Tuesday, August 14, 2018

12 Perkara Menarik Yang Boleh Dilakukan di Taman Safari Bukit Gambang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Haa, hari tu kan saya dah share tentang Active Academy Bukit Gambang Resort City (BGRC) dan apa yang boleh uols buat kat situ. Hari ni saya nak share pulak perkara menarik yang boleh uols buat di Taman Safari Bukit Gambang.

Besar okay Taman Safari BGRC ni, kalau start dengan jalan kaki, mesti takkan sampai Wild Savannah

Kalau uols nak tahu, Taman Safari Bukit Gambang ni adalah taman safari terbesar di Malaysia dengan keluasan 138 ekar hutan sekunder yang terbahagi kepada dua zon berbeza, iaitu zon berjalan kaki dan zon trem Wild Savannah. Taman Safari BGRC dibuka pada waktu tengahari sehingga pukul 9 malam.

Haiwan-haiwan yang ditempatkan di Taman Safari BGRC adalah antara haiwan yang unik dan pertama kali dipamerkan di Malaysia, contohnya seperti singa putih, burung hantu putih, helang ikan Afrika, empat daripada enam spesies unta di dunia, empat daripada lapan spesies beruang di dunia, serta aneka jenis kucing besar dan kucing kecil.

Kandang Raja Singa @ Taman Safari Bukit Gambang

Semasa bercuti di Bukit Gambang Resort City tempoh hari, saya dan rakan-rakan JDT Blogger berkesempatan untuk melawat Taman Safari BGRC ni. Kami masuk ke taman selepas Zohor dengan menaiki trem khas ke Taman Safari. Haaa, jom tengok apa yang kami buat sepanjang kat sana!

1. Bertentang mata dengan haiwan-haiwan di Wild Savannah dari dalam trem.

Trem untuk ke Taman Safari ni akan ambil uols dari lobi resort yang uols duduk. Start dari situ lagi, akan ada seorang pemandu pelancong yang akan bagi maklumat kat penumpang trem tentang haiwan-haiwan yang ada di sekeliling uols dalam Wild Savannah. Trem ni berpendingin hawa dan tingkapnya tertutup rapat. Jadi jangan risau, takde harimau atau singa yang akan membaham uols. Duduklah dengan tenang dan enjoy perjalanan uols mengelilingi Wild Savannah.

Haiwan-haiwan yang tak pernah uols jumpa, bersepah-sepah dalam Wild Savannah ni

Dalam Wild Savannah ni ada sangat banyak jenis haiwan yang saya sendiri tak terkira jumlahnya. Paling menarik perhatian saya adalah Dubok, pemangsa paling kuat, dan Buaya Tembaga yang sangat besar dan nampak macam warna putih aje dari jauh. Paling menghiburkan semua orang adalah burung unta besar yang mematuk-matuk getah tingkap trem. Entah apa lah yang menarik sangat dengan getah tu. Bila kami beredar, burung tu hanya memandang sayu aje dari tempat dia. Aduhai, comel sangat, okay!

2. Melihat secara dekat haiwan-haiwan liar di Wild Savannah dengan menaiki ATV.

Sebelum naik trem, pemandu pelancong akan tanya dulu, siapa yang nak naik ATV atau naik trem. Nanti dekat Eagle Station, yang nak naik ATV akan turun ke tempat ATV. Masa kitorang gi hari tu, yang lelaki-lelaki naik ATV, yang perempuan naik trem. Tapi ada juga wakil perempuan kami join naik ATV, iaitu blogger Ain. Haa, gambar yang saya share ni dari Ain la.

Jeles okay tengok diorang naik ATV melawat haiwan dekat-dekat

Best jugak kalau naik ATV keliling Wild Savannah sebab uols akan dapat tengok dengan lagiii dekat haiwan-haiwan dalam Taman Safari ni, ikut laluan yang sama dengan trem. Eh, tapi bukan semua haiwan yang boleh dikunjungi dengan ATV tau. Harimau, singa dan yang seangkatan dengannya tak termasuk dalam kunjungan ATV. Ada pintu pagar khas yang akan memisahkan laluan ATV dengan laluan trem. Kalau tak, nanti masuk kandang singa, yang keluar dari kandangnya ATV sajokkk. Hahaha!

3. Menyaksikan tingkah laku semulajadi haiwan pemangsa di Predator Show.

Predator Show ni adalah yang terbaru di Taman Safari BGRC. Dalam pertunjukan ni, haiwan-haiwan pemangsa dipamerkan kepada penonton di sebalik dinding kaca. Dalam dinding kaca tu direka seperti habitat haiwan-haiwan ni, siap ada kolam air lagi. Penonton akan nampak macam mana haiwan-haiwan ni mendapatkan makananya tanpa bantuan daripada penjaga zoo. Kiranya uols akan tengok cara semulajadi diorang cari makan dan secara langsung diorang koyakkan segala daging depan mata uols. Over tak penerangan ni? Padahal daging yang diberi tu takde la besar sangat. Bayangkan seekor ayam dibelah empat aje. Hahaha.

Live depan mata, singa koyak-koyakkan daging untuk dimakan. Uols bayangkan daging tu uols. Eh!

Paling saya kagumi, haiwan-haiwan ni pandai betul keluar dari belakang pentas, lepas tu masuk balik ikut jalan yang sama. Entah dah berapa lama agaknya diorang dilatih untuk sampai tahap ni. Cuma harimau aje yang kelakar dan nakal sikit perangainya. Dah jalan-jalan, gegolek, siap buang air kecik air besar, berenang dalam air nak dapatkan makanan dia; tak nak balik pulak. Hahaha. Terpaksa staff diorang masuk ke pentas naik jip untuk halau harimau tu ke belakang pentas semula.

4. Memberi sumbangan kepada pusat pemuliharaan burung di Wonderful Bird Show.

Haaa. Macam mana tu? Kat Wonderful Bird Show ni, burung-burung terlatih akan menghiburkan uols. Kebanyakannya adalah burung kakaktua. Kita sedia tahu, burung kakaktua memang bijak dan pandai bercakap. Tapi dalam show ni, diorang tak bercakap pun. Diorang mengira, mengeja, dan buat aksi sarkas! Malah, ada burung yang dilatih untuk mengutip duit sumbangan daripada para penonton.

Wonderful Bird Show pukul 4.45 petang hari biasa, pukul 12.15 tengahari dan 4.45 petang pada hujung minggu

Haaa, dah lah memilih. Nak not kaler hijau muda dan merah aje. Kaler lain dia tak reti. Kalau berdiri tinggi sangat pun dia tak nampak. So, uols kena duduk depan sikit masa tengok show ni. Jangan lupa bawak duit RM5 atau RM10. Sama-sama membantu pusat pemuliharaan burung kat Malaysia ni. Di akhir pertunjukan, diorang akan tunjuk burung helang terbesar, saya sempat ambil IG story aje dia terbang dari belakang hall, laju dan rendah aje, hinggap ke tangan penjaganya kat pentas bawah nun. Dengar kata, burung ni sangat kuat cengkaman kukunya. Jadi penjaganya kena pakai sarung tangan khas yang tebal untuk elakkan terluka. Ada banyak lagi pertunjukan kreatif lain dari burung-burung kat sini. Jangan lupa tau ke Forest Arena untuk saksikan sendiri Wonderful Bird Show ni.

5. Mengenali haiwan-haiwan yang telah diawet di Discovery Centre.

Dari pertunjukan burung, uols boleh naik ke tingkat atas Forest Arena tu. Ada Discovery Centre yang menempatkan segala artifak dan fosil pelbagai jenis haiwan untuk tujuan pembelajaran. Ada jugak sarung tangan yang digunakan oleh penjaga burung helang kat bawah tadi. Sarung tangan tu kena hati-hati ya, dah ada sign jangan sentuh, jangan lah sentuh. Sebabnya ada sarung tangan yang diperbuat daripada kulit khinzir. Sila alert dengan penerangan daripada staff kat situ.

Tekun mengintai kala jengking kononnya

Ada juga diorang awetkan embrio haiwan yang mati dalam perut ibunya, rasa kesian pulak sebab diorang tak sempat nak tengok dunia. Allah lebih sayangkan diorang, kan. Serangga-serangga kecil macam kala jengking pun ada dipamerkan kat sini. Kalau geli, tak payah lah tenung lama-lama macam kitorang tu. Hahaha.

6. Makan malam di Simba Hill Gourmet Hall sambil menyaksikan singa putih berlegar-legar di luar restoran.

Alang-alang dah masuk Taman Safari ni, biar sampai ke malam sampai tutup taman. Tapi kena la alas perut bila da waktu makan malam kan. Kat sini ada konsep "dine in the wild". Uols akan makan malam atau minum petang sambil diperhatikan oleh dua ekor singa putih. Haa, seram tak?

Dine in the wild @ Simba Hill Gourmet Hall, Taman Safari Bukit Gambang

Jangan risau, singa putih tu ada kat luar dinding kaca restoran ni. Kalau nak tengok lagi dekat, ada tangga ke bawah sangkar diorang tu. Tapi make sure datang makan tu da malam sikit, sebab waktu siang, diorang tidur 18 jam sampai terbongkang. Hahaha!

7. Menapak ke Night Jungle untuk melihat haiwan-haiwan di dalam sangkar pada waktu malam.

Bila da sudah makan, boleh lah membantu penghadaman dengan menapak ke Night Jungle. Tak jauh aje dari Simba Hill tadi. Kat Night Jungle ni ada macam-macam jenis haiwan bersaiz kecil seperti rakun, sugar glider, tapir, khinzir liar Afrika, kucing hutan, hedgehog dan macam-macam lagi.

Eh eh dengan tapir pun nak selfie kan, haaa tengok tu gambar khinzir liar Afrika tu, seram kan?

Paling menarik perhatian saya adalah khinzir liar Afrika tu. Serius lain gila rupanya daripada khinzir biasa. Ada gading pada hidungnya. Masa orang ramai tengok dia dari atas, dia berdiri je kat tempat dia. Bila saya tinggal sorang dan masih nak ambil gambar dia, dia datang dekat siap posing depan kamera. Mak oi, seriau saya. Takut disondol. Hahaha.

8. Melawat haiwan-haiwan yang biasa menjadi peliharaan di Petting Zoo.

Petting Zoo ni letaknya di Village Arena. Ada macam-macam haiwan peliharaan dalam ni. Ayam, arnab, kambing, wallaby, eh? Wallaby tu apa? Wallaby tu macam kangaroo Australia, warnanya kat Taman Safari BGRC ni putih. Lupa pulak saya nak ambil gambarnya. Adoi. Sebab masa ni bergegas nia ke aktiviti ke 10 bawah nun. Hahaha.

Kambing di Petting Zoo, Taman Safari Bukit Gambang

Kat sini korang boleh pegang-pegang haiwan peliharaan yang ada, kena gigit tanggung sendiri aje. Dah namanya Petting Zoo kan?

9. Mengunjungi Malayan House, rumah Melayu lama binaan kayu.

Rumah ni letaknya sebelah aje Petting Zoo tu. Konon-konon macam petting zoo tu reban haiwan pemilik rumah tu agaknya. Hahaha. Rumah Melayu ni cantik gilaaa, masih mengekalkan tradisi rumah kayu lama. Siap ada rumah burung lagi. Kat halaman rumah ni ada burung merpati datang makan.

Malayan House @  Taman Safari Bukit Gambang

Gambar rumah ni saya ambil dari Ain, saya tak sempat nak bergambar dah. Laju aje ke nombor 10. Nexttt!

10. Lepak santai di Village Arena sambil menyaksikan African Yabara Fire Show.

Haaa, acara yang kami tunggu-tunggu. Pertunjukan api di Village Arena. Satu kawasan lapang di hadapan Petting Zoo dan Malayan House. Tapi yang buat pertunjukan tu bukan orang Afrika tau. Orang Melayu je. Hahaha. Hebat adik-adik tu main api. Entah berapa gelen gasolin diorang telan nak tiup api tu besar-besar.

Sorang telan api, sorang lagi tak puas hati, nak telankan jugak. Hahaha. Macam-macam.

Paling saya pelik, kenapa lengannya tak terbakar bila dia sapu api tu kat lengan dia. Ada sape-sape boleh explain tak?

11. Bergelak ketawa beramai-ramai menonton Tarsan Adventure Show.

Ni pertunjukan terakhir yang kami tonton. Sebelum show, pengacara akan bagi amaran bahawa show ni mengandungi elemen letupan dan bunyi yang kuat. Jadi sape-sape sakit jantung tu baik keluar hall terus. Hahaha.

Nasib baik tarsan tak merentas air sungai

Kisahnya tentang tarsan yang melindungi haiwan kat hutan tu daripada pemburu haram. Mungkin, lah. Pada pendapat saya, show yang ni kena improve kan lagi. Bagi lagi umphhh dengan jalan cerita dan lakonan yang lebih baik. Dialog antara pelakon pun kasi lebih jelas, okay?

12. Membeli cenderahati untuk keluarga dan kawan-kawan di Simba Hill Gift Shop.

Dah habis semua aktiviti kat Taman Safari ni, boleh lah singgah ke Simba Hill Gift Shop kejap untuk beli cenderahati sebelum naik trem balik resort. Ada macam-macam bentuk cenderahati yang ada kat sini, dari keychain, baju, mug, fridge magnet dan lain-lain lagi. Kalau tak nak kasi kawan-kawan, buat untuk simpanan sendiri. Kenangan kan?

Haaa, kedai pun da nak tutup da. Kredit pic: Sis Lin

Haa. Banyak kan benda yang boleh dilakukan dalam Taman Safari BGRC ni. Besar ke tak besar? Kahhhhh! Ini baru 11 benda okay, dan bukan kesemua sekali aktivitinya! Ada lagi Multi-Animal Show, Camel Ride, Bird Feeding, Lemur Feeding, Elephant Feeding, Goat Feeding, Bear Feeding, minum petang di Summer Season dan banyakkk lagi oi! Memang tak cukup kalau pergi sehari. Rasa macam kena pergi dua tiga hari. Hahaha!

Kalau uols berminat nak ke Taman Safari ni dengan kawan-kawan atau keluarga, boleh lah datang ke BGRC, tau!

Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Tel: +609-5488000/8111/8112/8113
Hotline: +6016-9884769
Fax: +609-5486666
Email: enquiry@bgrc.com.my

Facebook:
BGRC

Taman Safari Bukit Gambang

Website:

Waktu Operasi:
Selasa - Khamis 12.00 pm - 9.00 pm
Jumaat - Ahad 10.00 am - 9.00 pm
Cuti Umum dan Cuti Sekolah 10.00 am - 9.00 pm
Isnin - Tutup

Harga Tiket dengan 0% GST:
Dewasa 13 tahun ke atas: RM 63.00
Kanak-kanak / Warga Emas / OKU: RM 43.00
Kanak-kanak tinggi melebihi 90 cm sehingga 12 tahun
Warga Emas 60 tahun ke atas
Kanak-kanak tinggi bawah 90 cm masuk PERCUMA.

Tiket Kombo ( Taman Safari + Taman Tema Air )
Dewasa: RM 88.00
Kanak-kanak / Warga Emas / OKU: RM 58.00

Untuk Disewa:
Baby Stroller (RM15 + RM15 deposit)

*Wheelchair disediakan atas permintaan


P/S: Beberapa gambar kredit kepada Sis Lin, Kak Dilah, Ain, Kak Seri dan Azwa Photography

7 comments:
Write Comments
  1. Enjoy sangat dengan semua aktiviti di Safari Park ni.. budak2 lagi la kan, memang suka tengok haiwan dan show2 ni.. tak rugi penat seharian di safari park ni kan bila semua enjoy..

    ReplyDelete
  2. masih teringat burung tuh boleh tangkap duit rm5 kan....nak kena ajar duit rm 50 cm gini..hahahhaa...

    ReplyDelete
  3. perghhhh syoknya..dulu akak gi takde join aktiviti2 ni..

    ReplyDelete
  4. penuh aktiviti bila ke taman safari.. bila tgk memang best.. kalau bawa anak2 cnfirm dia orang suka tengok binatang.. InsyaAllah klo de rezeki suzie nk bw family g BGRC..😊🤗

    ReplyDelete
  5. Saya suka aktiviti penuh camni..... baru rasa berbaloi dengan duit yang dilaburkan, wehh. kak, seram aku baca part khinzir liarr tu.hahahaha~

    ReplyDelete
  6. best tempat tok.. kmk taman negara bako pun belum pegi. hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com