Ticker

6/recent/ticker-posts

Pernah Terfikir Nak Letak Lagu Dalam Blog...

Blossoms by *ohsoexclusive on deviantART

Beberapa hari lepas...bukan! Semalam.

Semalam, dalam program bersama sahabat-sahabat, saya tersentuh dengan alunan lagu yang dikongsikan oleh penceramah. Rasa tenang hati bila sama-sama mengalunkan lagu tersebut. Terus terdetik dalam hati nak berkongsi lagu tu sekali dengan sahabat-sahabat pembaca blog ni. Nak sangat pembaca-pembaca yang datang ke blog ni, bila dengar lagu tu turut sama-sama rasa ketenangan dalam hati. Saya percaya, bila lagu dimainkan, secara automatik para pembaca akan turut sama mengalunkannya. Subhanallah.

Namun saya terhenti.

Blog yang ada lagu, mesti orang tak suka. Terus tekan button pangkah. Ramai yang bising sebab blog-blog yang baru naik, mesti ada lagu. Lagu pulak jenis "terkejut oh mak aiiiii" sampai gugur jantung. Tu alhamdulillah takde sakit jantung, cuma lemah semangat aje. Menyesal terlupa nak mutekan volume. Kalau ada pasang lagu lain kat laptop, bertindih-tindih pulak lagunya. Sebab tu menchikkkkk betul blog ada lagu-lagu nehhh!

Erkkk!

Selalu macam tu la kan? Jangan tipu lah. Ramai je yang tak suka blog ada lagu latar belakang. Siap buat entri bagai kan? Saya pun tak terkecuali. Boleh aje belek entri-entri lama kalo nak tengok bukti.

Tapi, ada sesetengah blog berlagu yang menggagalkan rasa marah dalam hati daripada meluap-luap. Blog berlagu macam mana tu? Cer bukak blog yang pasang lagu-lagu keTuhanan, lagu-lagu yang ada sentimental value, muzik instrumental yang sayu, insya'Allah rasa tenang hati kan? Kalau kita yang sebelum ni rasa geram ngan marah-marah pun tetiba rasa sejuk je hati bila dengar lagu-lagu macam ni.

Alhamdulillah.

Sebenarnya semua orang boleh memilih...yang punya blog dan yang baca blog...


P/S: Masih lagi berfikir-fikir nak letak lagu tu ke tak.

Post a Comment

15 Comments

  1. letak youtube kt sebelah lgu tu ok gak kn?

    ReplyDelete
  2. **mksudnye ltk lgu tu dlm bntuk youtube,

    ReplyDelete
  3. lagu yang menenangkan memang blh dimaafkan..
    tapi jujurnya, kalau lagu bising memekak memang pangkah je.errr

    ReplyDelete
  4. boleh je nak letak lagu tapi letakkan supaya pembaca boleh play and stop kan sendiri...

    ReplyDelete
  5. betul3..letak dlm btk youtube.. lagu yg cik sunah nk letak tu ada kan kt youtube ;)

    ReplyDelete
  6. betul betul tu...kalau lagu yang boleh merentap jantung...baiklah buang jer..kite pon tak berapa suka..tapi bila masuk ada lagu yg boleh membuaikan...menginsafkan diri..suka juga

    ReplyDelete
  7. setuju kalau letak lagu yg berunsurkan keTuhanan..yg boleh menenangkan hati... :)

    ReplyDelete
  8. kdg lagu taste kite tp bukan taste pengunjung tu..sbb tu sy pun dh xnak letak lgu..huhu

    ReplyDelete
  9. lagu sentimental yang tak ada suara melalak lalak masih boleh diterima

    ReplyDelete
  10. lagu apa sunah....kongsi2 kan la....

    ReplyDelete
  11. Buat cm kak faien

    letak lagu ley pause n play

    ReplyDelete
  12. minta izin nak share maklumat ye. terima kasih.
    singgah2 la saya..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com