Sanah Helwa!

Sanah Helwa!

Salam Hari Lahir! Semoga panjang umur! Ucapan ini semakin selalu ana dengar akhir-akhir ini. Nampaknya, agak ramai sahabat-sahabat di sekeliling ana yang lahir dalam bulan Mei. Adik ana, Noor Hanisah binti Mohammad lahir pada 15 Mei yang lalu (15 tahun), sahabat ana, Zarith Sofia Suraya binti Haji Bakeri lahir pada 16 Mei, Hari Guru yang lepas. Ibu ana, Haminah binti Sulong dan sahabat ana, Hismawati binti Ahmad pula bertarikh lahir hari ini, 21 Mei. Esok pula dua orang sahabat ana akan meningkat usia lagi setahun. Semakin ramai nampaknya sahabat yang ana kenali lahir pada hari yang sama. Belum lagi ditambah dengan sahabat-sahabat yang lain yang ana perlu rujuk kembali tarikh lahir mereka.

Adik bongsu ana bersama hadiah hari lahir ke-15

Semakin meningkatnya usia kita setahun demi setahun seharusnya menjadi satu keinsafan buat diri sebagai hamba kepada ALLAH. Selain mensyukuri nikmat usia yang dipanjangkan olehNYA untuk kita terus menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini, kita harus ingat bahawa semakin meningkatnya usia bermaksud semakin singkat masa kita di dunia. Kematian semakin mendekati kita wahai saudaraku.

Hari-hari mendatang yang bakal kita lalui seharusnya kita penuhi dengan amal ibadat untukNYA. Menambahkan taqwa dan menaikkan tingkat iman. Jarang sekali anak muda di zaman ini yang ana lihat menginsafi peningkatan usia. Saban tahun, anak-anak muda di kota seperi tidak mahu ketinggalan dalam menyambut hari lahir dengan sahabat-sahabat dengan mengadakan parti malah berpesta. Tren ini malah menular ke desa-desa, semuanya mahu menyambut hari lahir seperti yang mereka tonton di televisyen. Dalam menyambut hari kelahiran sepatutnya ada batasan. Islam tidak melarang umatnya meraikan hari kelahiran, tetapi berpada-padalah dan jagalah syariat. Sesungguhnya berlebih-lebihan itu jarang sekali disukai ALLAH.

ALLAH berfirman, ertinya: "Katakanlah, 'Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus’." (Al-Maa-idah: 77).

ALLAH juga telah berfirman dalam surah al-A'raf ayat 31 yang bermaksud: "Hai anak Adam (manusia), pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan" (Al-A'raf : 31)

Buat ibu ana yang sentiasa berfikir untuk kebaikan anak-anak dan keluarga, Salam Hari Lahir ke 52. Sayang ibu selamanya, terima kasih untuk segalanya. Tunggu' akou mulik de'buk yak owh~ (bahasa Melanau baie. hehe)

Begitu juga buat sahabiah ana, Hismawati binti Ahmad, salam hari lahir ya ukhti. Ukhwah fillah selamanya, semoga semakin istiqomah memperbanyakkan amal dan meningkatkan iman.

Buat sahabat-sahabat yang ingin mengucapkan salam hari lahir kepada sahabat yang lain, ana cadangkan ubahlah ucapan itu kepada:

"Salam Hari Lahir. Semoga semakin singkatnya masamu di dunia semakin mendekatkan dirimu kepada ALLAH."

Sekadar pandangan.

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com