Ticker

6/recent/ticker-posts

Kek Buah Kukus - Mudah-mudahan Menjadi

Assalamualaikum dan selamat hari Ahad.

Hari ni saya tak berapa sihat. Dua hari lepas tekak perit dan sakit. Nak telan air liur pun susah. Saya kan ada tonsil. Semalam sakit tekaknya reda sedikit, tapi disusuli dengan selsema, gatal tekak, batuk dan demam. Hari ni, masih selsema lagi dan panas sikit badan. Pagi tadi saya nak ke Klinik Kesihatan UTM, tapi ramai sangat orang bila dah sampai sana. Hari Ahad kan. Saya batalkan niat, petang nanti sikit lah saya ke klinik kalau sempat.

Balik dari klinik, saya beli bahan-bahan untuk buat kek buah. Teringin pula nak buat, boleh bawak balik kampung esok. Ini bukan kali pertama saya buat kek buah kukus. Sebelum ni pernah juga buat, tapi resepi yang lain. Kali ni saya cuba resepi dari kak Yatie Memories. Kek buah yang viral tahun lepas sebab mix fruitnya dimasak dalam karamel gula tu. Padahal tahun 2013 dah ada dah kek ni. Haha!

Saya try resepi ni sebab simple, tak payah pakai mixer, kecuali kalau nak pakai juga untuk pukul telur dan esen vanilla. Saya pakai blender je sebab kak Azlita Masam Manis kata boleh guna blender yang bersih untuk mix telur dengan esen vanilla tu. Perghh, cantik gila kan kek buah kukus kak Ita tu.

Ok, jom tengok apa bahan-bahannya.

Bahan-bahan:
250 g butter @ seketul butter (saya guna Anchor salted)
350g gula pasir (saya pakai gula kastor sebab tu je yang ade kat rumah)
60ml air panas
500g buah-buahan campuran
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
1 sudu kecil esen vanila

Bahan-bahan kek buah kukus

Untuk serbuk buah pala, saya tak jumpa dekat kedai Maslee Ekspress Taman Teratai. Malas pulak nak pusing ke AEON or Giant. Jadi, saya beli je buah pala biji tu. Pak Cik Mat Gebu ada share cara nak pakai biji buah pala kat SINI. Saya belah biji buah pala tu, buang kulit luarnya dan parut untuk dapatkan serbuk buah pala. 1 biji tu boleh dapat lebih dari 1 sudu teh. Baunya sangat harum. Macam bau rempah kek lapis tu. Patut la kek yang pakai serbuk buah pala ni wangi.

Belah buah pala untuk ambil bijinya, parut untuk dapatkan serbuk buah pala


Cara-cara:

  1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan.
  2. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar. Kemudian sejukkan.
  3. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  4. Telur dan esen vanilla diblender sehingga berbuih dan masukkan ke dalam adunan kek. Gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  5. Alas loyang 8x8 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  6. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam sahaja) 
  7. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar-benar sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong)

Cara buat karamel dan masak mix fruit dalam karamel

Masa buat karamel gula tu, sepatutnya dapatkan gula yang cair sepenuhnya, tapi sebab saya ni tak penyabar orangnya, saya da tergaul gula tu sampai jadi berketul. Saya belasah aje, masukkan air panas bila gula dah bertukar kaler aje. Hahaha! Korang pastikan betul-betul cair tau. Guna periuk yang besar sikit. Lepas dah mendidih tu, jangan lupa sejukkan bawah kipas. Hihi

Ayak dulu tepung, soda bikarbonat dengan serbuk buah pala sebelum memasukkannya ke dalam adunan kek yang dah suam

Telur saya blender je, then gaulkan dalam adunan kek buah tadi

Kak Yatie ada juga share tips untuk membuat Kek Buah Kukus yang menjadi:
  • Kukus 2 jam pertama guna api sederhana je dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dengan air panas. Yatie isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus, sedang elok je.
  • Bila kek dah masak biarkan dalam 5 minit, barulah dibuka penutup kukusan. Lapkan air yang terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya. Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar. Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk. Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun.
  • Potong kek bila betul-betul sejuk. Lebih baik di biarkan semalaman dalam tudung saji. Kek ni lebih sedap di makan selepas 2 hari. Bila dah semalaman lagilah sedap dan bertambah moist kek buah ni.


Haa, ni la rupa kek buahnya sebelum masuk ke dalam pengukus

Nanti petang sikit bila dah masak, kita tengok ya jadi ke tak jadi.

Doakan. Haha!

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com