Aktiviti Outdoor Menarik di Active Academy, Bukit Gambang Resort City

August 12, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aduhai, kuat betul rasa rindu ni pada percutian saya bersama JDT Blogger di Bukit Gambang Resort City (BGRC), Pahang tempoh hari. Mana tak nya, banyak betul pengalaman baru yang kami dapat sepanjang di BGRC selama tiga hari dua malam tu. Setiap masa padat dengan aktiviti. Yang paling best adalah aktiviti outdoor kami di Active Academy.

Active Academy @ Bukit Gambang Resort City, Gambang, Kuantan, Pahang

Kalau tengok pada plan aktiviti kami sebelum ke sana, saya rasa seram jugak bila tengok senarai aktiviti tu. Mampu ke saya nak buat semua tu. Banyak benda yang tak pernah saya buat, ada dalam senarai tu. Berdebar-debar, ok! Macam-macam benda yang terbayang kat kepala ni.

Tiba pada hari kejadian yang ditunggu-tunggu, dengan sendirinya kaki ni melangkah aje mengikut arus...kahhhh. Kalau uols nak tahu, Active Academy ni merupakan pusat rekreasi outdoor dan team building korporat di BGRC. Modul teambuilding kat sini menawarkan pembelajaran berasaskan aktiviti pengalaman dalam teamwork untuk mencapat matlamat organisasi. Active Academy boleh memuatkan sehingga 500 orang dalam satu masa, di mana ada 18 cabaran laluan berhalangan dan aktiviti team building menarik yang boleh dilakukan di sini.

Dalam banyak-banyak aktiviti tu, antara yang kami dah lakukan adalah:

Outdoor Archery Range

Aktiviti memanah. Sebelum ni, saya pernah juga ikut aktiviti memanah, tapi indoor. Safety pad yang digunakan adalah lebih kurang sama juga dengan yang outdoor ni. Benda yang paling saya ingat sampai hari ni, kalau coach dia bagi arahan dari belakang kita masa kita nak memanah, mesti masuk bulatan kuning tu. Kalau dia tak bagi arahan, entah ke mana-mana aje panah tu terpacak. Hahaha!

Terrer tak saya memanah, 3 busur ke bulatan kuning tau! Mana KFC yang dijanjikan? Hahaha!

ATV Fun Ride

Uiks, yang ni kan, memula naik tu saya rasa seram aje. Ye lah, tak pernah naik kan. Guider kata, macam bawak kereta auto aje. Lega la sikit kan. Tapi bila da start enjin, haaa nkoooo! First lap, saya rasa macam nak langgar semua tayar yang ada kat tepi-tepi trail ATV tu. Susah betul nak belok sebab berat. Memang banyak kali enjin mati. Tapi jangan risau, hidupkan aje balik enjinnya. Second lap da start serasi. Third lap da rasa sedih sebab masa tu la baru nak reti bawaknye dan itu la the last lap. Hahaha. Saya rekemen sangat-sangat uols try ATV ni ya! Rugi tau kalau tak try!

Best gilaaaa! Tambahan pulak, budak-budak boleh naik ATV dengan pak budak. Hihihi.

Paintball Target Shooting

Memula baca dalam senarai aktiviti, saya seriau tengok perkataan Paintball. Masa tu belum tahu lagi sama ada main Paintball Warzone ke Paintball Target Shooting. Kalau Warzone, memang takmo la hoii. Saya pernah main dulu, sakit gila kena pelurunya tu. Taubat mak noksss. Tapi bila tau kami buat target shooting aje, haaaa. Ok, jom. Hahaha! Tapi tak puas lah sebab kita baru nak serasi dengan sasaran, peluru da habis. Pffft.

Konon-konon dah macam anggota SWAT dengan topengnya

Flying Fox

Ok, ni pun benda first time saya buat kat sini. Sebelum ni tak pernah nak try Flying Fox sebab takut wooo. Kat sini takde la terlampau-lampau tingginya tu. Sedang-sedang aje. Saya siap ambil video lagi masa turun tu. Ha, padan muka kau, kan dah tak puas 'terbang'. Rasa nak naik lagi aje.

Naik ke tempat terjun tu 2 minit je jalan kaki dari base kat bawah

Kids Horse Riding

Untuk budak-budak, kat sini turut ada horse riding untuk kanak-kanak. Jadinya, anak-anak yang ikut mak ayah ke team building atau aktiviti outdoor kat sini, takde la bosan sangat kan. Gembira diorang dapat naik kuda besar. Untuk mak pak budak, takde, ok!

Budak-budak memang suka dapat naik kuda ni, Mia sampai suruh pak dia bela sekor..hahaha!

Aktiviti-aktiviti ni better dibuat pada waktu pagi sebelum matahari naik tinggi. Kalau dah tengahari nanti, panas terik pulak nak beraktiviti. Alhamdulillah, masa kami buat aktiviti ni hari tu, cuaca pagi mendung aje kecuali masa Flying Fox, cuaca agak panas sikit sebab dah nak dekat pukul 10 pagi. Selain daripada yang kami buat tu, turut ditawarkan di Active Academy, BGRC adalah Sky Trail, Obstacle Challenges, Field Management Games, Telematch Field, Day & Night Jungle Trekking, Problem Solving Puzzle, Treasure Hunt/Explorace, Camping, Survival Skill dan banyak lagi.

Memang rasa puas hati sebab dapat buat aktiviti-aktiviti yang mencabar keberanian diri. Kalau uols berminat nak buat team building kat sini atau nak rasai sendiri semua aktiviti yang ada kat Active Academy ni, boleh lah datang ke BGRC! Ada pakej khas yang berbaloi-baloi harganya untuk uols.

Sunshine Package at only RM38 for 4 games per person (harga biasa, 1 game RM18 per person)

Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Tel: +609-5488000/8111/8112/8113
Fax: +609-5486666
Email: enquiry@bgrc.com.my

Facebook:
BGRC
Active Academy
Instagram:

Website:

P/S: Beberapa gambar kredit to Sis Lin, Kak Mar dan Kak Seri

You Might Also Like

8 Comments

  1. Best sangat join aktiviti mcm ni terutama sekali naik ATV dan flying fox.. 1st time try memang teruja sangat kan sunah..

    ReplyDelete
  2. Sunah, jauh di sudut hati yg paling dalam ni nak sgt cuba semuanya tapi bila diberi pilihan utk tidak mmbuat maka hati yg penakut ni menurutinya, kahhhhh

    ReplyDelete
  3. seronok tgk aktiviti yg sunah main..akk paling suka main paintball..teringat zaman masa belum kawin main paintball dgn rakan sekerja..nie dh kawin dh ddk rumah xdpt nak rasa main mcm tu lagi..

    ReplyDelete
  4. ainnn dahh menaippp dahhh,. nasibb baca sunah nyee hupdate pasal tunggangg kudaaa. hahahaah terlupa teruss pasal kudaa ku larii gagahh beranii .. hahahahaha🤣

    ReplyDelete
  5. http://ejulz.blogspot.com/2018/08/mood-blogwalking-negeri-asal-sunah.html

    ReplyDelete
  6. Aishhh rindunyaaa nak beraktiviti..
    Kat tempat lain mana ada yang pakej macam ni kan?
    Seronok dan puashati!

    ReplyDelete
  7. Best, best...hehehe..naik ATV best !

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com