Ticker

6/recent/ticker-posts

Biarpun Kita Pejuang...


Tidak bermakna kita tidak punya masa untuk kehidupan.

Ya, menjadi pejuang Islam dan pendakwah itu memerlukan banyak masa di luar daripada di rumah sendiri. Banyak tenaga digunakan untuk gerak kerja dakwah kepada masyarakat. Kesibukan itu mungkin saja hampir menyamai kesibukan Perdana Menteri, siapa tahu? Hinggakan masa tidur dan masa bekerja tertukar tanpa disedari.

Kerana pejuang Islam itu tidak mengenal erti lelah dan penat. Apa yang dirisaukan adalah matlamat akhir dakwah itu berbanding kesusahan yang dihadapi sekarang ini. Kerana lelah dan penat itu tidaklah terbandingkan dengan lelah dan penat Rasulullah s.a.w serta para sahabat pada zaman kegemilangan Islam dahulu.

Malah As-Syahid Imam Hassan al-Banna pernah berkata kepada para pejuang Islam, tanggungjawab yang ada itu melebih masa yang ada. 24 jam sehari seolah-olah tidak cukup untuk menyelesaikan segala amanah dan tanggungjawab di pundak bahu seorang pendakwah. Kerana pendakwah itu juga manusia biasa. Yang punya amanah lain juga selain berdakwah, sebagai seorang anak, isteri, suami, ibu, bapa, dan pelajar mungkin.

Menyedari hakikat itu, seorang pejuang sepatutnya bijak menyusun masa sendiri. Kerana tahu akan kesibukan diri di luar, sepatutnya amanah lain itu juga terjaga dengan baik. Bukan hanya hebat di luar tetapi amanah lain terabai. Bukan hanya hebat dalam gerak kerja dakwah, tetapi hancur dalam gerak kerja rumahtangga. Bukan hanya hebat dalam merancang sentuhan hati, tetapi pinggan mangkuk seminggu terkumpul di sinki. Kononnya mantap berkata-kata dan berotak geliga, tetapi rumah sendiri bagaikan tongkang pecah!

Tidak sama sekali!

Pejuang Islam yang hebat itu hendaknya cemerlang dalam kedua-duanya. Kalau mampu buat kedua-duanya dengan baik, alhamdulillah...


P/S: Sekadar coretan peringatan untuk diri sendiri juga.

Post a Comment

10 Comments

  1. betul tue kak.. peringatan untuk kita semua.. thanks kak

    ReplyDelete
  2. nak jadi penjuang yang berjuang untuk suami dan anak2..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah :)
    x taw nak ckp ape kak sunah
    speechless je bace
    hehehe

    cm brsemangat p keje ari2 pon ade
    walau kene solat kat setor
    heeeee....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum sunah...wah mcm bersemangat semula meneruskan perjuangan hidup...:)

    ReplyDelete
  5. pendakwah kena la tunjuk contoh terbaik kan

    ReplyDelete
  6. bagus entry ini...saling mengingatkan..

    ReplyDelete
  7. yaa...bahkan setiap kita ada peranannya..cuma mungkin pendekatan terhadap masyarakat yang berbeza,tetapi tujuannya tetap sama...

    ReplyDelete
  8. sama sama lah kita ingat mengingati... menulis entry di blog juga boleh konsider dakwah gak kan?

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com