Adohhh...memang statement paling bahaya pernah saya dapat sepanjang berblog! Hahaha! Entah nape la Ir buat statement gitu...Tak percaya? Saya tak buat cite, hokay~ Cuba tengok ni...


Komen dia kat entry Saya Suka Dia...ops, suka orang lain ya, bukan Enchek Ben...kan saya dah kata Saya Tak Minat Enchek Ben dulu? :D Adoiyai...sungguh tak paham! Kenapa? Kenapa Ir? Sila jawab cepat! :p

Sungguh tak layak diri ni nak dikatakan macam tu...apatah lagi dikatakan terkenal. Siapa yang kenal? Takde sape pon... Huhu... Saya ni melukut di tepi gantang je, sangat jauh dari istilah terkenal yang kamu perkatakan tu...ramai lagi blogger lain yang lebih terkenal kat luar nun...

Saya masih baru lagi nak bertatih...masih jauh lagi perjalanan ni...masih banyak lagi entry yang nak dipublish tapi tak menyempat-nyempat. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki...semuanya sangat banyak...T_T

Nak terkenal? Pernah dengar seorang senior ni cakap, biarlah kita tak dikenali oleh penghuni bumi, tetapi dikenali oleh penghuni langit... You got it, my deorrr? Erm, tapi dia ada cakap jugak, kalau tak dikenali oleh penghuni bumi, susah jugak... Actually, ayat terbaik adalah "lebih baik dikenali oleh penghuni langit daripada dikenali oleh penghuni bumi..." Bila kita guna "lebih baik", maka kedua-dua penghuni ni penting untuk kenal kita kan? Dan kita kena pilih, mana yang lebih baik untuk kita... Kalau tak dapat, PM me, ok? ;)


Tambah sikit...err, Kak Azila...abaikan jek Ir tu..:p

Admin: Resepi yang semalam-semalam pun tak masukkan lagi...err, nak pindahkan semua resepi ke blog Kek Lapis Sarawak boleh? Lepas tu nak tukar terus blog tu jadi blog masak-masak macam blog Che DTS, boleh? Hoh!


ENTRI CAMBEST SAPA KALI NI? JOM TERJAH!