Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki GAY Malaysia Masih Berkeliaran!


KOSMO kata:
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki gay menunjukkan kehebatannya apabila dia yang mempunyai rupa paras kacak dan pandai berkata-kata mampu memikat 100 lelaki untuk dijadikan teman seks sebelum mencuri barang-barang berharga mangsanya.

Sasaran suspek yang masih bebas itu melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun hingga 20-an. Mangsa-mangsa dipikat melalui rangkaian laman sosial Facebook dan sebahagiannya menerusi panggilan telefon.

Semalam, tembelang lelaki berusia 20-an yang menggunakan pelbagai nama samaran seperti Kevin, Alvin, Alex dan Elvis itu terbongkar apabila empat mangsa tampil membuat aduan di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA, Wisma MCA sini semalam.

Mengikut maklumat dari Facebook, suspek sehingga kini dipercayai telah berjaya memperdaya seramai 193 mangsa dengan mencuri barang berharga mereka manakala 100 daripada mangsa itu pula mengaku mengadakan hubungan seks dengan suspek itu.

Mangsa-mangsa yang melakukan hubungan seks dengan suspek dikhuatiri dijangkiti HIV (Immunodeficiency virus) ekoran pengakuan suspek dia mempunyai HIV.

Seorang mangsa dari Cheras yang mahu dikenali sebagai Tai, 17, mendakwa, dia mengenali suspek yang menggunakan nama Kevin pada bulan Oktober 2010 melalui sebuah majalah mencari kenalan.

Ulasan Jeneral SSS dot com:
  1. Lepas ni jangan mudah percaya dengan lelaki kacak dan hemsem terutamanya RESAKSE BERJANGGUT.
  2. Lepas ni hati-hati dengan lelaki yang pandai berkata-kata...better cari yang tak pandai bercakap atau tergagap-gagap.
  3. Lepas ni semua diminta tutup Facebook, tukar kepada Blogger.com je...telefon? Buang.
  4. Okie...semua di atas tipu saje~

Dahsyatnye sekarang ni, ingatkan "mereka" tu saje yang nyah dan gay...dan hanya dalam blog...ops! Ni siap masuk paper lagi ni. Sebelum ni dah pernah buat entry tentang pengkid kat sini. Ni nak tepek benda sama...


Nak penjelasan lanjut tentang ayat, sila ke SINI.

Kamu-kamu wahai lelaki di luar sana, err...tahu-tahulah kan apa yang perlu kamu buat. Hati-hati ek, kang terjebak sekali baru tau! HIV tu~~~ Nak sengsara seumur hidup? Silakan... Yang gadis-gadis pun sama...pssst, tengok-tengokkan bf kamu tu...hahaha~ guro saje!

P/S: Sekarang da tak main kenal-kenal melalui majalah...


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!

Post a Comment

34 Comments

  1. blogger gay pun dah ramai dah.. takut tengok...

    ReplyDelete
  2. manusia akhir zamn...perlukan kasih sayang tu

    ReplyDelete
  3. isyy...ade jugak lelaki cmni...
    antara tanda2 akhir zaman...nauzubillah...

    ReplyDelete
  4. Itulah kak sunah..sekarang ni, dah makin ramai Gay, lelaki lembut semua nie.....nauzubillah....

    ReplyDelete
  5. OhmyGOSH!!!! gggrrrrrrrrrrrr kenapa kenapa.. saya seorang yang berjalan diatas jalan yg lurus.. KEJAM!!!!!!!! lepas niE kalau ada orang COP sy gay mmg blog niE akan jadi mangsa.. di tuju kat kita jer haiyarrrkkkkkkkk!!

    ReplyDelete
  6. alamak, saya da lah peramah, mesra dan suka berkawan..
    camne neh..??
    nak jadi pendiam lah lepas neh~~..
    keh keh keh..

    ReplyDelete
  7. OMG..kanapa la ramai yang terpedaya..sungguh bodoh di situ. huuu..haishh.dunia dunia..

    ReplyDelete
  8. eeeuuuwwww..
    geli ahhh

    waaaa sunah jahat oh tag kitorang gay.sobsob

    ReplyDelete
  9. oh...dunia kini makin pelik ada jgk org cmtu huhu tobat2 la haish mcm2 lak skrg adess la

    ReplyDelete
  10. hahahaahahahahaa.......

    bagus kak sunah.... anda berada di zon selamat

    ReplyDelete
  11. takut...yg lelaki sibuk nak jd gay..pompuan konon frust ,nak jd lesbian.giler mereka semua ni

    ReplyDelete
  12. teruk bebeno budak2 zaman sekarang ni. nasib baik pakcik lahir tahun 60an. emmm

    ReplyDelete
  13. @AdyBudika

    betul..mereka kurang perhatian dan kasih sayang...tapi didikan agaman dan moral dari awal pun kurang juga..

    ReplyDelete
  14. @FasiHaH SupiaN

    sama-sama kita doakan agar Allah menjauhkan kita dari semua ni..

    ReplyDelete
  15. @KyêrulL

    hahahaha! ni review blog spesel punye...:p

    ReplyDelete
  16. @incik mumu

    erk...takutnye dengan incik mumu...kui kui kui~

    ReplyDelete
  17. @ιѕмaιl pυтra aιdιl adнa

    eiks, akak tak kata~ akak tag cakap berhati2...sape terasa ni? hahaha~

    ReplyDelete
  18. @efa

    huhu...tu la...risau dengan dunia..

    ReplyDelete
  19. @Lydia Miza(Aidyl Azim)

    naudzubillah kak..moga dijauhkan dari semua tu...ameen..

    ReplyDelete
  20. nasib baiklah aku suka kat awek-awek jer yang lelaki tak minat

    ReplyDelete
  21. kau nak tau NAZ seorang blogger tunggal yg pandai coverline...


    gay jugak ramai di kalangan blogger2 lain..kyerul sudah pasti gay


    gua tak gay..normal ma..tak caya meh sini girl sorg..kasi kiss..hahahaha

    ReplyDelete
  22. aaakkk!!!! takotnye dgn gay!!!.... =.=
    <----slalu kne ngorat..
    <----ayat bajet hot, sile hempok dgn claypot

    ReplyDelete
  23. as salam..

    waa..takutnya.teringat kat insiden dalam train keretapi. lelaki raba.pastu saya tumbuk dia kerana geram tak terkawal

    x_x"

    terima kasih.sebab kongsi maklumat ni.saya jarang baca surat khabar bila sibuk. sekurang-kurangnya ada juga dijadikan isu untuk dibaca dan diambil perhatian dalam blog

    =)

    ReplyDelete
  24. @Ujang9897

    hoh! yeke? hahaha~ takleh2! leh kasi kak yana je lepas nikah nanti!

    ReplyDelete
  25. @Along Usop

    hahaha~ tomok mesti nak buat seloka jugak! ;p

    ReplyDelete
  26. erkk gay buat dah dahsyat eh skang? ingatkan diaorg just cari pasangan jek rupenye dah advance dah..ish3

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com