Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah Kek Karamel dan Jiran Saya

Banyaknya benda nak kongsi kat sini.

Sampai dah tak tercerita dah. Erk!

Cerita terkini, masa tengah cuci-cuci perkakas buat kek karamel promosi 10 hari sempena mengundi jap tadi (ni dah kenapa panjang sangat, saja la tu nak promote!), tiba-tiba aje dikejutkan oleh jiran rumah belakang. Dia selak-selak kain tirai yang buat tutup gerigi besi demi menjaga aurat kami semasa memasak gittewww; dah dah!

Ok, dia selak-selak kain tu, sambil bertanya, "dik, buat kek ye?"

Omaii. Kesiannya jiran saya, meh bukak jap kain tirai tu. Mak cik rumah belakang atau rumah sebelah-sebelah ni mungkin (tengok, nampak sangat tak berapa nak bertegur sapa dengan jiran =.=").

"Ye, mak cik. Saya buat kek." Saya senyum sambil cuci-cuci segala mangkuk dan besen.

"Ooo, kamu yang pakai kereta Viva tu ye. Berapa kamu jual tu?"

"Biasa saya jual RM30, sekarang ni tengah buat promosi 10 hari sampai hari Jumaat ni RM25 je mak cik."

"Haaa, RM25 xxx!!! RM25!!!" Mak cik tu bagitau mak cik lagi sorang. "Dia selalu bau!"

"Owhhh..." terkedu saya sambil-sambil terfikir sesuatu yang lain.

"Nanti boleh lah tempah kat kamu aje ye! Ade Facebook?"

Tu dia mak cik ada facebook jugak ye.

"Saya ada Facebook, tapi cari blog lebih senang. Search Selera Sakura, ye mak cik."

"Selera Sakura. Ok ok!"

Kemudian terdengar dia bercakap-cakap dengan mak cik lagi sorang. Saya pulak melayan perasaan sendiri. Jauh menung, jauh fikir.

Ya, rasa bersalah. Bagi jiran hidu, tak pernah bagi rasa. Bukan tak pernah terlintas di hati nak bersedekah, tapi masa ni belum sempat, bahkan untuk santapan diri sendiri. T_T

Post a Comment

11 Comments

  1. huhu...knp x hulurkn sedikit utk makcik tu...lps ni buat bg la skit

    ReplyDelete
  2. haaa... patut bagi free tu dik.. dah masa dah tu..

    ReplyDelete
  3. ok. orang kat masai ni pon dah terhidu gak.. siap terliuq2 bila tengok Sunah post kat FB.. hehehe.. :)

    ReplyDelete
  4. jap jap akak konpius skit kat part nie

    "Haaa, RM25 xxx!!! RM25!!!" Mak cik tu bagitau mak cik lagi sorang. "Dia selalu bau!"

    -Dia selalu bau- tu maksud nya sunah yang kata dalam hati ke cmne...or mak cik tu kata dengan kawan dia..."DIa rujuk kepada sunah selalu BUAT

    ReplyDelete
  5. wah..promosi bergerak tu,,makin maju la lepas ni..kena ambik pekerja la nampaknye.,.heheh

    ReplyDelete
  6. wah ada ofer..kalau dekat2 mau akak mintak 2 biji,,,mcm terbau keharuman kek

    ReplyDelete
  7. @aDisH.sHidA

    dia selalu bau la akak...makcik tu gitau saya, makcik lagi sorang tu selalu hidu bau kek saya...errr

    ReplyDelete
  8. kelakar sbb dia tanya ada facebook tak? hehe..

    ReplyDelete
  9. heeeeee....pas ni kena la bertegur2 ngn jiran sebelah..kot la leh jd customer hahahaha

    ReplyDelete
  10. huuuuu dah depa bau kena la hulur sikit kan hihii

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com