TERBAIK DARI ENCIK SUAMI

Tuesday, October 20, 2009

Jatuh Cinta!

Salam.

"Baru je nak jatuh cinta???"

"Taklah, dah lama...cuma baru-baru ni je cinta semakin membuak-buak."

Oh, cinta kepada apakah??

Ya, ana jatuh cinta kepada karya Faisal Tehrani. Baru tengahari tadi, membawa pulang 3 buah karya beliau dari MPH JJ Taman Universiti.

Bukan baru, tetapi sudah lama, cuma baru hari ini dilimpahkan rezeki untuk memiliki. Sebenarnya pada asalnya ingin mencari Revolusi Yang Tertangguh (Shahnon Ahmad), tetapi tidak berjumpa. Lain yang dicari, lain pula yang ditemui, namun hati tetap mengucap syukur.

Makin bertambah pula bahagian rak yang dah dikurangkan kapasitinya cuti hari raya yang lepas.

10 comments:

Hafiz El Hilmi said...

saasatul ibad, ketupat cinta, kombat ada..

maaf dari sorga bes tak? tu novel 1st kn?

Siti Hasunah Mohammad said...

> Hafiz El Hilmi

salam wrt..mula2 agak boring juga, tapi da nak habis tu semakin nak tahu apa yang bakal berlaku..jenis thriller yang tak s'thriller' Ramlee Awang Murshid lagi..

karya pertama, semasa penulis masih belajar di Akademi Islam Nilam Puri UM..karya pertama, jauh berbeza dengan 1511H[KOMBAT]..karya pertama, namun sudah cukup mantap menyelitkan sedikit unsur Islamik..

sekarang novel itu ada pada orang yang berkunjung ke bilik ana malam tadi..

myikhwanfiideen said...

Salam.

Tahniah krn sudah jatuh cinta dgn karya Shahnon Ahmad (Revolusi yg trtangguh). Kalu nk buku tue, ade kt BADAN.. Rak buku sblh kiri pintu masuk..

Siti Hasunah Mohammad said...

> myikhwanfiideen

salam wrt..owh, bila agaknya akan ke BADAN lagi...

.:Khalifatun Khairiah:. said...

Salam..

Eh..Eh.. Samalah!

Jatuh cinta bila dihadiahkan buku KOMBAT itu.. Tambah cinta bila baca Detektif Indigo.. Hm..nampak gayanya bakal menambah koleksi karya si dia itu..Uhuk!

Siti Hasunah Mohammad said...

>.:Khalifatun Khairiah:.

salam wrt..sama jatuh cinta? =)
ana lewat sedikit membaca Kombat, buku pertama yang ana baca ialah Advencer Si Peniup Ney, setelah mama 'uyun merekemenkan..=)

Mutiara Bernilai said...

salam..
best ngah.. care pnulisan yg sgt bbeza..buat along banyak berfikir.. :) xsilap, saasatul ibad yg angah amek tu, tu buku yg trakhir kat rak MPH tu kan? eheh.. along tgah cari tunggu teduh dulu.. :)

buku 1st bace, politikus wanita melayu
pleng ske, surat2 perempuan johor, anvencer si peniup ney, tuhan manusia, manikam kalbu.. erk.. sume la.. eheh :)

Siti Hasunah Mohammad said...

> Mutiara Bernilai

salam along...yup, sumenye best! ;)

cintakuntumansyurga said...

assalamualaikum...
nak nyebok gak.. dah jatuh cinta sama karya faisal Tehrani.. last buku dia yang saya baca, Manikam Kalbu..pasal busana melayu...lepas ni nak g cari lagi buku2 dia..nak memiliki...hehehe

Siti Hasunah Mohammad said...

> cintakuntumansyurga

salam..alhamdulillah, sama2 kita menanam cinta..cari la lagi, akak pun dalam usaha mencari buku2 yg lain..kat bilik pun ada, kalau2 belum dibaca, dtg la pinjam..=)

Blogger Rajin Komen

Get this widget
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari Jeneral Sunah Suka Sakura dot com.