dandelion by ~SimonKonrad on deviantART

"I can fly
I'm proud that I can fly
To give the best of mine
Till the end of the time
Believe me I can fly
I'm proud that I can fly
To give the best of mine
The heaven in the sky"

Impian.

Semua orang ada sekurang-kurangnya satu kan? Impian yang besar dan jauh. Susah nak capai kalau tak kuat azamnya. Tak mudah nak realisasikan kalau tak bersungguh-sungguh untuk mencapai impian tu.

Kadang-kadang kita rasa tak mampu. Rasa mustahil nak sampai ke hujung. Terlalu banyak benda yang menyebabkan kita rasa lemah. Kadang-kadang ujian Allah datang menyinggah di tengah-tengah perjalanan. Kita rasa jatuh terduduk. Kurang yakin dengan kekuatan diri. Terus berhenti langkah kaki. Impian terkubur di pertengahan jalan.

Wahai jiwa-jiwa yang mengejar impian dan cita-cita, percayalah setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Jika tiba-tiba Allah menguji kamu dalam usaha mengejar impian itu, jangan sekali-kali kamu berputus asa. Dengan ujian itu, Allah mahu melihat sejauh mana kamu meletakkan tawakkal kamu kepadaNya dalam usaha kamu. Dia mahu melihat, dalam pendakian kamu, adakah kamu masih ingat pada Dia, yang Maha Berkuasa menentukan kejayaan dan kegagalan?

Jika kamu masih ingat akan Dia, kamu tidak akan rasa lemah apabila tiba-tiba terjatuh setelah mendaki begitu tinggi. Tetapi kamu akan menjadi antara hambaNya yang redha akan ketentuan Pencipta, keyakinan kamu tak akan goyah, bahawa kelak akan ada jalan keluar dari semua kesusahan yang kamu alami. Tidak sesekali kamu berasa kecewa dan marah dengan takdir yang ditentukan untuk kamu.

Percayalah, kamu boleh terbang tinggi... Dengan syarat, kamu tidak lupa pada Dia!