Jeda Hati...


Kadang-kadang jemari terhenti
Kerap kali isi hati berjeda
Hampir selalu minda fikir membisu
Entah kenapa lidah tidak bersuara...

Mungkinkah kerana tiada kemanisan
Atau kerana tiada keikhlasan
Mungkin juga kerana kurang memberi
Lantas sukar untuk menerima...

Kepada angin hati membisikkan
Sampaikan kepada Dia segala luahan
Biar tasik ilham terus berkocak
Agar segala isinya terus berpencak...


Jeda Hati... Jeda Hati... Reviewed by Sunah Sakura on March 03, 2011 Rating: 5

2 comments:

  1. salam sunah,

    rehatkan minda, tenangkan diri buat seketika, pasti ilham kan menderu datang..:)

    ReplyDelete
  2. @Fiqas

    wa'alaikumussalam fiqas...

    thanks dear, pandainye dia mentafsir...:)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.