Ticker

6/recent/ticker-posts

Tomyam Kambing di 60's Kitchen, Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Haa, elok tak langsir baru blog saya? Baru lah puas hati ni bila gambar dah tak kembang kalau baca blog ni kat handphone. Template sebelum ni memang kembang semacam aje. Mentang-mentang lah tuan blog makin mengembang dengan jayanya, gambar dalam entri blog pun nak mengembang. Huh.

Ok, cukup-cukup lah membebel tu.

Dah habis cuti raya haji (yang ditokok tambah sesuka hatinya), mari lah kita mengupdate blog sampai lebam. Ada banyak gila kerja lain menanti seiring dengan habisnya cuti-cuti Malaysia ni. Sebelum kerja lain masuk, baik saya share dulu pengalaman makan Tomyam Kambing di Restoran 60's Kitchen, Johor Bahru minggu lepas.

Kami ke Restoran 60's Kitchen ni untuk menyambut hari kelahiran Kak Diyana. Birthday dia dah berlalu beberapa hari masa tu. Tapi hari Ahad malam Isnin tu je lah semua free kecuali Ayen. Ayen datang kejap aje dalam sepuluh minit sebelum gerak ke temujanji yang lain pulak. Busy woman betul dia tu. Hihihi.

Untuk celebrate birthday Kak Di ni, Kak Ajan da reserve meja awal-awal. Encik Zul yang uruskan tempahan meja kitorang malam tu. Bila kami semua dah sampai, dia terus datang ke meja kami dan explain segala menu yang ada kat restoran tu. Sebelum ni kan saya pernah ke restoran ni untuk makan shell out, tapi sekarang gerai shell out tu dah tak ada kat sini. Dah tukar kepada gerai yang lain.

Yang paling menarik selera kami pada malam tu adalah menu Tomyam Kambing! Pertama kali saya merasa menu ni. Biasanya kan kita makan tomyam ayam, tomyam daging, tomyam seafood dan tomyam campur. Kat sini ada pulak Tomyam Kambing. Kak Ajan yang minat sangat kambing, terus order tanpa berfikir panjang.

Tomyam Kambing @ 60's Kitchen, JB

Bila dah sampai, semua orang rasa. Perghhh! Sedappppp! Rasa kambing woi! Hahaha. Jangan tak tau, saya suka kalau menu kambing tu ada sikit hint bau kambing. Sikit je tau, jangan sampai hamis. Kalau hamis, saya pun tak lalu nak makan. Tapi tomyam kambing kat sini alhamdulillah sangat sedap dan lain dari yang lain. Ibah pun sampai order lagi satu mangkuk sedangkan dia dah order nasi goreng kampung berapi sebelum tu. Hahaha. Semua hantu kambing!

Saya order Fish & Chips, besar ikannya!

Cordon Bleu @ 60's Kitchen, JB

Menu lainnya yang menarik adalah Cordon Bleu ayam. Ayam yang disalut dengan chicken ham and cheese kemudian digoreng. Dihidangkan bersama mash potato. Rasa dia? Rasa ayam lah! Hahaha. Menarik presentationnya, rasa dia pun not bad. Boleh uols cuba kalau datang ke sini ya!

Alamat: Lot 81, 2-2A, Jalan Wadihana, Kg. Wadihana, 60300 Johor Bahru
No. Telefon: 012-234 5337

Kak Di yang duduk di sebelah saya, bertudung hitam bunga-bunga kecil. Pic: Ayen

Untuk Kak Di, selamat hari lahir kak! Semoga segala yang diimpikan dalam hidup, Allah berikan yang terbaik buat akak. Moga selalu sihat dan dalam lindunganNya walau di mana sahaja akak berada. Ameen ameen ameen!

Post a Comment

4 Comments

  1. Waaa sudar tukar kaaa...hehehehe
    Uiii nak kena try gak ni, meletop sokmo nengoknyaaa oiii....

    ReplyDelete
  2. tak dapat bayangkan rasa tomyam kambing tu camne. haishh.. menu lain pun nampak menarik.sedap-sedap belaka.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com