Ticker

6/recent/ticker-posts

Anak Saya Ada PhD, Wang Hantaran Kena Berjuta-juta!

Gubahan wang hantaran ~gambar dari SINI

Kak Melah: Eh, Limah! Ko tau tak, anak si Munah tu yang baru je dapat diploma tu da nak kawen!

Kak Limah: Eh, ye ke? Kelasss Munah! Cepat aje anak dia kawen ye~~~ Berapa hantaran tu?

Kak Melah: Aku dengar ade la dalam RM 12 000.

Kak Limah: Mak aiiiiii...da macam taraf budak belajar degree pulak dah!

Kak Melah: Ape pulak! Anak Kak Jemah tu yang degree RM 20 000! Belum dengar lagi anak Hendon, yang da ade master tu...

Kak Limah: Berapaaaaaaaaaaaaaaaa???

Kak Melah: RM 28 000, nkoo!!!

Kak Limah: Mak aiiiiii...ni anak aku karang, habis PhD, aku nak letak RM 40 000 lah!

Kak Melah: Erk!

*****

Borak dengan Fasihah sekejap kat YM pagi tadi, keluar isu ni. Realiti masyarakat sekarang. Semakin tinggi taraf pembelajaran anak perempuan, semakin tinggi la nilai wang hantaran yang nak diletakkan. Tak nampak dah betapa keadaan tu bakal merumitkan urusan pernikahan anak-anak, malah bakal menyediakan tag nama "penghutang keliling pinggang" buat bakal suami anak.

Ape yang bestnya letak wang hantaran tinggi-tinggi kalau nanti lepas kawen rumahtangga anak-anak jadi terumbang-ambing. Sibuk mencari duit untuk bayar balik semua pinjaman sebab masa nak nikah dulu da pinjam duit merata tempat buat jadi wang hantaran bakal isteri.

Wang hantaran yang merupakan adat perkahwinan masyarakat Melayu zaman kini hanyalah sebagai pelengkap adat-adat perkahwinan.


Mungkin tak tahu bahawa wang hantaran bukanlah perkara wajib dalam urusan pernikahan, bahkan hanya sekadar adat turun-temurun. Yang wajib hanyalah mas kahwin mengikut negeri. Tapi kerana trend semasa, masyarakat jadi terikut-ikut nak letak nilai wang hantaran ikut status pengajian anak-anak.

Dan mungkin saja terlupa akan hadith Rasulullah s.a.w...

Sesungguhnya di antara kebaikan seorang wanita ialah mudah lamarannya, mudah mas kahwinnya dan mudah rahimnya (yakni mudah melahirkan anak). [Musnad Ahmad, no: 24478 dengan sanad hasan]


Sedangkan mas kahwin pun yang paling mudah tu lah yang paling baik, apatah lagi kalo wang hantaran yang memang takde pun dalam pernikahan Islam, biarlah ikut kemampuan si lelaki tu. Takut-takut nanti kalau terlalu membebankan dari segi wang hantaran, anak gadis bertukar jadi anak dara tua oleh kerana takde lelaki masuk meminang.

Fiu fiu fiu~~~

Post a Comment

60 Comments

  1. betul2.. dah macam nak jual anak la plak

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Rasanya ramai la pompuan yg ada cita2 tinggi nak sambung master/PhD tak kawen...pihak lelaki kena pikir 1000x kali nak keluarkan puluh ribu tu. hehe

    ReplyDelete
  3. hmmm...btul camtu la skang nie kn.apa guna hantaran puluhan ribu kalau bakal suami tu terpaksa berhutang. bla dh kwin masalah lain mcm2 timbul.kt sni cmtu lah, nk kawin pastu wat loan.hntaran smpai 30k.takut tgk surat permohonan kawin

    ReplyDelete
  4. sunah, nadia ambil tindakan tak mahu sambung master sebelum menikah sebab tahu ibu ayah akan letak harga tinggi kalau nadia dah ada master. sedih bila fikir isu macam ni.. T____T

    ReplyDelete
  5. Sunah,
    Memang setuju dengan entri ni. Mungkin mentaliti masyarakat makin tinggi tahap pelajaran, makin tinggi nilai wang hantaran. Yang pasti kehidupan selepas kahwin paling utama. Memanglah keluarga belah perempuan boleh keluarkan statement "kalau betul lelaki tu nakkan perempuan tu, dia mesti usaha walau apa cara sekalipun"...tapi siapa nak menanggungnya nanti.

    Wah! Bagi komen macam nak sambung entri ni pulak. Ekekek~

    ReplyDelete
  6. erm, zaman sekarang sume nampak duit... sape hantaran paling tinggi, org tu lah yang dibangga2 kan..... pehtu lepas kahwin berhutang keliling pinggang x der sape pon nak tolong... huhu

    ReplyDelete
  7. betol2
    baiklah buar serba serbi simple asal, sebab kehidupan selepas nikah tu yang lebih kene dititikberatkan

    yang mampu takpelah jugak, yang tak mampu? takkan nak paksa...aihh..

    ReplyDelete
  8. setujuuu,..anak2 kak melah jemah pe seme tu,janganla tinggi sangat,.macam juai anak plak,.sian la kat kaum Adam,.kite nikah bukan untuk berbangga, bermegah, tapi untuk menuju kebahagiaan,.sengsara laki tu kalo tinggi nau bayonye,.huhu,.

    comel sunah buat fiuu fiuu~ kihkih,.

    ReplyDelete
  9. sebab itulah ramai yg ada phD atau master jd andartu.. even degree pun ramai tak kawen2... no offence

    seelok2nya lepas SPM kawen dulu.. terus sambung amik diploma degree master phD.. hebat kalau dpt begitu kannnnnn...

    kita minum tea dulu!

    mahar yg terendah itu mulia... hantaran itu berjuta2... dush!

    ReplyDelete
  10. kesian yg lelaki.. hurmm, kn kawen dl br sambung master la nmpknya..

    ReplyDelete
  11. dah jadi trend sekarang nie...
    lepas kawen hutang keliling pinggang...

    ReplyDelete
  12. pemikiran sekarang mmg mcam ni...sesungguhnya dalam ISLAM..tiada istilah menyusahkan..
    kenapa nak menyusahkan sesebuah perkahwinan...tengok la dulu kpd kemampuan pihak lelaki...


    jemput singgah blog saye

    ReplyDelete
  13. inilah penyebab terjadinya anak luar nikah...

    ReplyDelete
  14. mohon copy... :D

    nice untuk sharing...

    ReplyDelete
  15. kalau parent nak gak letak tinggi, si pomp tlg jela bakal husbnd tokok tambah duit hantaran tu.haha

    ReplyDelete
  16. yg komen sume dah faham...
    tp syg bila nak kawen ad jugak benda mcm ni...
    xde pon nak amalkan...
    kalo dah paham,amal2kn...
    baru berguna ilmu ;)
    kita kebanyakan hanya sekadar berteori,berfalsafah...

    tp penah bace entry ust.hasrizal jamil.
    dia kate kalo dah pihak prempuan letak rm 10k,20k or 30k skalipon,yg lelaki xpyh nak berhujah mahar yg plg rendah itulh yg paling terbaik,tp kene usaha utk capai ape yg dah ditetapkn.baru macho bro ho3...

    =) senyum xperlu kata apa2...

    ReplyDelete
  17. @Khairul

    aha...betul tu...kadang2 anak-anak da faham, tapi ibu bapa dan mak apak sedara yang tak faham...jadi anak-anak la yang menanggung kerumitan tu untuk gitau ibu bapa masing2...

    eh eh.. senyum aje tak perlu kata apa2... :)

    ReplyDelete
  18. urmmm..urmmm... nak kena ingatkan mak n abah ni.. =D
    Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  19. ohooo..nuru xpenah terpikir nk pasal hantaran ni..sbb bg nuru tu sume just sementara,..nty duit tu akan abes jugak kann..better amount yg sikit asalkan tak hutang n idup bahagia eheh

    ReplyDelete
  20. trend..... menyampah. tak nak kawen klu mcm ni. Eh! heheh

    ReplyDelete
  21. ngape tetibe kes kawen lak ni

    antara fasihah ngn sunah hahaha

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum sunah...susahkn jadi mcm ni belajar tinggi2 dah jadi lagu ni kalau x belajar pun susah gak....

    oleh itu pd sesiapa yg dah cukup syarat tu cpt2kn kawen yer kalau dah terlebih belajar nanti takut org nak masuk meminang....

    takut duit hantarannya ikut taraf tinggi belajarnya plak.....

    ReplyDelete
  23. Nak tanya sikit. Yang ada PhD tu, letak hantaran tinggi - tinggi tu.. kononnya sebab dia belajar tinggi...pandai ke masak macam2 jenis makanan nanti utk isi perut suami dan anak2..dah sah ke dia reti jaga kebajikan suami dan anak2? Bersih berkilat ke rumah tangga tu dengan tangan dia sendiri tanpa guna orang gaji? Cukup ke budi bahasanya nanti?

    ReplyDelete
  24. hehehe.. ni tuan blog ni dah nak kahwin ke? huhuhu..

    tulah jangan lah letak tinggi2.. memang macam nak jual anak je gayanya.. serabut si lelaki tu nak cari duit..

    ReplyDelete
  25. @Sunah Sakura

    Sebab tu antara TANGGUNGJAWAB ANAK PEREMPUAN adalah mendoktrin fikrah ibu bapanya lama sebelum dia menjejakkan kaki ke alam perkahwinan.

    Semoga kita mendapat perkahwinan yang diberkati, ameen.

    ReplyDelete
  26. hahahaha berjuta terus ke ngah? tu sultan je yg leh pinang tu.hahaha

    ReplyDelete
  27. sebelum kawen, kena ready semua aspek, kan..? :-)

    ReplyDelete
  28. erkk..mlampau la sgt kn na ltak tnggi..bt ala kadar saja ckup la..

    ReplyDelete
  29. haha...nak tnya mcm iffah jugak...ape kes ni cite pasal kawin? hehe

    ReplyDelete
  30. yang sekolah tak tinggi pun nak hantaran 16 ribu..apa cerita..ni kat tempat akak ada kes gitu..
    kelakar je..
    hahahah

    ReplyDelete
  31. sekarang ni sumer orang pandang harta...

    ReplyDelete
  32. Hantaran kena mintak balik huhuuu..

    ReplyDelete
  33. akak dalam fasa ini(perbincangan wang hantaran) skrg dan masih xde kata putus...
    akak sndr takut nak cakap berapa
    terpulang pada dia nak bagi berapa :)

    ReplyDelete
  34. Buat pening kepala bila majlis dah selesai jer nak buat hape kan sis..

    Kalau belajar tinggi, tak reti nak buat kerja rumah,tak reti nak masak,tak reti nak uruskan suami buat rugi duit jer pulak kan letak hantaran tinggi tinggi menggunung.. Hikhik :P

    ReplyDelete
  35. awek ak taraf sijil je,haha murah haha janji pandai kebhgian rumahtanga haha, by gaban

    ReplyDelete
  36. mahalnye.. sye x jadi beli la ank mkcik..hee


    mhal betul ye , mcm proses pembelian pulak... klah artis.. hhu

    ReplyDelete
  37. aiseh,, x kawen la along kalu gini T___T

    ReplyDelete
  38. tu la kan, parent kita sendiri pon nak suruh kita bagi hantaran mahal =,=

    ReplyDelete
  39. amboi demandnya,last sekali x laku baru taw.

    ReplyDelete
  40. bagi kitorang..
    wang hantaran adalah mas kahwin..
    ehmm..
    berapa ek agak2 bakal suami nak bagi.
    hahaha.. gatai tetibe..

    ReplyDelete
  41. alamak, nak kena kumpul duit dari sekarang lah ye..huhu

    ReplyDelete
  42. nasib la sampai ke phD ja, kalau ada lagi, mau sampai juta2 bilion trilion kot. ahahahahaha

    p/s cam janji ja bos. sllu mesti entry kita dekat sama kan? weee~~

    ReplyDelete
  43. dah macam nk beli keter plak ye hehehehe...biar murah tapi keberkatan perkahwinan itu yg lebih penting...

    ReplyDelete
  44. mahal sgt.sbb tu ramai lelaki lmbt kawen konon nk kumpul duit dulu.mana mampu nak byr mahal2.last2 tak jadi kawen.plg malang bercinta lama2 termengandung lak pulak..

    ReplyDelete
  45. setuju...dah lama nak tulis entri ni...tapi skrg terlalu sibuk n tak nak kmenulis semborono je...t tak best baca...hehehe..

    ReplyDelete
  46. Huhu biarlah berpada..jgn smpi menyusahkan pihak lelaki..ada org nak beristerikan anak kita pun dah syukurkan..yg penting si anak dapat suami yg soleh..

    ReplyDelete
  47. kak,alamat tak kawinlah sy ni...

    **nak kawin gak..heheee

    ReplyDelete
  48. Assalam Kak Sunah.

    Hehe! camni lah orang kita.

    Macam dalam blog Solihin Zubir, hebahkan majlis kahwin tu yang utama. Tapi sekarang baru tunang dah sebok2. belum tentu lagi kahwin.

    Dan, satu masalah dalam masyarakat kita, tak habis habis nak mengata.

    Camne tu? Majlis kahwin tu cukuplah dengan memberi makan. kalau bagi karipap pun, dah kira menghidangkan kepada tetamu kan. tak payah guna bajet beribu2.

    tapi masalah kita, tak habis2 nak mengata.

    "Tu si Ali punya kahwen, ada ka patot dia bagi kita karipap je sebagai hidangan.?"

    "eh, tengok majlis kahwin diorang, punye lah tak best!"

    tu pasal orang sekarang nak cari yang mahal2 even bersederhana tu amat dituntun. ni mesti terpengaruh dengan majlis kahwin artis2 kan.

    "Bersanding sekali je..."

    Ye lah. memang sekali, tapi ingat, cukuplah setakat yang termampu! takkan nak bagi di luar kemampuan. kempunan diri sendiri.

    nanti terpaksa berhutang sana sini, memang tak best lah kahwen camtu.

    btw, Kak Sunah, boleh tak p cek kat entri saya Hadis Palsu Popular pasal Hadis palsu popular #5 tu. ada sorang nama dia Fareed Sairi tu tanya. saya tak berani nak jawab!

    dan saya update entri. pasal centa juga. hadoih!

    Wassalam! :D

    ReplyDelete
  49. nilai wang hantaran kenalah memadai.Janganlah letak mahal2.kelak membawa masalah kepada si anak..


    Nak minta anda komen entri ini
    http://genkcorner.blogspot.com/2011/11/wordless-wednesday-korang-pasti-sakit.html

    ReplyDelete
  50. pergh !!! 40k .... mati la..xkawen2 gamoknye

    ReplyDelete
  51. orang sekarang suka menunjuk2, kalau boleh nak perkahwinan dia yang paling termahal sekali..

    ReplyDelete
  52. betul tu kak sunah sekarang nie..nak kawen sampai berpuluh ribu..bukan kah ini satu beban pada keluarga lelaki? dalam islam tak ada pon menyuruh kita membebankn pihak lelaki tersebut.

    ReplyDelete
  53. Peluang untuk Ah long buat bisnes!

    Kalau ada PhD tapi tak reti masak khabarnya kena bagi diskaun 50%? I rasa patut kasi diskaun 75%. :-p


    Terbaru dari Logokoko:

    [11SX] Tidak kuat isap

    [10PG] Cara memicit jerawat tak bertauliah

    [13SX] Dilarang mengintai di tandas ini!

    ReplyDelete
  54. dh hntaran tggi2..lpas kwin bru nmpk prangai mcm hantu.huh xberbal0i!

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum sunah...betul tu kalau nak ikut mcm tu mmg x kawin la anak dara skg ni...ramailah.anak dara yg akan jd andartu kn...agak2lah setiap hantaran utk.anak kita...semua tu utk kesenangan anak kita juga dimasa hadapan tanpa hutang yg melampau...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com