Ticker

6/recent/ticker-posts

Mini Snow Cheese Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mini Snow Cheese Cake

Ini lah projek saya hujung minggu yang dah berlalu (untuk negeri Johor). Mini Snow Cheese Cake tempahan Selera Sakura. Sebelum-sebelum ni dah pernah buat, tapi saiz lebih kecik dari ni dan juga saiz sebiji kek saiz 6" serta saiz 8". Jumaat dan Sabtu saya buat saiz mini sebab minggu lepas saya ada buat poll dekat IG story Selera Sakura, sama ada diorang nak mini snow cheese cake ke tak. Sepatutnya saya buat hujung minggu lepas, tapi tak sempat. Penuh hujung minggu tu dengan aktiviti ke sana sini.

Alhamdulillah, tertunai hasrat nak buat jualan Mini Snow Cheese Cake untuk pelanggan Selera Sakura ni. Ramai juga peminatnya. Insya'Allah dalam beberapa hari lagi saya buat balik ya. Hari ni dan esok tak sempat, ada kerja kejap lagi. Kedai bakery pun tutup hari Ahad ni kalau nak topup barang-barang. Bekas dia tu pun susah nak cari saiz tu kat kedai lain. Esok saya kena cuba juga cari kat kedai bakery yang lain.

Oh, kalau ada yang nak try buat, boleh jenguk resepinya kat sini --> Snow Cheese Cake...Meleleh!

Jumpa lagi!

Post a Comment

5 Comments

  1. the size just nice. kalo kecik sangat yang 4 segi tu x ckup. untuk peminat cheese kek memang tak cukup hehehe.. semoga makin murah rezeki =D

    ReplyDelete
  2. wah. alhamdulillah.
    feveret aida sekeluarga ni.
    sometime, bila teringin akan order dgn member.
    makan rebut-rebut dgn anak-anak.

    ReplyDelete
  3. Engko punya susunan tu, ingatkan batu bata hahahaha...
    Oii nanti nak jugaaaa..

    ReplyDelete
  4. fromm brown to snowww...pewitttttt..... hhahahahhaa...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com