Ticker

6/recent/ticker-posts

Cabaran 7 Hari di Facebook: Novel Kesukaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perasan tak, kat timeline Facebook uols, ada yang buat cabaran 7 hari tak kisah la topik apa pun. Hari tu saya terkena tag oleh housemate saya, Kak Ajan, untuk cabaran 7 hari kena upload gambar novel kesukaan. Gambar aje ya, tanpa description apa-apa. Then, kena tag orang lain pulak untuk setiap hari yang berbeza tu.

Disebabkan rasa tak puas sebab tak boleh nak terangkan apa-apa pasal novel kesukaan saya tu, terhasillah entri ni. Saja nak bagi blog update, ada entri. Wakakaka. Jom tengok 7 novel kesukaan saya yang saya upload kat FB selama seminggu ni, dan kenapa saya suka novel-novel ni!

1. Sunan Cinta Nan Sakti - Ramlee Awang Murshid

Pic: Alam Terkembang Jadikan Guru

Sebenarnya, ini salah satu daripada novel bersiri Ramlee Awang Murshid yang paling saya sukai. Siri Laksamana Sunan, semuanya saya suka. Disebabkan boleh letak satu gambar aje, dan gambar ni je yang ada dalam handphone, saya upload la gambar dia sebagai wakil semua novel RAM yang pernah saya baca. Hahahaha! Siri Laksamana Sunan, pada awal pembacaan, uols akan rasa susah sikit nak faham, tapi lama-lama uols akan berhasil ikut rentak penceritaannya yang klasik dan kadang-kadang diselitkan dengan dunia moden. RAM banyak menampilkan dua dimensi berbeza dalam karya Laksamana Sunan, plot cerita berkait rapat antara zaman kesultanan purba dan zaman abad ke-21. Selain siri Laksamana Sunan, saya juga sukakan novel-novel thriller RAM yang lain seperti Rahsia Perindu, Ungu Karmila, ADAM, Hatiku di Harajuku, Mandatori dan banyak lagi.

2. Me Before You - Jojo Moyes

Pic: Ashton Jade

Ini juga filem adaptasi novel kegemaran saya. Saya baca novelnya dahulu, dan saya menangis membaca endingnya. Tak boleh move on berapa hari. Lepas tu, saya tengok pula filemnya. Banyak part, saya mengalirkan air mata walau dialognya tak terkesan di hati orang lain. Sebab kita da baca novel tu, jadi kita tahu kenapa keluar dialog-dialog tertentu dalam filem tu. Dalam novel kan lebih detail. Tentang seorang lelaki yang lumpuh seluruh badan tapi masih boleh menggerakkan jari jemari tangannya untuk menggerakkan kerusi roda elektrik yang dia guna ke sana ke mari. Dia memilih untuk mengakhiri hidupnya di sebuah pusat khas untuk orang yang nak "membunuh diri", tapi ibu bapa dia tak merelakan keinginan anak lelaki diorang. Ibu bapa dia upah seorang nurse peribadi yang akan cuba untuk ubah hasrat hati dia. Tapi di hujungnya, dia tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan dunia sebab tak nak susahkan orang lain, walau dia sangat mencintai nurse peribadi dia tu. Oh no. So sedih. Novel ni ada sambungannya, After You (selepas hero novel pertama meninggal dunia) dan Still Me. Still Me saya tak baca lagi, insya'Allah ada rezeki lebih nanti nak sambung baca yang tu.

3. Colorless Tsukuru Tazaki and His Years of Pilgrimage - Haruki Murakami

Pic: NeoGAF

Saya mula-mula jumpa novel ni dekat rumah adik kat Shah Alam. Dia dah baca dulu. Saya saja buka dan baca. Wah, saya suka english dia. Simple. Novel yang diterjemah dari bahasa Jepun oleh Philip Gabriel. Tentang Tsukuru Tazaki yang namanya tidak bermaksud apa-apa warna (kebanyakan nama orang Jepun ada kaitan dengan warna tertentu), kisah dari zaman sekolah dia sampai zaman bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat keretapi. Masa zaman sekolah, dia ada kliknya tersendiri, seramai lima orang kawan baik termasuk dirinya sendiri. Empat kawan baiknya punya nama yang ada warna, dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Bila da habis sekolah, Tsukuru Tazaki keluar belajar jauh di luar negeri tetapi akan balik ke kampung halamannya sekali-sekala untuk bertemu kawan-kawan rapatnya. Sampai satu saat, kawan-kawan dia bagitau Tsukuru Tazaki, diorang tak nak jumpa dia dah. Tsukuru jadi down gila sebab benda tu, tanpa sebab dan penjelasan, dia ditolak jauh-jauh oleh kawan-kawannya. Nak tahu apa sebab yang sebenarnya, uols kena la baca novel ni ek!

4. Jika Aku - Anna Lee

Pic: Siqahiqa

Novel ni antara novel terbaru yang saya habiskan membacanya dalam sebulan dua yang lepas. Saya beli masa ada pesta buku dekat IOI Mall Kulaijaya. Tentang seorang gadis yang boleh mendengar pemikiran orang lain, terpaksa memencilkan diri sebab rimas bila asyik dengar orang lain mengumpat dalam kepala. Sampai satu hari dia bertemu dengan seorang lelaki misteri, yang dia langsung tak boleh dengar pemikirannya walau macam mana pun dia cuba nak dengar. Jalan ceritanya sangat menarik, dan ending dia sangat-sangat plot twist oi! Sanggup saya berjaga sampai Subuh sebab nak habiskan membaca novel ni! Tak sangka, berbaloi-baloi sangat saya beli novel ni pada harga runtuh masa pesta buku tempoh hari.

5. Harry Potter and the Order of the Phoenix - JK Rowling
Novel kegemaran zaman sekolah. Ini antara salah satu novel dalam siri Harry Potter tulisan JK Rowling yang paling saya suka. Pada hari kelima cabaran di Facebook, saya pilih novel kelima dalam siri Harry Potter ni. Dalam siri ni, latar cerita sangat berbeza dengan novel sebelum-sebelumnya. Plot banyak berlaku di luar Hogwarts, Harry dan rakan-rakannya berhadapan dengan kuasa-kuasa jahat di dunia sebenar. Awal dan pertengahan novel tu kita dapat rasa bahagianya si Harry sebab dapat jumpa godfather dia, orang yang paling rapat dengan arwah mak ayah dia. Namun, bahagia rupanya sementara apabila di hujung cerita, semua rasa bahagia bertukar kepada derita. Saya tak boleh move on seminggu lebih jugak lepas habiskan novel ni. Tak sangka, ada novel yang sad ending gitu. Down gila kot, padahal novel je punnnn! Maybe sebab Harry kongsi tarikh lahir yang sama dengan saya? Hahaha. 

6. aA + bB - Hlovate
Erm, sebenarnya dah lupa banyak pasal cerita dalam novel ni. Ni novel kedua Hlovate yang saya baca selepas 5 Tahun 5 Bulan. Jalan ceritanya lebih kurang sama dengan 5 Tahun 5 Bulan, apa yang menarik adalah Hlovate tak lupa selitkan nasihat agama dalam penceritaan. Dalam 5T5B, separuh novel macam kisah cinta novel biasa aje. Tapi plot bertukar bila dah masuk separuh yang kedua. Tetiba dari novel cinta biasa bertukar jadi novel Islamik. Eh, sebenarnya saya rasa saya jatuh hati pada karya Hlovate bukan sebab aA + bB, tapi sebab 5 Tahun 5 Bulan! Kahhh! Salah novel la yang saya upload kat FB tu! Tapi jujurnya, karya-karya Hlovate tak pernah menghampakan. Rooftop Rant, Versus, Contengan Jalanan dan banyak lagi. Dah lama Hlovate tak keluarkan novel baru. Where are you?

7. 1511H [Kombat] - Faisal Tehrani
Ni novel zaman degree. Masa degree, saya obses dengan karya-karya Faisal Tehrani. Dari novel dia la saya jadi berminat nak sambung belajar sampai ke tahap sekarang ni. Dengan harapan, satu hari nanti saya boleh menyumbang kepada agama dan negara dengan ilmu yang saya ada. Tapi, macam da di luar bidang aje. Hahaha. Sebab apa? 1511H [Kombat] mengisahkan tentang seorang komander yang mengetuai kumpulan pejuang syahid untuk menakluki kota New York. Perjuangan mereka dibantu dan dibiayai oleh seorang wanita hartawan berhati mulia. Dalam novel ni, Faisal Tehrani membawa pembaca mengenali strategi peperangan dan pembangunan teknologi peperangan yang bagi saya sangat menarik dan jarang sekali dijumpai dalam novel-novel Melayu yang lain.

Sebenarnya ada banyak lagi novel yang saya suka. Tapi disebabkan cabarannya hanya sampai tujuh hari, sampai situ aje lah yang saya upload. Dulu-dulu masa banyak masa, memang rajin la membaca. Sekarang, novel sebiji pun susah nak buka. Kadang-kadang aje bila mood membaca tu datang, boleh lah menghadap novel sampai pukul 3 - 4 pagi. Huhuhu.

Uos pulak, suka baca novel apa? Jom share!

Post a Comment

5 Comments

  1. hai sunah. aida terjah from blog ejulz.
    ada time skit, blogwalking pepagi ni.
    done folo u, sunah...

    ReplyDelete
  2. kalau la aida yg kena tag, sure fengsan.
    bcoz aida tak suka baca novel.
    sebulan, maybe dlm 2 buku motivasi gitewww aida baca jer.
    latest, kak Nurin pinjamkan buku unsur agama dari library skola dia. alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. akak byk sgt dpt tag cabaran ni tapi satu pun lom buat, hehehe

    ReplyDelete
  4. Hahaha haritu ada dapat kawan tu tag, tapi datang M malas nak update hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com