Ticker

6/recent/ticker-posts

Api Lawan Api...

Ke pejabat fakulti tengahari tadi.

Bangunan baru memang cantik. Nampak bersih dan kemas lagi. Terima kasih kepada senior MPP fakulti yang proposed bangunan ni dulu. Wahhhh ucapan khas untukmu! Kikiki.

Tujuannya nak jumpa dengan sorang staff pasca siswazah. Nak tanya tentang thesis dan yuran tu lerrr. Kot lah boleh hantar jugak walaupun tak setel lagi bendanya. Kena ikhtiar jugak walau macam mana pun.

Mula-mula memang payah benar nak explain kat dia.

"Erm, saya nak hantar thesis, tapi yuran tak bayar lagi. Saya dah gi SPS, dah buat pengecualian yuran, tapi dalam seminggu dua baru update kat web. Boleh tak saya hantar thesis?"

EH! Macam senang pulak bila dah taip. Tadi kemain susah nak explain kat dia sampai hampir-hampir saja kami bertegang urat.

Ya, saya perasan, suara dia semakin lama semakin tinggi. Dan suara saya tidak kurang tingginya.

Bila saya sedar itu, terus saya cakap dalam hati, sabar Sunah! Api lawan api lain jadinya! Saya tak nak pula kena black list dengan staff yang sangat saya hormati kerana kredibiliti dia ni.

Saya kendurkan sedikit suara. Cuba berlembut dan tunjukkan borang pengecualian yuran kepada dia. Dia ambil, duduk, dan belek something dalam komputer.

"Ok, macam ni. Awak pergi bendahari, minta surat perlepasan yuran. Bagitahu kat diorang, awak nak hantar thesis. Kepilkan dengan thesis awak, boleh hantar pada saya. Biar saya check dulu semuanya bagi lengkap."

"Owhhh! Boleh ye hantar lepas tu?"

"Yup, surat perlepasan yuran tu jaminan dari bendahari pada kami. Bukan surat-surat lain, termasuk surat dari supervisor, memang kami tak terima. Hanya dari bendahari saje, sebab kami tahu proses tu memakan masa, tapi dengan jaminan dari bendahari, kami boleh terima thesis awak."

Subhanallah, macam tu je? Alhamdulillah!

Insya'Allah esok cuba selesaikan benda-benda ni pulak.


P/S I: Staff ni manusia juga, bukan robot. Diorang ada perasaan, tentu dah tension melayan student yang macam-macam karenah termasuk saya ni. Err.

P/S II: Bila anda marah, ketika berdiri, maka duduklah...bila anda marah, ketika duduk, maka berbaringlah...ada hikmah kenapa Allah menetapkan sedemikian.

Post a Comment

7 Comments

  1. betul tu... bila 2-2 dlm keadaan tegang n panas, baik kita la yg beralah...

    ReplyDelete
  2. sabar ye sunah..mmg begitu la kalau kita time tgh membara org pihak sana pun tgh membara baik kita slow cooldown'

    ReplyDelete
  3. hantar thesis kena byr yuran dulu ea? naz dulu anta thesis tak plak, tp msa nak konvo...kena check semua tu dlu bg clear. surat dari bendahari mmg sngt perlu, tu jer yg diterima. huhu

    ReplyDelete
  4. kena ada tolak dan tarik, baru tidak putus.

    ReplyDelete
  5. sebab tu laaa org selau cakap kalo kita marah cuba diam je or just leave the place.. that's all

    ReplyDelete
  6. Bagus tindakan sunah tu.....
    Kan senang nak selesaikan... =D
    Menaip memang mudah pada nak bercakap... Tu memang betul...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com