Ticker

6/recent/ticker-posts

Kalimat Yang Semakin Dilupakan...

...mensyukuri nikmat Allah akan menambahkan lagi nikmat-Nya kepada kita...

Situasi Satu

Pada suatu pagi yang tak hujan, selepas keluar dari dewan peperiksaan.

A: Aku tak dapat jawab! Adoi...

B: Tang mana yang tak dapat tu?

A: Tang yang tanya pasai banjir di Kedah da meragut nyawa manusia sebanyak mana tu la...

B: O...yang tu...ang tak baca paper ka?

A: Tak sempat aku, nak beli paper pun tak dapat, banjir ja...

B: Nasib baik aku ada internet kat rumah. Dapat jugak goreng sikit-sikit.

A: Untungla ang~


Situasi Dua

Di perhentian bas yang tak berapa nak ramai orang.

A: Eh, kau ada tengok berita tak?

B: Berita apa?

A: Yang kemalangan kat highway tu~

B: O...kemalangan melibatkan bas tu ye?

A: Ha, yang tu la...dahsyat betul kan kemalangan tu? Ramai jugak yang meninggal...seram aku nak naik bas lepas ni...

B: Dahsyat tak dahsyat. Sampai semua nak sebar kat Facebook, tak kesian kot dengan keluarga arwah.

A: Hurm, aku semalam pun balik time-time gitu gak. Nasib baik aku tak naik bas tu. Kalau tak, kau mesti nampak aku sekali dalam Facebook tu.

B: Ish, tak baik cakap gitu la~ Kalau...kalau...tu bisikan syaitan tu.


Situasi Tiga

Di talian yang berpenghujung di kedua-dua belah dengan sokongan padu dari TM.

A: Kau balik tak ni?

B: Tak..tak cuti la...

A: Tak cuti langsung ke? Biar betul?

B: Betul la! Kilang aku tu bos dia tak sambut raya!

A: Yeke? Kesiannya...nasib baik aku kerja dengan bapak aku. Takpe la, rezeki masing-masing...Selamat Hari Raya Haji ye...

***

Ana: Kenapa orang selalu sebut "nasib baik", tetapi terlupa "Alhamdulillah.."?


Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com