghadap Laut Selat Melaka

Muka gembira lepas penat menuruni bukit

Bila da puas melepas lelah kat bawah, kami mendaki semula ke atas ikut laluan turun tadi. Dia ada laluan lain juga tapi pengunjung lain cakap, laluan tu tak berapa ok dan agak lecak. So, kami putuskan ikut laluan turun je lah! Perghh, memang terbakar semua lemak kalau mendaki naik atas. Ada seorang abang tu laju je lari naik atas. Lepas tu turun balik temankan wife dia pulak naik. Tengok baju, finisher 21km. Ok, fine. Patut la laju je, siap berulang-alik. Kikiki.

Kalau nak tahu Cape Rachado ni jugak merupakan laluan burung ketika peralihan musim. Dalam hutan ni la agaknya burung-burung dari serata dunia bertenggek melepas lelah setelah terbang beberapa ratus kilometer sebelum meneruskan perjalanan. Memang Melaka yang kita kenal dalam sejarah Malaysia lah ni, sama ibarat macam laluan hentian saudagar-saudagar dari serata dunia. Setuju tak?

Masa kami da sampai atas semula, ada segerombolan budak-budak kolej tengah beraktiviti depan rumah api tu. Agaknya memang selalu budak-budak sekolah dan kolej kawasan sekitar datang ke tempat ni. Kami keluar dari hutan tu, kemudian melepak dekat pantai Blue Lagoon pulak. Penat belum habis lagi. Duduk-duduk aje menghadap laut sambil tengok beberapa keluarga yang datang bermandi-manda dengan anak-anak kecil. Bila da rasa tenang sikit, kami pun gerak balik homestay. Sempat pulak singgah tepi pantai lagi makan brownies green tea yang dibawak dari JB. Hahaha!

Duduk tepi Blue Lagoon menghilangkan penat..brownies green tea tu IG @selerasakura punya tau...hahaha!

Homestay kami di sekitar Teluk Kemang aje. Untuk ke Tanjung Tuan, boleh juga stay kat Melaka. Pun tak jauh sangat dah, terutama kalau time cuti sekolah yang hotel cepat penuh kat PD. Kalau rajin cari dan survey, boleh dapat room at Mahkota Hotel in Melaka. Apa lagi, boleh bercuti ke dua negeri sekaligus! Best ke tak best?

Sebelah petangnya, kami just jalan-jalan tepi pantai aje. Mandi kat Pantai Teluk Kemang, sambil tengok matahari terbenam, antara satu kemestian kan kalau ke PD. Another beautiful memory made with lovely friends. Alhamdulillah.

Sunset di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Insya’Allah nanti nak pergi lagi! :)

3 comments:
Write Comments
  1. ada kontraktor kat office byk kali duk cerita pasal Cape Rachado ni.. dia kata kalau ke PD ni tempat wajib singgah..

    ReplyDelete
  2. kenapa masa muda2 tataw pasal tempat ni? Sekarang rasa 88 kali pikir nak naik, ehhehe

    ReplyDelete
  3. Perghh gi hiking pun bawak brownies seyyy...ha ha ha
    Sama macam SK, fikir 8x nak naik atas usia dah 42thn ni hahahaha

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com