Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak Masuk

Susahnya berhadapan dengan orang yang susah nak terima pandangan orang lain.

Yang tak mahu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Yang tak mahu mematuhi peraturan yang baik untuk dirinya sendiri.

Dalam mahu bersabar dengan karenah manusia yang macam ni, tetap ada sekelumit rasa penat mahu menegur terus dan terus. Masing-masing sudah dewasa, masing-masing pernah hidup dengan orang lain. Tak kan lah masih tak mengerti cara untuk hidup dengan orang lain pula?

Tak masuk betul dengan orang yang macam ni. Sukar dan rumit sangat kah untuk mengikut apa yang sudah sedia senang untuk diikut? Kenapa mahu merumitkan keadaan dengan perkara yang menyusahkan semua orang?

Tiada hati dan perasaan mungkin.


#Kadang-kadang Allah hadirkan manusia untuk menguji kesabaran kita. Dan kadang-kadang Allah hadirkan manusia yang mirip kita untuk kita muhasabah.

Post a Comment

6 Comments

  1. saya pon tengah mengalami situasi yang sama.. kadang-kadang penat juga berhadapan dengan manusia macam ni. tapi mungkin ada sebab atau hikmah yang tersembunyi mengapa ALLAH menemukan kita dengan insan yang sebegini rupa. untuk menguji kesabaran mungkin??

    asalamualaikum.. selamat pagi Sunah! :)

    ReplyDelete
  2. btul tu... anggaplah ianya cabaran dan asam garam kehidupan..

    ReplyDelete
  3. dulu having difficulties dengan this kind of people.. i donno how, but right now get used to it and tak upset dengan ketidak open-minded thinking diorang

    ReplyDelete
  4. memang susah kalau mcm nie..kadang2 akak pun ada jugak alami, eh sekarang la...memang kena byk sabar dan cuba kawal emosi bila berdepan dan bercakap dengan org yang x sependapat

    tp dengan awk..akak masuk je

    ReplyDelete
  5. Kadang2 mengganggu emosi juga bila berdepan dgn org camni.kalau sesekali jmp xpe kalau hari2 mmg parah

    ReplyDelete
  6. sabaq na... kalau ade apa2 yg xkenan kat awin, akak tegur la...awin boleh terima teguran hahahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com