Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya Akui, Saya Takut Hujan Lebat

Sempat keluarkan kamera masa lampu merah kat simpang Taman Sri Pulai

Ya, saya akui itu.

Memang saya sangat takut kalau kena memandu dalam keadaan hujan lebat. Pengalaman sepanjang dah ada lesen memandu, keadaan cuaca macam ni lah yang buat hati saya selalu berdebar-debar. Bukan lori besar bawak batu, bukan kereta lain yang dipandu laju oleh pemandu tak berhemah, mahupun kereta JPJ yang tersadai di bahu jalan buat road block.

Tapi hujan lebat.

Sebab dalam keadaan macam ni, bila kereta depan atau belakang tak bukak lampu, serius tak jelas jarak kereta saya dengan kereta diorang. Tambah-tambah kalau kereta yang berwarna putih dan hitam. Sebab tu lah kan, disarankan buka lampu semasa hujan lebat. Supaya pemandu lain boleh nampak kenderaan kita.

Eh, nak tau tak satu tips semasa memandu dalam hujan lebat?

Pakai cermin mata hitam.

Haipp! Jangan gelak. Ini betul. Pakai cermin mata hitam semasa memandu dalam hujan lebat boleh bagi kelebihan penglihatan. Serius. Saya pernah cuba lepas dengar tips ni dari IKIM.fm.

Alhamdulillah. Memang banyak membantu.

Post a Comment

13 Comments

  1. samalah Sunah. kita pon takut drive time hujan lebat.. rasa berdebar2 je.. tips pemakaian cermin mata hitam tu akan di cuba.. tenkiu :)

    ReplyDelete
  2. Aah tu betul...
    Bila pakai cermin mata hitam kita nampak line2 putih kat jalanraya tu.....
    Tapi kalau orang yang tak tau mesti ingat kita gila...
    Hehehheh...

    ReplyDelete
  3. lebat nya..kak pun x berapa suka drive waktu ujn

    ReplyDelete
  4. kalau akak tak memandu pun,bila hujan lebat akak jadi takut.siap suruh suami berhenti dulu kat mana2..eheh

    ReplyDelete
  5. huwaaa area sepang skrg tgh hujan lebat..jap g nk balik risau nk drive ms hujan sbb kena slow2...wah info mnrk tu pakai spek hitam...tp x ke pelik klu driver kereta sblh nampak..mesti dia kata sy melaram 24 hrs ngehhh ^^

    ReplyDelete
  6. BUKAN yu je

    smua org cuak jugak

    spek hitam? kene beli la satu

    nk try gak

    ai takut bile kat highway.. itu lg bahaya sbb sume nga laju kannn hurm

    ReplyDelete
  7. kita pun takut sebab kita xpndai memandu lagi haha .. hati2 di jln raya

    ReplyDelete
  8. btol tu kak...pakai cermin mata hitam lagi jelas...bukan waktu hujan je, waktu malam pun okey...

    ReplyDelete
  9. ishh bahay tu bwk dlm hujan. eh kalau org bkn setakt hujan, mlm pn xnampak apa. sobsss.

    ReplyDelete
  10. haaaa.. akak ngan husband mmg selalu pakai spek hitam bila hujan, kalau tak berpinar2 pandangan. Kalau hujan lebat malam pun sama, sebb cahaya lampu dari kenderaan depan kita leh buat migrain, so jalan selamat pakai cermin mata hitam w/pun malam, rupanya mmg ada petua ya...

    ReplyDelete
  11. Salam.

    Lana pernah dengar tips tu kat tv. Katanya, kalau hari terik,kita pakai spek biasa, dan kalau hari gelap, mendung/hujan, guna spek mata gelap. Ada sebabnya, tpi dah tak ingt knapa,hehehe

    ReplyDelete
  12. yeke kak? baru tau. tapi cm mana kalau hujan lebat time malam? blh pkai spek itam jugak ke? kihkihkih :p

    ReplyDelete
  13. haishhh tertinggal perkataan pulak

    *untuk orang yang rabun macam saya nie boleh ke pkai spek itam time malam kihkihkih

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com