Terdetik nak buat entri ni lepas baca entri Shahazrin.com kat Entri Cambest kat bawah nun...

Kamu-kamu semua mesti ada ramai kawan kan? Kalau tak ramai pun, mesti ade jugak seorang dua kawan yang selalu ade di sisi. Kawan tak kira dalam susah atau senang, ni kawan sejati yang susah nak dicari.

Ape yang kamu cari dalam berkawan? Adakah kerana dia seorang yang baik hati dan peramah, maka kamu nak berkawan dengan dia? Atau kerana dia seorang yang berilmu dan menyampaikan? Atau kerana dia kaya, kamu nak kawan dengan dia? Atau kerana dia anak Yang Berhormat? Atau adakah kerana dia popular, cantik, macho dan emsem??? Erk! Banyak benar sebab berkawan kan???

Kita berkawan biar jujur dan ikhlas. Tak perlu buat diri nampak lebih baik dari orang lain, jadikan diri nampak sangat hebat, bagi semua orang kagum dengan kita. Last-last apa yang kita buat-buat nampak hebat tu rupa-rupanya hanya palsu. Kepercayaan yang dibina sekian lama akan hancusss dengan sekelip mata. Siapa susah? Orang yang buat-buat nampak hebat tu la susah...terus orang da tak percaya kat dia. Ha...nak macam tu? Jangan kata benda ni kolot dan hanya ada di zaman P. Ramlee, ade je lagi yang macam ni tau!


Kita tak kisah orang tu macam mana...kawan je dengan semua orang... Tak perlu berlakon dan berpura-pura, nanti menyesal di kemudian hari. Dalam bersahabat, keikhlasan, kejujuran, dan kepercayaan...itu tunggak utama, okie?


ENTRI CAMBEST SHAHAZRIN.COM